Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Legendz of Oz : Dorothy’s Return


Assalammualaikum,


Nak citer ngan korang pasal Legendz of Oz : Dorothy’s Return yang akan menerjah panggung berhampiran korang.


image





Sinopsis Legends of Oz : Dorothy’s Return

 


Masih segar di ingatan Dorothy tentang pengembaraan yang menakjubkan ke bumi Oz. Namun, kini dia kembali untuk sebuah lagi pengembaraan yang mencabar! Setelah sedar dari kejadian ribut taufan di Kansas, Dorothy (Lea Michele) dan Toto telah dibawa semula ke bumi Oz melalui pelangi ajaib yang telah diutuskan oleh rakan-rakan lama mereka iaitu Scarecrow (Dan Aykroyd), the Lion (Jim Belushi) and the Tin Man (Kelsey Grammer). Putaran masa dibumi Oz jauh lebih pantas berbanding Kansas sehingga Dorothy menyedari Jester (Martin Short) – abang kepada Wicked Witch of the West yang penuh tipu muslihat – telah menawan bumi Oz daerah demi daerah. Jester telah menangkap setiap ketua kawasan dan meninggalkan daerah tersebut di dalam sumpahan kegelapan. Glinda (Bernadette Peters) tidak mampu untuk menentang kuasa jahat Jester maka Dorothy adalah pengharapan mereka yang terakhir.


 


 
Setibanya Dorothy di bumi Oz, dia telah mengatur strategi untuk ke Emerald City dan berjumpa kembali dengan rakan-rakan lamanya seperti Wiser the Owl (Oliver Platt), Marshal Mallow (Hugh Dancy), China Princess (Megan Hilty) dan Tugg The Tugboat (Patrick Stewart) sekaligus bergabung kekuatan dan kuasa untuk menentang kejahatan Jester. Walaubagaimanapun, ia tidak semudah yang disangkakan. Jester amat licik di dalam memerangkap kemaraan Dorothy.


 


 
Sungguhpun Dorothy berasa amat bertuah dan bersyukur kerana mempunyai ramai kenalan yang membantu dan menyokongnya, sesuatu yang terlintas di fikirannya ialah ia turut membahayakan nyawa rakan-rakannya juga. Jadi, dia mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan bersendirian. Demi mempertahankan bumi Oz, Dorothy dengan penuh keberanian dan keazaman bersama rakan-rakannya menentang kejahatan Jester dan mengembalikan keamanan semula kepada Emerald City.

 


 
Cerita Yang sangat sesuai di tonton oleh semua . Boleh lah bawak anak – anak korang menonton kan. Banyak pengajaran dalam citer nie.


 
TRAILER :


 
 
Tarikh tayangan : 5 Jun 2014

Genre : Animasi / Muzikal / Famili

Durasi : 1 jam 28 minit

Klasifikasi : U

Bahasa : Bahasa Inggeris 

Sari kata : Bahasa Melayu dan Bahasa Cina

Pengarah : Will Fin dan Daniel St. Pierre

Lakon Layar : Randi Barnes and Adam Balsam

Penerbit : Bonne Radford, Ryan Carroll and Roland Carroll

Pengedar : Senspec Publishing Sdn Bhd





P/S : Filem kanak - kanak pun banyak pengajaran tau .

































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah