Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Drama Siri SELUDUP | Peluang jadi pelakon dan menang RM 15,000


Assalammualaikum,


Sape cita – cita nak jadi pelakon ?? Mesti korang dah verangan lama kan nak jadi pelakon macam pelakon yang ada sekarang kan . Nak tahu cara nyaaa ?? nie YY nak citer ngan korang , ada peluang besaq untuk korang jadi pelakon tau . Siap boleh dapat wang besar . Gitueeee . Haaa, teruja tak ??? mesti korang dah senyum lebar nak tahu camne cara nya kan .



Camniee,…




Para pelakon dan Pengarah SELUDUP .


Astro Prima dan Maya akan menyiarkan Drama Siri TV Aksi Cinta bertajuk SELUDUP, Antara pelakonya ialah Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah Zak, Namron, Raja Ilya dan Syafie Naswip.


Drama aksi yang bakal memulakan penggambaran pada pertengahan Julai ini mendalami isu perdagangan haram barangan seludup di negara ini. Siri ini adalah hasil idea seorang ikon serba boleh industri televisyen, Jehan Miskin, yang merupakan Penerbit Eksekutif Mastermind Group Sdn Bhd.


Seludup diilhamkan daripada kesedaran yang semakin meningkat di kalangan masyarakat mengenai perdagangan haram barangan seludup, tiruan dan cetak rompak yang telah menjadi isu sosio-ekonomi di negara ini dan menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat. Drama ini berlatar belakangkan situasi ekonomi semasa di mana naratifnya menceritakan tentang kesungguhan seorang lelaki biasa dalam mencegah jenayah daripada mengancam keamanan kampungnya. Skripnya berkisar tentang protagonis iaitu Amran – seorang lelaki muda daripada sebuah perkampungan nelayan kecil dan usahanya menentang sindiket penyeludupan yang menggunakan nelayan di kampung tersebut untuk menyeludup barangan melalui perairannya .







So, SELUDUP nak carikkk pelakon. Kalau korang berjaya ini lah permulaannya minat korang yang nak jadi pelakon tuee . Boleh berganding dengan pelakon hebat yang membintangi Drama Siri SELUDUP nie. Semuanya mudah hanya dengan menyertai ujibakat secara online dan daftar di Facebook SELUDUP .


Cara – cara menyertai Uujibakat Online Siri SELUDUP .

1. Daftarkan Maklumat korang di Facebook SELUDUP

2. Rakam video ujibakat korang dan baca skrip yang disediakan dan muat naik di facebook SELUDUP . Ad skrip untuk LELAKI dan Skrip untuk PEREMPUAN .

3. Video yang telah di luluskan akan di pamerkan di galeri ujibakat . Kongsikan video ujibakat korang melalui butang SHARE .

4. Apa lagi, promote lah video korang tue hingga dapat LIKE yang banyak , sebab pemilihan di buat secara 50 –50 antara LIKE dan undian juri . 



seludup-ujibakat




Dan , ini adalah skrip yang korang kena gunakan untuk ujibakat korang tue . Senang bebenor . Ada rezeki menang RM 15,000 tueee.




skrip



Senangkan, apa lagi cecepat lah buat video . Syarat – Syarat Penyertaan :


- Tempoh Ujibakat dari 25 Jun 2014 sehingga 3 Ogos 2014 .


- Pemenang akan diumumkan pada 9 Ogos 2014 .


- Terbuka kepada Semua Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan         mempunyai Facebook ddengan sekurang – kurangnya 30 rakan dalam list friends.


- Like FACEBOOK SELUDUP .


- Yang pernah berlakon atau pernah keluar kat TV tak Layak menyertai ujibakat SELUDUP .


- Sebarang aduan dan ketidakpuasan hati tidak akan di layan .





Sebenarnya , YY dah pun masuk ujibakat nie . Muhahahhaha, gedixs kan nak mencuba gak . Mana tau rezeki anak . Eceeeh , guna anak lah plak . Korang boleh tengok semua penyertaan di Galeri Ujibakat SELUDUP . YY nyer ujibakat kat SINI .




Nie salah satu video yang menarik bagi YY .



UNDI video uji bakat sekarang!


2. Klik 'LIKE' untuk mengundi video.

3. Klik ‘SHARE’ untuk kongsi video.


Jommmm, UNDI video uji bakat kegemaran korang sekarang!


10492486_479507178819451_5628906848015152397_n



Untuk keterangan lanjut boleh terjah laman sosial SELUDUP :




 
 
P/S : rezeki mana tau menang dapat RM 15,000









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah