Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review Filem Bencinta | Sinopsis dan Trailer



Assalammualaikum,

BENCINTA, tajuk Filem terbaru dari MIG . Filem yang bakal menggegarkan panggung berhampiran korang ini di lakonkan oleh Nora Danish dan Farid Kamil sebagai teraju utama. Dibantu oleh Fezrul Khan , Qi Razali , Angelina Tan , Zalif Sidek , Uqasha Senrose , Azlan Komeng dan pelakon kanak – kanak adik Aryana. Penggambaran dilakukan di sekitar Pulau Langkawi. Ini adalah Filem yang ke 83 MIG dan arahan Eyra Rahman yang ke 3 selepas Aku Terima Nikahnya dan Dua Kalimah.


Sinopsis :

Menceritakan tentang Fathia ( Nora Danish ) , seorang gadis cantik yang mempunyai perwatakan yang menarik dan keperibadian yang baik. Fathia merupakan seorang Chef di sebuah kafe milik sahabatnya Jane ( Angeline Tan )



Di kafe tersebut Fathia menemui Faizal ( Farid Kamil ) , seorang ahli perniagaan yang kacak dan kaya. Mereka menjalinkan hubungan cinta dan akhirnya mendirikan rumahtangga. Sepanjang perkahwinan, mereka menjalani kehidupan dengan gembira dan penuh kebahgiaan.



IMG_8055



IMG_5196



Kehadiran cahayamata mereka iaitu Tiara menambahkan lagi kebahagian dan kegembiraan hidup Fathia dan Faizal. Tahun silih berganti, kebahagian yang selama ini dikecapi menjadi semakin hambar apabila Faizal mula bertindak kasar dengan memukul Fathia dan menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain. Segala pembohongan Faizal terbongkar, Fathia telah menyedari bahawa perhubungan cinta antara mereka adalah pembohongan semata – mata demi kepentingan peribadi Faizal. Fathia berasa amat kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku dan dia telah membuat keputusan untuk membawa Tiara pergi jauh daripada hidup Faizal.




IMG_8481


IMG_7672IMG_9791IMG_9830IMG_9890



Sepanjang persembunyian Fathia dan anaknya Tiara, mereka telah dibantu oleh Shah ( Qi Razali ) , sahabat baiknya daripada kecil. Kehadiran Shah juga telah merubah hidup Fathia dan Tiara ke arah kegembiraan dan berjaya mengubah kekecewaan Fathia.



IMG_5471IMG_5504IMG_5573



IMG_6733



Mampukah Fathia dalam menghadapi Faizal yang tidak berperikemanusiaan ? Masih adakah ruang bahagia untuk diri Fathia dan Tiara ?




TRAILER







**************************************************************************





Malam Prebiu , Gambar dari Instagram YY.



REVIEW


Filem yang YY rasa Sound Effect amat menjadi bila bab babak cemas dan mendebarkan. Bayang kan tengok lelaki pukul perempuan, comfirm lah geram kan.  Bila sound effect bagus, kita leh rasa pukulan tue macam sakit sangat. Huiyooo, tak leh bayang kalau YY sendiri dapat laki garang cam Farid Kamil dalam Filem nie.



Adik Aryana sebagai pelakon cilik menjadi anak kepada pasangan Fathia dan Faizal sweet3 jer. Ada babak yang lawak jugak. Memang satu panggung terbahak dengan keletah spontan adaik Aryana . Apakah yang kelakar itu ?? haaaa, korang kena lah tgk kat panggung ya.



Babak Nora Danish sebagai ibu yang sanggup melakukan apa saja untuk menyelamatkan anak nya dari ayah yang sangat baran dan garang touching jugak uolsss. Menjerit gak YY bila babak Fathia di kejar Faizal. Fuhhh !!! suspen sebab sound bagi suspen.



So mari menonton bermula 26 September di pawagam berhampiran korang.




4/ 5 Bintang




7 comments:

  1. macam best jer citer ni..nak pi tgok la...tgh ajak adik2 temankan...

    ReplyDelete
  2. jln cite ni sama cam cite Enough lakonan Jennifer Lopez kan? ujang aa ckp..hihi

    ReplyDelete
  3. dr segi review filem ni nampak lain daripada yg lain...

    ReplyDelete
  4. wahh mcm best ni. nak kena tgk lah nnt

    ReplyDelete
  5. laku betul janda meletop si Nora nih... serius betul tegok dia time tumbuk2 tuh...hehehe

    ReplyDelete
  6. dah tengok cite ni akak.memang geram gile ah...nak2 part nora danish kena pukul tu..haiyaa..menyakitkan ati ase kalau dapa tok laki mcm tu.hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah