Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Selamat Hari Lahir yang pertama Nur Qaireen Iman

Assalammualaikum,



Alhamdulillah, anak dara kini dah setahun . 07.10.2015 genap usianya setahun . Jap pi baca camne iolsss bersalin kan anak dara nie kat SINI .  Kejap sungguh masa berlalu . Diam tak diam banyak ragam dan peel dia . Now dah boleh berjalan , orang kata dapat kaki . Lagi arrr tak reti duk diam . Ada jer akal dia . Buat Ibu geram nak gomol-gomol .



Dalam hati ada gak plan nak buat sambutan besday untuk anak dara . Lagi pun sejak pindah duk Kem , memang YY tak pernah buat apa – apa majlis . Tak sempat lagi nak kekenal jiran tetangga . So , nie lah peluangnya . Buat Majlis Doa Selamat ngan Tahlil sekali .

sambutan hari lahir pertama baby perempuan



sambutan hari lahir pertama baby perempuan

Birthday Gurl



Perkembangan Nur Qaireen Iman Setahun.

1. Dah pandai Jalan .

2. Gigi dah 8 batang . 4 atas 4 bawah . Nampak cam gigi penuh sebab gigi besar2.

3. Kuat membebel .

4. Dah pandai geleng – geleng kalau xnak sesuatu .

5. Suka Main air , duk dalam bilik air lelama . Memang favourite main air .

6. Melasak , kejap panjat katil , kejap turun katil . Tak reti penat .

7. Pemakan . Semua benda nak makan . Tahan Pedas plak tue .

8. Berat dah 9.6 kg .

9. Suka tengok iklan kat TV . Siap boleh gelak – gelak sambil tepuk tangan kalau tgk iklan .

10. Dah pandai melalak kalau x bawak berjalan . Suka kalau dapat naik Motor .




Fuhhh !!! penangan anak dara sorang nie . kalau dapat mainan , kalau x pecah or patah memang tak sah . Main sorang – sorang pun jadi jer . Boleh terbelah mainan .



sambutan hari lahir pertama baby perempuan

Majlis Bacaan Yasin , Doa Selamat dan Tahlil



Ok citer pasal Majlis . Memula kita panggil orang untuk Doa Selamat dan Tahlil . Kemudian baru kita mula acara makan dan potong kek . Simple jer majlis .



sambutan hari lahir pertama baby perempuan

Nak Potong kek , Ibu yang excited .




sambutan hari lahir pertama baby perempuan

Dah tak terkawal , nak menerkam kek .




sambutan hari lahir pertama baby perempuan

Leter apa lah tueee , Ibu dengar jer . 


sambutan hari lahir pertama baby perempuan

Blur sebab reramai duk nyanyi sambil tepuk2 tangan . 



sambutan hari lahir pertama baby perempuan

Adik Ipar Ain , Kak Lang , dan Angah .



sambutan hari lahir pertama baby perempuan

Semua duk menunggu kek . Sedap kek nya .



kek pun sebenarnya last minit tempah . Kebetulan kawan bagi no phone kak Ekin yang kita boleh tempah kek , dan dia akan hantar sampai ke rumah . Senang camgitue . So , budget time  bila nak potong kek . Agak – agak cantik lah kek sampai . Xde lah nak simpan lelama , dan tak perlu nak fikir mana nak simpan .



sambutan hari lahir pertama baby perempuan

Tempah Kek nie siap hantar ke rumah – RM 100 . ( 2kg )

Boleh hubungi Kak Ekin – 012 9237354

*** Sedap , x manis sangat . Just Nice . X pernah YY beli kek habis licin ***




sambutan hari lahir pertama baby perempuan



sambutan hari lahir pertama baby perempuan

YY dan Angah Nanie . Lama sungguh x jumpa Angah . Sejak memasing kawin dah jarak dapat jumpa . Dan lama jugak tak travel sama lagi .




sambutan hari lahir pertama baby perempuan

Terima Kasih Kak iema Sudi datang . Hampir 10 tahun nie tak jumpa .




Terima Kasih buat semua yang mendoakan kesejahteraan Nur Qaireen Iman . Terima Kasih jugak yang sudi bagi hadiah .



Basikal baby

Hadiah yang lompat – lompat dia suka




Basikal Baby



Ok lah , ini saje cerita sambutan besday anak dara yang pertama . Benda yang last minit rancang , alhamdulillah menjadi nyata . Masakan semua di masak sendiri oleh ibu dan adik ipar YY . Menunya Laksa , Nasi Putih , Ayam Masak Merah , Ikan masin Nenas Masak Lemak Cili Api , Sayur campur , buah – buahan dan kuih muih .  Terima Kasih banyak buat semua yang membantu .



Sebenarnya YY tak banyak snap gambar pun . Sibuk lah konon . Gambar dengan En. Abah pun xde . Tak per lah , lain kali kita snap gambor bebanyak . Lain kali tue ntah bila lah pulak kan . kbai .





P/S : Macam nak repeat buat Laksa sebab tak puas makan masa kenduri .




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah