Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Murahnyaaa Empire Steamboat , Cyberjaya

Assalammualaikum,



Steamboat . Memang favourite YY . Nak jadi citer , masa memula YY kenal En. Abah . YY pernah bawak dia pi makan steamboat dengan BFF . Terperanjat dia tengok YY makan banyak . Hhahahhaha, nama pun buffet , harus lah makan dengan bersungguh – sungguh .



So, bila dapat tau ada steamboat baru bukak di Cyberjaya. Apa lagi , mari lah kita terjah . Kita kena cuba memana steamboat yang ada . Bila kat Cyberjaya , kena lah pi weekend , tak sempat pulak kalau nak pi weekdays kan . Pagi Sabtu , dengan anak dara . Angkut sekali ibu kita menuju ke Gem In Mall , Cyberjaya . Kalau ikut waze , dari rumah ke Cyberjaya cuma 40 minit .



Empire Steamboat , Cyberjaya




Sesampai jer , terawal plak . Kalau ikut booking pukul 11.30 pagi . jengjalan lah kejap dalam Gem In Mall yang xde apa pun sebenarnya . Ada Gym , dan ada beberapa tempat makan . Ingatkan Mall nya besor , rupanya kechik jo . Xde apa yang menarik pun .




Empire Steamboat , Cyberjaya




Cukup masa , kita menuju ke Empire Steamboat . Terletak di Ground Floor . Kalau masuk dari Pintu Utama memang terus nampak Restoran Steamboat nie . Ada pelbagai pilihan makanan steamboat dan korang boleh pilih nak buffet atau ala carte . Macam – macam pilihan ada . Ada seafood , ada desert , ada dim sum , ada buah – buahan , ada spagheti , ada otak – otak , ada chicken wing dan banyak lagi lah . Kalau pilih Buffet , boleh makan sampai lebam .




Empire Steamboat , Cyberjaya




Empire Steamboat , Cyberjaya



Empire Steamboat , Cyberjaya




Empire Steamboat , Cyberjaya



Tempat selesa , siap ada bahagian untuk anak bermain sesambil yang tetua menjamu selera . Xde lah banyak sangat iklan berlaku bila tengah makan kan .



Empire Steamboat , Cyberjaya


Selesa , memasing dengan periuk sup pilihan sendiri . Nak Sup Tom Yam atau Ayam . Xpayah nak share seperti di kebanyakan steamboat .





Empire Steamboat , Cyberjaya 


Korang leh kawal sup dengan klik klik ajer . Senang betul . Nak bagi sup korang menggelegak , buh 3 . Nak kurang buh 1 . Kalau agak- agak nak bagi rehat , xmo masak apa – apa  OFF dulu .




Empire Steamboat , Cyberjaya


Sambil makan , anak korang boleh bagi diorang bersuka – ria bermain di bilik permainan . Bebudak seronok , mak budak pun boleh makan dengan seronok .




IMG_0768[1]

Nampak tak tudung merah tue , ibu tengah makan . Sebelah jer tempat anak dara main .




IMG_0778[1]

Beria Tok Wan layan cucu .




IMG_0764[1]

Seronok anak dara



YY puas hati dengan suasana Restoran , Cuma ada masalah lalat sikit . Sian pulak tengok pekerja Empire Steamboat duk halau lalat . Bahagian seafood pulak , semua ok kecuali udang dan ketamnya tak berapa fresh . Ada dapat yang dah berbau sikit , maybe stok lama . Yang lain semua ok . YY suka dim sum, dan desert . Sedap .



IMG_0788[1]

Apa intai - intai tue anak dara


IMG_0794[1]

Dengan Staff Empire Steamboat yang ramah




IMG_0791[1]

Kusyuk Ibu dapat makan Steamboat


IMG_0799[1]

Harga


Waktu: 11.30 pg hingga 3.00 ptg

Harga: RM 22.90 (Isnin - Jumaat)

Harga: RM 25.90 (Sabtu & Ahad)




Waktu: 6.30 ptg hingga 10.00 mlm

Harga: RM 25.90


IMG_0798[1]

Terima Kasih Empire Steamboat , Cyberjaya .




Alamat :

G.10-G.13,
Gem In Mall, Mutiara Ville, 
Persiaran Sepang, Cyber 11,
63000 Cyberjaya.
[WAZE: GEM IN MALL]




P/S : Harga murah , dari steamboat yang YY biasa pergi .




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah