Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

#HiteaWithRA | Masa blogger beramah mesra di My Bazaar.


Wee~~Hurmm, bila bab nak mula bicara macam susah bebenor. Kali nie YY nak cerita pasal #HiTeaWithRA ,Yerrr kengkawan HiTea yang di anjurkan oleh Ruby sempena dah 9 tahun dia berblog. Giler hebaak kan. Plus sekarang Ruby adalah Full Time Blogger. YY rasa orang yang buat blog secara sepenuh masa ini adalah hebat yaa, sebab YY sendiri tak mampu melakukan nya. Cukup lah buat secara part time. Mengisi masa lapang kata orang kan.

My Bazaar @Scott Garden



So, Majlis dibuat kat Scott Garden Jalan Klang Lama, alah bangunan baru yang bersama-sama dengan Tesco. Kalau lalu jer Jalan Klang Lama pasti nampak besar gedabak tepi jalan besar. Pepagi YY duk tolong ibu buat kuih, sebab dah janji ngan Ruby nak bawak sikit kudapan. Perjanjian nya Majlis pukul 2ptg, so kuar awal sikit sebab xmo lah lewat dan mana ler tahu jem kan, KL biasa lah, sukar dijangka.

Diantara menu yang ada.

Makan time,


Majlis dimulakan dengan ucapan sikit dari Ruby. Tetiba kan Ruby jadi pemalu. Lepas tue, apa lagi sessi ramah mesra sambil makan - makan. Macam- macam menu ada, di masak oleh mak Ruby sendiri. YY duk blasah rendang Ayam, sedap wei. Siap ada nasi impit, dah macam nak raya jer rasa. 

Yeaah, dapat Voucher RM10.

Shopping Time


Then, aktiviti shopping lah apa lagik, kitaorg dapat Voucher RM10 yang di taja oleh My Bazaar. YY dari rasa xmo beli apa, sekali terbeli lah. YY beli kasut dan aksesori wanita. Yeaaaah, memang best lah My Bazaar nie, banyak baju cechantek tau. But yang x best sebab baju untuk Big Size macam YY nie takde lah plak. Lain kali My Bazaar kena jual baju untuk orang gedabak macam YY yang suka Fesyen jugak tau.

Jen , Anis , Ziera , Ruby , YY , Nurul & Anne ( Pic Credit to Ruby )

Yang memeriahkan Majlis, Tapi mengapa saya takde dalam gambor ini. Huawwawawaa ~~


Terima Kasih kepada Ruby sekali lagi kerana jemput YY bagi memeriahkan Majlis, Seronok sekali sekala berkumpul dengan kenalan blogger. Banyak yang kita boleh Sharing kan. Lain kali , kalau buat lagi, jangan lupa jemput ai lagik yerrr. :))






5 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah