Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Tayangan Eksklusif Berani Punya Budak | Sinopsis & Trailer


Weee ~~ selepas Tayangan Eksklusif Filem Korea Termahal yang akan di tayangan kan pada 19 April 2012 , Terima Kasih sekali lagi Azwan sebab jemput YY ke Majlis Tayangan Eksklusif Filem terbaru Berani Punya Budak arahan Afdlin Shauki yang akan di tayangankan pada 26 April 2012 . Dapat tengok awal 2 minggu tue, agak teruja ya di situ . Di tambah pulak ini Filem Aksi Komedi Pertama dari Afdlin Shauki.




Sinopsis Berani Punya Budak
Shuhaimi Abdullah/Tong dan adik iparnya, Pairot baru sahaja tiba di lapangan terbang, namun ditangkap oleh pihak Interpol dan disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Shuhaimi menceritakan mengenai kehidupan abang iparnya.

Pairot baru sahaja keluar dari penjara dan menjalani kehidupan yang biasa dengan menguruskan  perniagaan restoran bersama dengan iparnya Tong. Suatu hari Pairot telah menerima satu panggilan untuk melaksanakan satu tugasan terakhir iaitu, mencuri data peribadi pelanggan daripada syarikat kad kredit.

Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu gagal. Pairot terpaksa melaksanakan tugas tersebut dan berjaya melepaskan Tong. Namun demikian, perkara tersebut menjadi huru-hara apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah dan diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia yang mana bertindak untuk untuk membunuh Pairot dan Tong.

Kedua-dua mereka berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk berjumpa dengan timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri. Walau bagaimanapun, mereka semakin terperangkap di dalam situasi ini dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal dan bukan oleh orang yang mereka sangkakan.-

Adakah mereka dapat menegakkan keadilan untuk mereka sendiri? haaa... jom layan trailer ni dulu... 

Trailer


Camne, bila dah baca sinopsis ngan layan trailer. Rasa macam nak pi tengok tak. Ok3x, nanti bila YY dah tonton, YY citer kat korang eh best ke tidak. Tapi bila Filem ada pelakon - pelakon hebat macam Afdlin Shauki , Nabil , Awie , Johan RL & ramai lagi. Haruslah best nie. Tak sabar nak tunggu next week. Nantikan Filem Berani Punya Budak di panggung berdekatan korang pada 26 April 2012 . Sementara tu korang layan pula gambar-gambar di bawah, mesti akan bertambah teruja untuk pi menonton cerita ni.












JOM LIKE FANPAGE BERANI PUNYA BUDAK < SINI >



 p/s : Mari kita lihat hasil gabungan pelakon Malaysia dan Thailand.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah