Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review | Filem Termahal & Terbaik Korea #MyWay



Weee ~~ YY berkesempatan menonton Filem Termahal Korea My Way di GSC Signature, The Garden. Terima Kasih Azwan kena sudi jemput YY ke Tayangan Eksklusif filem hebat ini. Memula YY terfikir gak, betul ke hebat nie. Boleh ke Orang Asia buat filem perang-perang. Tapi, selepas menonton. YY rasa teruja sangat. Filem ini memang terbaik lah. Buat YY tak sempat nak bernafas tau bila bab aksi-aksi perang nie. Korang tak kan jumpa punya aksi-aksi romantik macam citer-citer Korea yang biasa korang tengok. Memang sangat lain Filem My Way nieee. Filem nie menelan belanja RM 77.3 Million. Dan yang penting, Filem ini berkisar kepada kisah benar.



Sinopsis My Way :

Sebuah filem berdasarkan kisah benar peristiwa perang dunia kedua ini bermula dengan pertemuan dua pemuda dari dua Negara. Jun-Shik (Jang Dong-Gun), pemuda Korea yang bercita-cita ingin menjadi seorang jaguh marathon seperti idolanya dan Hasegawa Tatsuo (Joe Odagiri), pemuda Jepun yang mempunyai kehebatan larian seperti Jun-Shik. Mereka bertemu sebagai musuh pada zaman kanak-kanak lagi apabila masing-masing mahu menunjukkan kehebatan larian mereka. Namun segalanya berubah apabila Jun-Shik dan rakan baiknya Kim In-Kwon (Lee Jong-Dae) dikerah menjadi tentera Jepun akibat rusuhan yang mereka lakukan ketika kemenangan yang sepatutnya milik Jun-Shik, diberikan kepada Tatsuo dalam pemilihan marathon Olimpik Tokyo. Lebih menyakitkan apabila Tatsuo pula mengetuai tentera Jepun sebagai Kolonel.

Penglibatan mereka berdua dalam peperangan dunia kedua telah merapatkan jurang permusuhan, lebih-lebih lagi apabila tentera Jepun kalah kepada tentera Soviet dan memaksa Tatsuo melucutkan jawatannya dan menjadi tawanan perang tentera soviet bersama Jun-Shik. Mereka dikerah bersama tawanan perang yang lain untuk berperang dengan tentera Jerman sehingga menyebabkan perpisahan terjadi antara keduanya dalam peperangan paling teruk dalam era perang dunia kedua.

Tatsuo yang mula menyedari sikapnya yang mementingkan diri akhirnya berjaya bertemu kembali dengan Jun-Shik apabila mereka sama-sama berada di kem tentera Jerman di Normandy, Perancis. Kali ini mereka sepakat untuk melarikan diri dari kem tentera tersebut dan kembali ke Korea untuk meneruskan cita-cita mereka menjadi jaguh marathon. Berjayakah misi mereka? Saksikan perjalanan perit yang diharungi oleh dua pemuda ini yang dahulunya musuh kini bergantung harapan sesama sendiri demi mencapai impian mereka yang satu.  


Gambar Di Sebalik Tabir Pembikinan Filem My Way 








Review Filem My Way:

Percayalah, Filem nie memang best dan terbaik . Sukar untuk percaya bila sebuah negara Asia boleh buat filem yang hebat camnie. Fuhh !! bila bab perang-perang memang korang akan terfikir, alangkah bersyukur nya duduk negara yang aman seperti Malaysia nie. Tak sempat nak tarik nafas, nak kelip-kelip kan mata pun rasa rugi takut terlepas aksi yang hebat dan dahsat.

Sepanjang tayangan, mulut YY nie tak brenti duk,.. arghh, hisshh, eeee, Ya Allah,.. aduhh . Camtue lah lebih kurang. Korang akan menyaksikan pelbagai cara pembunuhan kejam ketika berperang. mayat bergelimpangan, darah bertaburan. Eh, betul ke ayat YY nie. Hahahhaha. Blasah lah, janji YY nak menggambarkan betapa ngeri dan hebat nya aksi-aksi dalam filem nie.

Tapi dalam duk perang pun, tetap ada permainan emosi. Ada beberapa kali gak arr YY menitis kan air mata. Nasib panggung gelap, boleh cover dari orang sebelah. haruslah sedih kan, bila perang mesti ada adegan kematian. Touching wooo bila hilang orang yang kita sayang kan. Korang kalau nak feel teruja plus sedih sesikit memang sesuai sangat pi tonton Filem My Way nie. 

Dalam duk perang, masih ada terselit kisah sebuah persahabatan, kerna apa yang berlaku mengajar kita lebih kuat. Kalau kita duk bergaduh pun tak guna. satu hari kita akan memerlukan satu sama lain untuk meneruskan hidup. Ada message nilai-nilai murni kat situ.






4.5 / 5 Bintang

So, uolss. Apa lagi, terjah lah panggung 19 April 2012 nie. Mesti korang akan rasa seperti apa yang YY rasa ketika menonton Filem nie. 



Tarikh Tayangan : 19 April 2012
Pengarah :  Kang Je-Kyu
Pelakon : Jang Dong-Gun, Odagiri Joe, Fan Bingbing, Kim In Kwon,  Han Seung      
      Hyun , Do Ji Han & Lee Yeon Hee
Penulis skrip :  Kang Je-Kyu & Kim Byung-in
Penerbit Eksekutif :  Miky Lee, So Jin-Woo & Mu Xiao Guang
Genre :  Aksi  / Perang
Klasifikasi : 18 PL
Durasi :  143 minit




JOM LIKE FANPAGE MYWAY < SINI >







3 comments:

  1. mmg dinantikn..suka sangat genre aksi perang.

    ReplyDelete
  2. fuh, stail cite neh kot..tengok senjata n stail perang dia semua memang detail...tu pasal la mahal..hoho..

    jemput baca review di kakiwayang.com..=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah