Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review Filem Abang Long Fadil | Sinopsis & Trailer



Assalammualaikum,


POSTER ABANG LONG FADIL



Filem Terbaru “ABANG LONG FADIL” adalah filem ke 33 terbitan SKOP PRODUCTION yang diarahkan olh Syafiq Yusof. Syafiq mula bergelar seorang pengarah ketika berusia 18 tahun dengan karya sulungnya SAM ( 2012 ) . Kini Syafiq muncul dengan karya keduanya ABANG LONG FADIL di usia 21 tahun . Pengarah muda yang sangat berkaliber. YY suka kedua- dua filem arahan Syafiq Yusof .


SINOPSIS ABANG LONG FADIL


“ABANG LONG FADIL” adalah parodi dan kesinambungan filem “KL GANGSTER”.

 
Abang Long Fadil Review dan Sinopsis


 
Abang Long Fadil Review dan Sinopsis


 
Mengisahkan tentang kehidupan Fadil setelah sahabat baiknya Malik dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun. Fadil tidak mahu lagi masuk campur dalam dunia gangster dan mahu bebas dari geng Shark, tetapi dia perlu melaksanakan satu tugasan terakhir sebagai hadiah untuk layak membebaskan diri daripada kumpulan gangster. Shark iaitu musuh dalam selimut kepada Malik tidak senang dengan Fadil, maka Shark membuli Fadil dengan memberikan tugasan yang dianggap mustahil bagi semua gangster-gangster di KL iaitu untuk menakluk kawasan Kampung Berani .


 
Abang Long Fadil Review dan Sinopsis



 
Abang Long Fadil Review dan Sinopsis


 
Kampung Berani adalah penempatan orang Melayu yang sedang menghadapi krisis hak milik tanah peneroka dengan syarikat-syarikat kapitalis yang telah mengupah sekumpulan gangster untuk mengugut penduduk kampung. Dalam masa yang sama, kawasan itu dipegang oleh seorang gangster besar yang tidak diketahui identitinya .


 
Abang Long Fadil Review dan Sinopsis


 
Pelbagai peristiwa berlaku dalam percubaan Fadil untuk menakluk Kampung Berani. Secara tidak sengaja, Fadil bertemu dengan Adam yang merupakan anak seorang pendekar dan mempunyai kekuatan luar biasa. Mereka bergabung untuk melawan samseng-samseng di kawasan tersebut, akhirnya berdepan dengan ketua gangster paling besar di situ. Mampukah mereka menewaskan kumpulan gangster tersebut? Adakah tanah Kampung Berani akan tergadai? Mampukah Fadil mendapat kebebasan?



 
Abang Long Fadil Review dan Sinopsis



 
TRAILER




 
 
REVIEW

Sape tak kenal Zizan Razak , comfirm lah citer jadi lawak kan. Gabungan pelakon – pelakon hebat dari KL Gangster seperti Aaron Aziz , Sofi Jikan dan Shamsul Yusof memang gandingan mantap . Idea pengarah muda Syafiq Yusof seperti kemunculan robot ala transformers , berkungfu seperti kungfu panda memang menarik dan tidak membosan kan . YY memang asik gelak sesajer tengok gelagat Zizan yang kekonon nak jadi gangster tapi penakut . Lakonan Tauke Raja Lawak pun menyerlah jugak . Kamal Adli memang sesuai sangat bawak watak yang ada ilmu berlawan, semuanya sebab arwah bapa nya seorang wira kampung . Overall memang citer nie sesuai di tonton kalau korang nak release tension . X nak bebankan fikiran dengan cerita yang berat – berat dan terlalu berfikir .


 
4.5 / 5 Bintang .


 
********************************************************


Sekitar Malam Pra-Tonton Abang Long Fadil .

 
Abang Long Fadil Review dan Sinopsis

Zizan Razak


 
Abang Long Fadil Review dan Sinopsis

Tauke Raja Lawak



 
Abang Long Fadil Review dan Sinopsis

Kamal Adli



 
Abang Long Fadil Review dan Sinopsis

Syafiq Yusof



 
Abang Long Fadil Review dan Sinopsis



 
Abang Long Fadil Review dan Sinopsis

para pelakon Abang Long Fadil



 
Menerusi Abang Long Fadil , Syafiq tlah menggunakan 60% efek Kesan Khas ( CGI ) untuk mendapatkan hasil kualiti terbaik di samping mampu menghasilkan impak persembahan yang lebih menarik .


 
Abang Long Fadil bakal di tayangkan di 81 pawagam secara serentak di seluruh Malaysia pada 29 Mei 2014 .


 
 
P/S : Pendapat peribadi YY setelah menonton .

























































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah