Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review | Teater Gerimis Mengundang -->> Terbaik toorrkkk



Wee ~~ sape minat Teater. Korang tau ke Teater apa yang tengah hangat kat Istana Budaya. Haaa, betul lah tue. Teater Gerimis Mengundang. Serius, korang patut tonton teater nie, tak rugi dan memang best sangat. Terima Kasih lah kat Media Hiburan sebab bagi peluang kat YY tengok Teater Gerimis Mengundang. 



Sinopsis Teater Gerimis Mengundang
Kisah percintaan di antara Zamani dan Cinta. Cinta yang berasal dari Jakarta datang ke Malaysia untuk belajar. Ketika ini lah perkenalan terjadi dan Zamani melakukan pelbagai cara untukmemikat Cinta. Disebabkan sikap Playboy Zamani memakan diri bila ada yang buat Fitnah sehingga percintaan diorang di uji. Sehingga sesuatu berlaku kepada Cinta. Apa berlaku?? Itu korang kena tonton kalau nak tahu lanjut.



Review
Watak-watak dalam teater nie semua menjadi. Terutama Kamal Adli yang bawa watak hero sebagai Zamani. Korang tak kan percaya bila tgk Kamal Adli boleh menyanyi dan menari. Yang best sekali bila dari mula citer dah banyak adegan yang mencuit hati dari Jering ( Taiyudin Bakar ) dan Mulan ( Najwa Nasir ) . Korang akan pecah perut punya tengok watak diowg dalam teater nie. Najwa Nasir memang bagus dalam lakonan. Maklum lah cucu kepada seniman negara P.Ramlee. Watak Kamal Adli buat YY jatuh Cinta. Muhahahhaha, tido senyum ja lepas tgk teater Gerimis Mengundang.

Mikha Tambayong, pelakon dari Indonesia . Yang kini tengah hangat sinetron nya kat Astro Ria Nada Cinta,membawa watak Cinta dengan jaya. Comel jer bila diowg Zamani dan Cinta dilamun cinta siap naik helikopter tue. So sweet sangat. Macam-macam emosi bila tengok teater Gerimis Mengundang nie. Rasa nak pi lagi jaaa.

Kumpulan Shiro dari Raja Lawak pun tak leh dinafikan bakat diowg.Memang lawak wei. Bila bab diowg nyanyi tue, memang terbaik. Suara sebiji Anuar Zain tue. Kalau korang tak cayer, kena lah pi tgk sendiri.


YY bagi 9.5 / 10 Bintang.




Cepat sape nak tonton masih ada masa lagi. Sempat lagi sampai 8 April 2012. Korang tak kan rasa rugi punya.  Boleh terjah SINI nak beli tiket Gerimis Mengundang.





P/S : Sila percaya memang Teater Gerimis Mengundang nie best. 
Coming Soon akan keluar Filem Pulaak.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah