Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review Lagenda Budak Hostel | Sinopsis & Trailer


Assalammualaikum,

Sape pernah duk Hostel ?? Mesti korang ada memacam kenangan pahit manis masa duk asrama kan. So, apa kata korang menonton Filem terbaru dari MIG bergenre komedi iaitu filem ke 81 terbitan MIG .Filem yang mengetengahkan pahit manis sebuah persahabatan di alam remaja yang penuh dengan cabaran dan dugaan yang menguji kesetiaan antara sahabat.


Lagenda Budak Hostel , dilakonkan oleh Nora Danish , Along Cham dan Along Eyzendy sebagai teraju utama . Diarahkan oleh Ismail Bob Hasim dan lokasi penggambaran sekitar Ulu Yam, Selangor.



SINOPSIS

Lagenda Budak Hostel (LBH)  mengisahkan gelagat pelajar hostel atau asrama iaitu Along Cham sebagai Kodan dan Along Eyzendy (Put) yang melakonkan watak pelajar tingkatan enam dan senior di sekolah berasrama penuh yang terpencil di sebuah pekan. Gelagat mereka cukup mencuit hati.


Lagenda Budak Hostel



Apatah lagi, kedua-duanya cukup disegani dan digeruni pelajar lain di asrama itu yang berhadapan kes buli setiap hari. Bahkan, yang bagusnya setiap aktiviti nakal dilakukan Put dan Kodan tidak pernah ditangkap warden asrama, Cikgu Angah (Angah Raja Lawak). Malah, mereka juga bersaing merebut hati Seroja.



Lagenda Budak Hostel



Seroja (Nora Danish) adalah anak gadis Cikgu Angah yang jelita. Justeru, dia menjadi pujaan ramai di asrama itu. Jadi, bagi mendapatkan perhatian Seroja, maka Put dan Kodan yang bersahabat baik sentiasa bersaing. Hinggalah, suatu hari muncul pelajar baru, Kicap (Epy Raja Lawak) yang sedia membatu.


Lagenda Budak Hostel



Kicap mengingatkan mereka supaya bersaing dengan cara betul untuk tonjol kehebatan masing-masing yang akhirnya mampu menambat hati Seroja. Bahkan, Kicap mencabar Put dan Kodan supaya bertanding memenangi kerusi pelajar dan sekali gus berjaya memikat Seroja seperti yang diimpikan.



Lagenda budak hostelLagenda budak hostelLagenda budak hostelLagenda budak hostel



Masalah, hanya seorang saja yang akan berjaya memegang gelaran ketua pelajar itu. Maka, bermulalah 'peperangan' antara dua sahabat itu dalam usaha menarik undi siapa paling banyak. Malah, pelbagai taktik sanggup dilakukan mereka yang tidak mahu mengaku kalah demi mendapatkan cinta daripada Seroja.


Lagenda budak hostel



Apakah usaha Put dan Kodan akan menemui kejayaan? Bagaimana pula dengan hubungan persahabatan mereka yang barangkali tergugat dengan persaingan itu?



TRAILER :



********************************


CIMG0102

Nora danish di Malam Pra Tonton LBH bersama Media




CIMG0109

Ready nak menonton.




CIMG0116

Ucapan dari Mejar DT, sebelum tayangan.




CIMG0130

Shima Anuar datang bagi sokongan, siap pakai baju sekolah uolsss.




Review :

YY dulu memang pernah duk asrama masa sekolah teknik, so bile menonton LBH memang mengimbau kenangan lah kan. Lawak dalam citer nie memang menjadi, maklum lah kita ada pengalaman duk hostel.

Lawak – lawak yang ada boleh buat release tension tau, kenakalan duk asrama . mengada warden asrama memang semua tue pernah berlakuu pada YY zaman sekolah dulu. So, bagi YY kalau korang teringin nak senyum sengsorang, gelak terbahak . Boleh jer nak tengok LBH nie.

Gadingan Along Cham dan Along Eyzendy memang menjadi, dari berkawan baik sebab kan kerana sorang perempuan sampai sanggup nak bermusuh. Macam – macam kerenah diorang yang boleh buat kita gelak.




Bintang : 4 / 5 bintang.

4 comments:

  1. Best laa dah tengok cerita ni.. Ramai ckp memang lawak cerita dia.. Nanti nak gi tengok lah.

    ReplyDelete
  2. apa nama lagu yg diorang nyanyi tu ye.. yg time nora danish berangan tuh..

    ReplyDelete
  3. bila tengok trailer citer dah kuar memang teringin nak tengok laaa....hope ada kesempatan minggu nie.... hehehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah