Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

(Info Sihat) Cara Selamat Menggunakan Tandas Awam

Assalammualaikum,

Now YY nak share pasal menggunakan tandas Awam. Kita mesti biasa guna tandas awam kan, maklum lah bila dah berjalan, makan-makan harus lah ada rasa nak terkucil. Tak kan lah gigih nak tunggu sampai umah kan. Mesti kita akan guna tandas awam jugak. So, nie ada lah sikit cecara selamat nak guna tandas awam nie.

* Barang-Barang yang korang bawak macam dompet, beg dan sebagainya eloklah di sangkut di bahagian belakang pintu tandas.

* Sebelum korang duduk di atas pelapik mangkuk tandas, flush dulu untuk menyingkirkan kotoran yang mungkin tidak dibersihkan sepenuhnya oleh pengguna tandas sebelum ini.

* Korang digalakkan agar meletakkan beberapa lapisan tisu di atas pelapik mangkuk tandas sebelum digunakan.

* Jangan duduk di atas pelapik mangkuk tandas yang basah. Pilih pelapik tandas yang bersih dan kering.

* Sebaik-baiknya, flush tandas selepas selesai digunakan tetapi pastikan penutup mangkuk tandas telah di tutup terlebih dahulu. Hal ini kerana jika korang flush tandas secara terbuka, kuman lebih mudah tersebar.

* Selesai menggunakan tandas, jangan lupa cuci tangan dengan menggunakan sabun. Cuci tangan dengan cara yang betul selama 20 hingga 30 saat termasuk menggosok telapak dan belakang tangan, celah-celah jari dan daerah di bawah kuku. Gunakan air panas kerana ia lebih efektif membunuh kuman.

* Keringkan tangan dengan menggunakan tisu setelah selesai mencuci tangan. Jika korang bawak cairan pencuci tangan tanpa bilas, gunakan setelah korang cuci tangan atau masa korang tinggalkan tandas.


SHARING IS CARING



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah