Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Majlis Persaraan dan Pertukaran di Restoran Berputar ,Menara Kuala Lumpur

Assalammualaikum,



Dalam setiap pekerjaan pasti ada dugaan nya kan . X kira lah , masalah keje ker , masalah rakan sekerja ke , masalah bos xleh dengar pendapat ke , masalah dan masalah pelbagai lagi masalah .



Tapi , kalau kita pandai menangani situasi yang tak best tue , mesti korang seronok dengan keje kan . Past tue dah rapat , bila nak berpisah aduyaiiii sedihnya . Maklum lah , sampai masa kita kena pencen lah dari keje . Bagi peluang pulak kat yang muda – muda untuk menyumbangkan tenaga dan idea . Bukan setakat pencen , ada pulak yang bertukar . Nak balik kampung halaman , nak ikut laki / bini yang bekerja di daerah lain . Mesti sedih kan bila perpisahan berlaku .



Restoran Berputar Menara Kuala Lumpur 




Kemain kan intro , mengarang pukul 1.30 pagi mana tak nya melalut . Padahal nak citer pasal Majlis Persaraan dan Pertukaran Pegawai Awam di Pejabat YY . Ramai jugak yang di rai . Dan Majlis kali nie , menjemput sekali orang – orang lama yang dah pencen . Banyak weiii sumbangan diorang . Ada yang dah berkhidmat sehingga 40 tahun sebelum pencen . Awal lagi dah keje gomen .



Restoran Berputar Menara Kuala Lumpur



Majlis kat Restoran Berputar Menara Kuala Lumpur . First time Majlis camginie buat kat menara kl . Sebelum nie pernah buat di Hotel Cititel Mid Valley , Hotel Pan Pacific , Hotel Lagend , dan ada lah beberapa tempat lagi .



Ramai jugak yang join buat kat Menara Kl nie . Sebab tempat baru kan . Lagi pun ramai gak yang tak pernah sampai . YY pernah lah datang menara KL tapi tak pernah lagi makan kat Restoran Berputar nie . So, agak teruja jugak nak menjoinkan diri .



Restoran Berputar Menara Kuala Lumpur

Rakan – rakan Pejabat . X sabar nak tunggu makan . Posing dulu .





Restoran Berputar Menara Kuala Lumpur

Sama tinggi dah dengan KLCC




Restoran Berputar Menara Kuala Lumpur

Nie lah rakan sepejabat YY , Ada 7 orang tapi sorang lagi cuti pulak . Tak ramai kan .





Makanan secara Buffet . Menu so so lah , macam x baloi gak ngan harga . Tapi mahal sebab view kot . Yer lah , sambil korang makan sambil tengok view sekitar kl . Dah tue berputar , xde lah korang tengok satu side jer . Kenapa mahal ? Sebab pilihan makanan tak meriah , biasa – biasa jer . Dah pernah pi banyak tempat kan , sebab tue boleh buat perbandingan .



Restoran Berputar Menara Kuala Lumpur

Kebetulan ada pulak Pelakon Ramona Zam Zam lunch dengan Mak mertua dan Suaminya .




Restoran Berputar Menara Kuala Lumpur

Dengan Kak Gan , Senior yang dah pencen . Seronoknyaaaa .




Restoran Berputar Menara Kuala Lumpur

Kak Leong , Antara sifu yang memula ajar YY masa masuk keje . Kak Leong pencen setelah bercuti mengidap Cancer . Moga Kak Leong tabah menghadapi dugaan . Selamat Berpencen .





Hoi , citer pasal orang pencen buat diri rasa nak pencen plak . Jeles tau diorang dah dapat rehat selepas lama dah koje . YY ada lebih 20 tahun lagi nak pencen kot. Moga panjang umur , dapat lah YY pencen dengan jayanya . Hahhahahaha.



Restoran Berputar Menara Kuala Lumpur



Kalau korang nak lunch or dinner di Menara Kuala Lumpur . Boleh lah buat tempahan ek . Sekali Sekala tak salah kot berbelanja untuk makan sambil tengok view indah kl.


LUNCH BUFFET
11.30am – 3.00pm

Harga :
Dewasa ( 13 Tahun Keatas )
RM 92.45 Nett

Kanak – Kanak ( 5 – 12 tahun )
RM 71.35 Nett


DINNER BUFFET
Sessi 1
6.30pm – 8.30pm

Sessi 2
9.00pm – 11.00pm

Harga :
Dewasa ( 13 Tahun Keatas )
RM 207.90 Nett

Kanak – Kanak ( 5 – 12 tahun )
RM 144.90 Nett




Tempahan : 03 – 2020 2121







P/S : Berangan nak bawak family pi sini . Kumpul duit . Kbai .



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah