Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Aktiviti Sihat di Hujung Minggu | Selangor Tourism


Wee ~~~ nak sambung dari kisah kat SINI. Sebenarnya aktiviti hujung minggu yang sihat. YY telah menjoinkan diri di dalam Program Kemasyarakatan Warga Unit Perancang Ekonomi , Jabatan Perdana Menteri bersama Selangor Tourism ke Kuala Selangor. Aktiviti sihat wei, buat keje amal gitueee. 

Majlis Daerah Kuala Selangor menjadi tuan rumah program nie. Memula kitaorang buat keje menanam pokok dan mengecat di Kampung Kelip-Kelip Kuala Selangor. Bila malam, apa lagikk kita tengok Kelip - Kelip ler. Betapa unik nyer serangga leh kelaur cahaya gitue. Naik boat manual di malam yang gelap, akan menyeramkan di situ yerr. Kebetulan cuaca agak sedikit renyai - renyai. Ramai jugak pelancong yang datang sini nak tengok Kelip - Kelip. Penambahan pendapatan utuk Daerah Kuala Selangor.

Misi menanam pokok dan mengecat

Siap sedia nak naik boat melihat Kelip - Kelip

Keesokkan hari nya, destinasi kami ke Hutan Simpan Raja Musa. Aktiviti menanam pokok ulam tenggek burung. Hutan nie pernah terbakar dulu, dan pernah di jadikan penempatan dan penanaman pertanian secara haram. Tapi sekarang tidak lagik. Hutan paya gambut, dalam duk sibuk nak tanam pokok, last2 kaki sendiri tertanam. Cuak wei masa tue. Nasib ada yang membantu.

Hutan Simpan Raja Musa

Then we all ke Kompleks Gerai Pasir Penampang . Kat sini di jual pelbagai jenis ikan masin dan ikan bilis. Nak kata harga murah, tak lah sangat tapi boleh lerr. 3 Peket ikan masin, cuma RM 10.00 . Hakoeyy lah, beli bebanyak mahu darah tinggi nanti. Spital jawapan nyaaa. The best part is, bila kita orang di jamu dengan Nasi Ambeng. Makanan Jawa yang akan popular di kalangan Masyarakat Jawa. Best tapi macam tak kena sikit dengan tekak YY, sebab YY nie suka makanan pedas. 

Kompleks Gerai Pasir Penampang

Lunch with Nasi Ambeng


Lepas checkout dari penginapan kitaorg kat Quarters Majlis Daerah Kuala Selangor, kitaorg menuju ke tempat membuat periuk tanah . YY tak ler try buat kan, tapi murah kot periuk tanah kat sini, dalam RM15.00 jer . Bak kata orang, masak dalam periuk tanah rasa lebih sedap. #EhYeke.

Tempat Buat  Periuk Tanah 


Dan, perkara terakhir yang kitaorg lakukan, adalah menangguk kerang. Aktiviti di Jetty Sungai Buloh, Jeram. Wei, panas kot naik bot tanpa bumbung, dan berpusing2 di tengah laut mencari kerang. So, korang jgn ler nak bising2 kalau harga kerang mahal eh. Dah rasa camne susah nyer, respek giler orang yang keje di laut. Belum tentu YY sanggup kalau fulltime buat keje di laut nie. Terima kasih sebab bagi bawak kerang free balik.

Menuju ke tengah Laut

Gaya orang menangguk Kerang




Terima Kasih Selangor Tourism / Selangor Shine sebab bagi YY peluang merasai pengalaman berharga niee. Lain kali ajak ler lagi yerr. Best laaah. 




p/s : Sebelum nie penah follow Selangor Tourism untuk aktiviti 4x4 < SINI >




#Blogger yang turut sama ada Hamzah Ian




6 comments:

  1. Aktiviti tu semua nampak menarik la na...
    Dpt tengok kelip2 tu tak?
    Ala... Takde lak gambarnya....

    ReplyDelete
  2. seronoknye tgok kak YY neh
    aktif je selalu...
    bagus2;)

    ReplyDelete
  3. @Ietams : Akak, xleh nak amik gambor, sebab ujan masa tue. Nak keluar camera pun x berani.

    @Puan jari : Seronok aktiviti camnie, buat benda yg kita tak pernah buat.

    @Nurul Akma : Harus laaaah ~~~

    ReplyDelete
  4. bestnya ada aktiviti mcm ni...org luar leh join tak?

    ReplyDelete
  5. ada lagi si mejah iyan..hahah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah