Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Koleksi Pakaian Wanita JASPAL | Musim Bunga / Panas 2014


Assalammualaikum,


Baru – Baru nie YY berkesempatan ke Pertunjukan Fesyen Koleksi Pakaian Wanita Musim Bunga / Panas 2014 JASPAL . Koleksi JASPAL kali nie memberi sentuhan Moden kepada Glamor Hollywood tahun 50-an dan 60-an . Teruja gak YY nak tengok koleksi terbaru Jaspal nie, maklum lah model utama Amber Chia tuee. Mesti koleksi cun melecun kan .



Koleksi Musim Bunga/Panas 2014-nya, menampilkan potongan mengikut bentuk badan, berona metalik serta kemasan yang halus dan terperinci sebagai tambahan terbaru kepada setiap almari pakaian penggemar fesyen!


 
Group Photo - JASPAL Spring Summer 2014 Showcase

Siti Salahe, Intan Ladyana, Ong Ai Leng, Amber Chia dan Chris Tong bersama model dengan koleksi terbaru JASPAL Spring/Summer 2014 .


 
Berinspirasikan kecantikan klasik daripada era keemasan Hollywood, kegemaran bermusim seperti warna-warna pastel, neutral, corak berbunga dan tema nautika kembali mewarnai suasana, diberi sentuhan baru dengan corak petak merah, putih, hitam terang, neon dan juga tekstur fabrik skuba untuk penampilan edgy yang benar-benar segar.


 
Amber Chia presents JASPAL Spring Summer 2014 Collection


 
Dapatkan kombinasi penuh bergaya ini yang menyerlahkan ketampilan penuh menawan – fabrik sifon dihiasi corak kulit ular dan skirt sendat (pencil skirt) fabrik skuba – atau cipta gaya anda yang tersendiri dengan helaian berasingan yang mudah disuai padan.


 
JASPAL Spring Summer 2014 Collection Showcase in conjuction with Mid Valley Fashion Week (1)


 
Nak jadikan pakaian yang sempurna tak senang sebenarnya – suntikkan elemen glamor klasik Hollywood dengan gaun sendat kembang dan skirt mini peplum untuk gaya hebat penuh feminin pada siang hari, atau tampil lebih berani dengan corak geometrik, berbunga terang dan rekaan eksotik untuk keluar bergembira pada waktu malam. Untuk gaya kasual, rekaan yang berinspirasikan pakaian lelaki, baju panas yang cantik, jaket pendek model boxy, dan koleksi mewah seluar pendek dan skirt mini denim yang selamanya klasik menyerlahkan faktor gaya untuk bersantai di hujung minggu.


 
Koleksi Fesyen JASPAL


 
Koleksi Fesyen JASPAL


 
Koleksi Fesyen JASPAL



Eh jap, nak selingan sikit. Nak bagi tau korang sejarah JASPAL nie. Mana tau korang yang memang minat Fesyen mesti nak tau kan.
 



Koleksi Fesyen JASPAL

Nak jugak bergaya kekonon model *gemoksss*

 
 
Mengenai JASPAL

Butik pertama JASPAL dibuka di Thailand pada tahun 1972. Hari ini, dengan lebih 40 kedai di seluruh Thailand dan Malaysia, JASPAL menjadi pilihan no 1 bagi kebanyakan lelaki dan wanita bercitarasa tinggi dalam fesyen.


Visi JASPAL ialah untuk memberikan fesyen pakaian siap dipakai (pret-a` porter) berkualiti kepada pengguna dengan harga yang berpatutan. Koleksi baru JASPAL sering dilancarkan dan amat dinantikan oleh industri fesyen. JASPAL juga menawarkan rangkaian aksesori menyeluruh - dari beg, kasut, tali pinggang dan tali leher - setiap satu direka untuk melengkapkan penampilan JASPAL.


Pasukan pereka dalaman JASPAL hanya memilih fabrik rekaan terbaik dari seluruh dunia untuk mencipta barangan fesyen yang memenuhui tren global terkini dan dipenuhi dengan bakat semula jadi Asia.
 



Koleksi Fesyen JASPAL

JASPAL Mid Valley 

 
Koleksi Fesyen JASPAL mid valley Koleksi Fesyen JASPAL Koleksi Fesyen JASPAL Koleksi Fesyen JASPAL


 
Koleksi Fesyen JASPAL


 
Butik Jaspal di Mid Valley . Korang kalau nak tengok koleksi terbaru JASPAL boleh lah ke midvalley atau mana – mana outlet yang berdekatan ngan korang .
 



Koleksi Fesyen JASPAL Intan Ldyana Siti Saleha

Dengan Intan dan Siti Saleha yang gojes menggayakan koleksi JASPAL




 
Koleksi Fesyen JASPAL IMG_2135[1]

YY dapat buah tangan dari JASPAL, beg gojes. Boleh bawak pi keje .


 
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.jaspalgroup.com.



 
P/S : Misi cari baju untuk mak buyung plak .




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah