Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Cuti Umum Nuzul Quran bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur , Labuan & Putrajaya


Assalammualaikum,


Eheem, adakah korang mengetahui bahawasanya cuti Nuzul Quran adalah diberi jugak kepada wilayah persekutuan . Muhahahha, sebenarnya YY pun baru perasan . Pepagi YY duk bising - bising kat opis kata cuti ke tidak eh . Sebab compius ngan cuti Thaipusam . Kan Thaipusam KL dah dapat cuti kan. 


So, mengoogle lah  cari pekeliling yang berkenaan . Dan terjumpa lah jawapan yang dicari . Seronok lah dapat cuti kan , xperlu nak mengadap jem. Maklumlah, masalah kalau cuti nuzul quran orang luar duk datang shopping kat KL, past tue jalan jem. Fuhhh !! dugaan sungguh . 



Sukacita dimaklumkan bahawa Perdana Menteri Malaysia telah menetapkan Hari Nuzul Al-Quran sebagai Hari Kelepasan Am di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan. 
Diumumkan pada 28 November 2013.

Pemberitahuan ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2014.

Hari Kelepasan Am ini telah pun diwartakan mengikut Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369), manakala untuk Wilayah Persekutuan Labuan berdasarkan Seksyen  8 Akta 369, sebagaimana yang diperluas dan diubah suai oleh Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Peluasan dan Ubah Suaian Akta Hari Kelepasan 1951) 2005 [P.U. (A) 511/2005) –Boleh rujuk Warta Kerajaan dan Keratan Akhbar seperti di lampiran.



So, 15 JULAI 2014 adalah cuti umum yaaa. Apa plan korang . Mesti nak pi shopping cari barang raya kan . Saguhati raya untuk kakitangan kerajaan pun akan masuk 15hb Julai 2014 . Korang jangan boros sangat , beli apa yang penting dan patut jer . Cam YY , mybe cari persiapan baby jer , maklumlah nak terima orang baru sikit masa lagi . 




P/S : Suka dapat cuti sebab tak yah nak meredah jem pi balik keje . 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah