Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Resepi Tauhu Sumbat Daging Simple

Assalammualaikum,

Now kat opis YY setiap hari Jumaat pagi ada jualan breakfast . So , ada lah beberapa meja yang menjual . Projek seksyen untuk cari duit kelab kata nya . Bila Jumaat , adalah pilihan makanan yang berlainan untuk di buat sarapan . Ada gak makanan yang boleh di buat menu lunch terus . Selamat tak yah keluar cari makan . Lagi pun rehat Jumaat kan panjang , boleh arrr kalau nak merayau atau tido . YY ??? dah tentu lah tido . Hahahahahaha.





Ada sekali tue , YY beli Tauhu Sumbat Ayam . Harga 3 Ketul – RM 4 . Siap dengan cili kicap . Memang sedap . Macam tak puas lah makan . Jadi , bila tak puas kena lah repeat buat kat rumah kan . Ini cara YY buat , sebenarnya masak nie kita campak – campak jer . Ikut bahan yang ada kat rumah . Nah , resepi Tauhu Sumbat Daging versi YY . Kenapa daging , sebab muak makan ayam . cehhh !!!



Bahan Tauhu Sumbat Daging / Ayam

Tauhu ( di potong 3 segi ) – kemudian bahagian tengah di keluarkan . Jangan sampai tauhu pecah .
Daging or Ayam cincang ( YY guna brand Ramly Burger )
Bawang Besar ( cincang )
Bawang Putih ( cincang )
Sos Tiram
Daun Sup
Lada Hitam ( Tumbuk Halus )
Telor
Garam

IMG_0595[1]

Tauhu potong bentuk 3 segi . Keluarkan isi tengah .




IMG_0596[1]

Isi tauhu yang dikeluarkan , lenyak bagi hancur .



Cara buat Tauhu Sumbat Daging / Ayam

Cara Masak Inti Tauhu

1. Panaskan minyak , tumis Bawang besar dan Bawang Putih .
2. Masukkan Daging / Ayam cincang
3. Masukkan Tauhu hancur yang telah di keluarkan tadi .
3. Nampak Daging / Ayam macam dah masak, masukkan sos tiram .
4 . Masukkan Lada Hitam dan Daun Sup .
5. Tambah garam kalau rasa Sos Tiram x cukup masin .
6. Gaul rata . Siap .


IMG_0597[1]

Intitauu Sumbat Daging Siap . Macam terbasah sikit .




IMG_0599[1]



Bila bahan inti siap . Sumbat inti di tengah – tengah tauhu . Celop di dalam telor . Dan goreng . Siap . Senang kan .




Boleh makan macam tue saje , atau buat cili kicap . YY memang ada belu Kicap Manis Pedas jenama Mahsuri . Senang tak yah sesusah nak buat cili kicap dah . Guna Kicap Mahsuri nie pun dah pedas . Boleh arrr korang try . Nak masam , tambah limau sikit .


IMG_0601[1]

Siap . Rupa x senonoh sikit sebab first time kan . Alasan . Hahhahaha .




YY buat dalam 6 Keping Tauhu . So Inti macam ada balance . Jadi lebih inti YY buat bubur untuk anak dara . Jimat , xde lah membazir . Alah , kalau x masuk dalam bubur , boleh jer kalau korang nak makan dengan roti .




P/S : Boleh buat untuk Sarapan atau Minum Petang .





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah