Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review | LockOut - Sinopsis dan Trailer.


Weee ~~ baru jer sampai rumah dari prebiu Filem LockOut. Bergegas nak update jap. Maklum esok YY cuti, boleh ler tido lambat sikit kan. Terima Kasih buat Media Hiburan sebab bagi peluang YY menonton Filem nie yang akan keluar esok. Nak tahu best ke tidak? Meh sini nak citer.



Sinopsis / Review 
Lockout nie berkisar kisah di tahun 2079. Giler jauh maju ke depan. Memula tgk tahun , YY terfikir. Hiduplagi ke diri ini di tahun itu. Fuhh ! moga di panjangkan usia ku. Amin. Punya moden citer nie, motor zaman tue pun satu tayar jerk, itu pun besar yang amat. Tayar belakang jer yang ada pun. Bergerak laju macam terbang uolss.

Kisah nyer,pasal nak selamatkan anak Presiden US, EmilieWarnock yang kena jadi tebusan di penjara Space MS One. Agent Snow di tugaskan untuk selamatkan beliau. Penjara nie terletak di Space MS One, dan banduan kat sini semua di tidurkan. Giler canggih letak penjahat kat angkasa hokeeey. But mamat pengawal Emilie sengal yang mengiringi si Emilie adalah punca banduan semua boleh terlepas. Nak tahu punca nyer, korang kena lah tgk kan.

Snow yang berusaha nak selamat kan Tebusan di Space MS One

Then, tujuan si emilie nie pergi ke tempat yang agak bahaya tue, sebab nak buat kajian tentang banduan yang di tidurkan kat situ. Macam ada side effect, boleh jadi giler or melakukan keganasan yang luar biasa. Kesengalan mamat pengawal nie, terus jadikan Space MS One di tawan oleh banduan jahat. Gelabah ler presiden US sebab anak dia dah jadi tebusan. 

Masa nie Snow nak transform si Emilie ~~ Bertukar.

Kat sini lah aksi-aksi , keganasan terjadi. Snow berusaha nak selamat kan Emilie atas arahan Presiden di samping nak cari kawan dia. Sebab ada urusan yang tak selesai yang Snow perlukan banduan. Tapi, sesuatu terjadi higga Snow amat kecewa. Apkah dia,.. Yeaaah, korang kena lah tonton. Kang citer sampai habis, dah rugi takde orang nak pi panggung.

Joseph Gilgun as Hydell in 'Lockout'
Banduan yang jahat giler, dah ler muka buruk.


Filem nie memang best, tak bosan. Ada jugak unsur-unsur lawak yang di lakukan tanpa memek muka bodoh or sengal. Cukup dengan kata-kata. Dan kelainan dalam citer nie, memang takde adegan cintan-cintun. Cium-cium pun xde eh. Memang aksi sesaje. Cuma bab yang teknologi canggih nie nampak sangat lah CGI nyaaa. Mat Salleh buat citer kan memang kekadang over sikit.


3 / 5 Bintang. Kategori boleh tonton.

******************************************




Sebelum menonton, harus lah mencekik dulu kan. Kang dalam panggung duk berpunyi perut. Malu ler kat orang sebelah. Muhahahhaha. McD jadi pilihan sebab sebelah jer ngan GSC, kata pemalas nak jalan. Layan kan ajer, Selera mat salleh kita yerrr.

Mencekik dulu sebelum menonton, Laporrr

Anis Jadi mangsa peneman menonton wayang kali ini.

Anis Muka Teruja dapat tgk LockOut 




Trailer "LockOut"




Sekian. OkBai.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah