Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Luahan hati dan Membebel jap !


Assalammualaikum ,


Salam rabu korang . Hari nie sessi meluahkan perasaan dan membebel sikit . Harap korang x bosan lah membaca yerr . Ini kisah sudah lama pendam wooo . Makin lama makin makan dalam gitueee .  Biasalah , orang perempuan kan emosi sokmo . Ini kan pulak kondisi YY sekarang memang semacam dia punya sensitif . Xdpt makan pun nak nangis kan . Maklum lah , semua orang ada perasaan , bukan macam kata - kata seseorang "buat muka macam badak" dalam status wechat nyerrr . Amboiii sedap bahasa yer adik , awak sempurna sangat ke sampai sama kan orang dengan badak . 


Bukan apa lah , nak tanya pendapat korang lah kan . Apa perasaan korang kalau dapat rakan sekerja yang penting kan diri sendiri dah tue penipu . Mesti korang pun geram kan . 


                               


Contohnyaaa : 

1. Bercuti punya lah banyak kali , sampai semua pun pelik sebab cuti x habis3 . Rupanya dr awal tahun x pernah cuti tue di apply . EL x apply , MC lagi lah . Patut nya 3 bulan pertama tahun 2014 separuh cuti dah habis . Tapi atas 'kebijaksanaan' si pelaku cuti tetap maintain banyak sebab tak memohon . Dapat pulak , bos tak pantau bab tue semua sebab fikirkan amanah , jd senang lah diri terlepas . Kalau kes camnie di panggil x amanah ke atau penipu eh ?? 


2 . Bila dah bercuti banyak kali , dah tentu keje pun menimbun kan . Tapi biasa lah bila orang yang penting kan diri sendiri , mana dia kisah keje siap x siap . Boleh plak CC yang duk sibuk buat keje dia . Itu pun sebab CC malas nak bersuara . Bak kata CC , kang kalau orang nak fail , nak x nak buat jer lah .  Kang boleh jadi gaduh . Tak sakit ke mata korang kalau keje melambak , tapi tgk pelaku duk sibuk main handphone past tue duk mengadap pc . Buat x kisah jer dengan keje yang melambak tuee . Bukan semua kat opis nie x nampak , orang yg tua2 pun nampak , ada jer bersuara x puas hati , tapi nak buat camne . Nak di tegur dah besar panjang , kang melenting plak . X pasal bergaduh besar kan . 


3. Nie bab nak cuti raya , biasa lah bos mesti nak separuh keje sebelum dan separuh lagi selepas . Then si "bijak" nie tahun lepas dah cuti sebelum dan selepas . Di ulangi sebelum dan selepas yerr . Kebetulan pulak opis YY nie ramai nak cuti selepas , so x cukup sorang lagi nak cuti sebelum tapi bila CC tanya langsung dia x bersuara . Sebab dia tetap nak cuti selepas . Last - last orang lain lah kena mengalah . Nampak x pentingkan diri sendiri tueee . Orang lain pun ada anak , laki , sedara mara kan . Tapi ini melampau lah . Dah ler tetiap tahun cuti selepas . Macam dia sorang jer ada keluarga . 

                               
                             


Hurmmm , mesti korang fikir kenapa semua x bersuara . Kenapa x di tegur . Sebabnyaaa semua malas nak layan , pendam jer rasa sakit hati . Sebab dia nie jenis suka meroyan kat fb dan wechat . Yang YY tak leh terima , dan memang susah nak hadam bila dia meroyan membabitkan keluarga . Ini nama nya bila kita ada kawan , hati3 yer . Baik camne pun , x mustahil bila ada krisis dia akan jadi kan rahsia kita sebagai senjata untuk menikam . Motif sangat kau nak bising - bising kat facebook , nak up status kat wechat . Orang yang x tau citer pun , boleh tau semua benda yang jadi . Memalukan sungguh . Dari apa yang kita tulis , orang boleh nilai kita nie orang yang macam mana . 



YY pun sedar diri , kita pun bukan sempurna kan . Tak layak pun nak nilai orang . Cuma salah ke bila orang cuba nak jadi muslimah yang baik , perlu ke up status macam x puas hati dengan perubahan kearah kebaikan yang orang sedang lakukan seperti memakai stokin ke tempat kerja . Benda macam tue pun nak jadi isu kan . Bila hati dah x suka , benda baik pun nampak buruk kat mata. 


Sebenarnyaaa YY xde niat pun nak aib kan sesape . Tapi YY dah anggap blog nie macam diary YY , so YY luahkan kat sini jer lah . Memang tujuan YY buat blog dulu pun nak citer memacam , cuma sekarang masa cemburu sangat . Tak sempat nak citer semua , kalau x dulu memula blogging 2007 , makan , buat apa , pi mana , semua nak citer kat blog tau . 


Dan YY x pernah menyesal pernah menjadi kawan baik 'adik' dulu , tp apa yang awak meroyan kat FB membabitkan keluarga 'akak' x boleh terima . Adik-beradik 'akak' pun x boleh terima . Terima kasih sebab pernah menjadi kawan susah senang dulu . Pengalaman mengajar kita . Semua yang berlaku ada hikmah . Better nilai kesalahan diri sendiri dari asyik menunding jari pada orang . 




                      P/S : ini semua akibat salah faham . 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah