Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Sunsilk Lively Clean & Fresh untuk yang berhijab


Assalammualaikum,


Hai korang hijabista sekalian . YY nak tanya korang lah , korang yang berhijab nie guna syampu apa eh . Maklum lah , bila berhijab nie, adakala akan mengalami masalah rambut kan . Dengan kepala gatal lah , berkelemumur lah , x masuk lagi rambut berminyak . Buat keje seharian di luar , berpanas , berhujan dengan macam – macam dugaan sepanjang hari dengan kepala bertutup dengan hijab, harus lah buat kepala tak selesa .



Sunsilk Lively Clean & Fresh untuk yang berhijab



Jadi, YY nak bagi tau korang ada Syampu yang sangat bersesuaian untuk wanita berhijab . Syampu Sunsilk Lively Clean & Fresh . Sunsilk mencipta Lively Clean & Fresh bersama dengan Dr Francesca Fusco, pakar penjagaan kulit kepala dunia yang terkemuka, untuk menangani keperluan penjagaan rambut yang unik bagi wanita yang berhijab. Diperkayakan dengan Vitamin Citrus ComplexTM, variasi ini dicipta untuk menyingkirkan pembentukan sebum kulit kepala yang berlebihan, menyegarkan kulit kepala dengan cuma satu cucian sahaja. Hasilnya adalah kulit kepala yang tidak gatal dan berbau wangi, memberi wanita yang berhijab rasa yang menyegarkan sepanjang hari, meningkatkan keyakinan diri mereka.




Sunsilk Lively Clean & Fresh untuk yang berhijab

Khususnya direka khas untuk wanita berhijab, rangkaian Sunsilk Lively Clean & Fresh, direka bersama dengan Dr Francesca Fusco untuk memberikan kulit kepala yang bersih dan segar kepada wanita bertudung.




Korang pernah tengok kan iklan komersial pertama Sunsilk yang menggunakan wanita berhijab iaitu Wardina. Kagum wei , selalu iklan Syampu mesti nak guna wanita yang kena tayang rambut . Nak kena tunjuk betapa halus dan cun melecun nya rambut selepas menggunakan syampu . Tapi , ini lah kelainan syampu Lively Clean & Fresh yang memang khusus untuk wanita berhijab , dah tentu iklan pun guna wanita berhijab kan .



Sunsilk Lively Clean & Fresh untuk yang berhijab

Heliza Helmi, duta jenama Sunsilk Lively Clean & Fresh, berharap untuk memberi inspirasi kepada wanita berhijab yang lain dalam mengecapi impian dengan penuh keyakinan dan berkongsi pengalaman mereka bersama Sunsilk.




Sunsilk Lively Clean & Fresh untuk yang berhijab




Dengan itu , Sunsilk Lively Clean & Fresh mengumumkan bahawa, Heliza Helmi kini sebagai duta jenama Sunsilk Lively Clean & Fresh. Heliza mewakili salah satu daripada wanita yang berhijab dengan sentuhan kehidupan oleh Sunsilk, jenama yang didedikasikan dalam menyediakan platform bagi wanita yang berhijab untuk mencapai kejayaan. Sebagai wanita yang berhijab yang sudah membesar melalui peluang dengan Sunsilk, Heliza berkongsi dengan penonton tentang cabaran dan halangan yang dihadapi oleh beliau, dan kisah yang tidak terceritakan tentang pencapaian beliau. Perjalanan yang bermakna Heliza dengan Sunsilk direalisasikan dalam kehidupan melalui siri imej secara visual yang menawan dipaparkan dalam galeri foto dalam acara tersebut.



Sunsilk Lively Clean & Fresh untuk yang berhijab

(Dari kiri ke kanan) Nell Yee, Penolong Pengurus Jenama Sunsilk, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Ashlee Ng, Pengarah Produk Penjagaan Diri, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Heliza Helmi, Duta Jenama Sunsilk Lively Clean & Fresh, dan Phoenix Ho, Pengurus Jenama Sunsilk, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. bersama rangkaian Sunsilk Lively Clean & Fresh, salah satu peneraju produk penjagaan rambut untuk wanita berhijab.


 
 
Sunsilk Lively Clean & Fresh untuk yang berhijab

Rakan-rakan dari industri hiburan turut serta menyokong Heliza Helmi sebagai duta terbaru Sunsilk Lively Clean & Fresh di siding akhbar.

(Dari kiri ke kanan) Najwa Latif, penyanyi, Nell Yee, Penolong Pengurus Jenama Sunsilk, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. Ashlee Ng, Pengarah Produk Penjagaan Diri, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Heliza Helmi, Duta Jenama Sunsilk Lively Clean & Fresh dan Phoenix Ho, Pengurus Jenama Sunsilk, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. menunjukkan rangkaian Sunsilk Lively Clean & Fresh, Faatin Akib, Pengacara TV dan Hatta Dolmat, pereka tempatan yang terkenal.
 



 
“Sebagai penyokong yang paling kuat, kami berasa Heliza adalah contoh unggul wanita yang berhijab yang sudah merasai kehidupan dan mencapai impian bersama dengan Sunsilk. Lebih daripada itu, kami berharap untuk menginspirasi dan memperkasakan wanita Malaysia yang berhijab agar yakin untuk hidup dengan sihat dan mengejar peluang, sama seperti gadis-gadis yang lain. Dalam merealisasikan visi ini dalam kehidupan, kami telah memilih Heliza agar mengetuai kempen Lively Clean & Fresh tahun ini, kerana kami percaya beliau adalah wanita yang paling sesuai untuk memimpin siri perjalanan hidup sebenar ini,” Ashlee Ng berkata, Pengarah Jenama Penjagaan Peribadi, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.
 
Sunsilk Lively Clean & Fresh untuk yang berhijab


 
Sempena dengan kempen Sunsilk Menemanimu Sejak Tahun 2000 , di mana wanita yang pernah menggunakan Sunsilk dijemput untuk berkongsi kisah mereka yang tidak terceritakan dan kenangan mereka menggunakan Sunsilk pada halaman Facebook jenama tersebut. Semua kisah bermakna wanita ini akan dikumpulkan dalam satu garis masa yang memaparkan perjalanan Sunsilk Lively Clean & Fresh sejak 2000 sehingga ke hari ini.
Pemenang hadiah utama akan diberi hadiah wang tunai RM20,000 untuk mencapai aspirasi korang . Korang juga akan diberi peluang untuk bersuara dan berkongsi kisah korang yang menginspirasikan sebagai wanita yang berhijab dengan seluruh dunia .


 
Sunsilk Lively Clean & Fresh untuk yang berhijab

Heliza Helmi, duta jenama Sunsilk Lively Clean & Fresh, menerangkan pengalaman bermakna beliau bersama Sunsilk dengan menceritakan bagaimana Sunsilk telah memberi sokongan dalam mengecapi impiannya.


 
 
Untuk menyertai pertandingan dan menjadi sebahagian daripada perjalanan Sunsilk Menemanimu Sejak Tahun 2000, wanita perlu:

1. Membeli produk Sunsilk daripada rangkaian Lively Clean & Fresh sebanyak RM15

2. Berkongsi kisah perjalanan hijab peribadi korang dengan Sunsilk pada aplikasi Sunsilk Menemanimu Sejak Tahun 2000 (didapati pada halaman Facebook Sunsilk Malaysia)


Sunsilk Menemanimu Sejak Tahun 2000 akan berlangsung dari penghujung July tahun ini. Sunsilk akan memberikan hadiah berjumlah RM50.000 kesemuanya bagi menghargai wanita –wanita ini yang telah menyokong Sunsilk selama ini. 


 
Sunsilk Lively Clean & Fresh untuk yang berhijab

Comel kan duta Sunsilk Lively Clean & Fresh niee.


 
 
Apa tunggu lagi korang , jom lah share pengalaman korang berhijab . Mana tau pengalaman korang mampu memberi inspirasi kepada ramai orang dan boleh menang hadiah utama . Kita tak tau rezeki kita kan , x cuba mana nak tau . Selamat mencuba korang .
 

 
 
Maklumat lanjut boleh ke :




P/S : memang best Syampu Sunsilk Lively Clean & Fresh 






































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah