Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Proton Preve Dilancarkan | Harga Bermula RM59,540.00 – RM72,990.00


Wee ~~~ Akhirnya, Model terbaru dariPronton telah dilancarkan malam tadi. Korang tengok tak. Mesti korang teruja kan. Yang tengah duk usha jer, kete apa nak beli. Ini adalah jawapannya. Nampak smart plak. Nasib ler YY dah ada si hijau. Kalau tak meleleh gak air liur, korek2 duit dalam tabung nak beli satu Proton Preve.



Proton Preve, model terbaharu yang paling dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia akhirnya telah dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 16 April 2012. Majlis gilang-gemilang itu telah dilangsungkan di Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Mines Resort City, Seri Kembangan bermula jam 8.00 malam.

Menurut Proton, tahap penggunaan bahan api petrol bagi varian Executive manual ialah 6.2 liter bagi setiap 100 km perjalanan, manakala varian Executive CVT lebih menjimatkan pada kadar 5.8 liter bagi setiap 100 kilometer. Berkenaan kelajuan yang mampu dicapai, Executive manual mampu memecut sehingga 180 km/j, sementara versi CVT mencatatkan kelajuan puncak 170 km/j. 



Preve dilengkapi sistem keselamatan standard seperti ABS dengan EBD, dan tambahan BA (Brake Assist and Traction Control) serta teknologi baharu ESC (Electronic Stability Control) pada varian Premium, selain empat beg udara yang berada di bahagian depan dan tepi (Premium sahaja). Untuk pemberhentian yang lebih selamat, kesemua varian dilengkapi brek cakera di keempat-empat roda yang bersaiz 16 inci, dengan penggunaan tayar bersaiz 205/55 siri.

Harga antara yang paling menarik perhatian ramai apabila ia diumumkan lebih rendah daripada harga anggaran sebelumnya. Sama seperti harga tidak rasmi yang bocor terlebih awal sebelum ini, varian Executive manual 5-kelajuan berharga RM59,540.00 (Solid) dan RM59,990.00 (Metalik). Executive CVT pula berharga RM62,540.00 (Solid) dan RM62,990.00 (Metalik).

Seterusnya varian Premium ditawarkan sebanyak RM72,540.00 (Solid) danRM72,990.00 (Metalik). Kesemua harga merupakan harga atas jalan lengkap dengan insuran. Model yang paling diperkatakan ini sudah boleh dilihat dan dipandu uji di semua bilik pameran Proton yang berdekatan mulai hari ini. 

arenakereta.com  




So, Camne? Agak2 leh tangkap sebijik tak. Apa kata korang g jer showroom berdekatan. Boleh ler test Drive sekali. Kalau mampu dan berkenan. Layan kan ajerrr. 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah