Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

HIV TEST | Wajib untuk Permohonan Kahwin di Malaysia


Assalammualaikum,


Korang mesti tau kan , yang kalau nak kawin kena ada HIV Test. Salah satu syarat dalam permohonan kawin. So, sebagai #b2b , yaaaa YY #b2b tau. Segan nak bagi tau kat korang. Eh, verangan macam lah korang nak tahu kan.



Memula tue kan, YY survey kat senarai klinik yang boleh kita buat HIV untuk kawin nie. Tapi korang better call dulu tau, sebab ada yang dalam list tue dah tak buat HIV Test dengan alasan tiada peralatan dan better call tanya adakah klinik yang korang nak pergi tue, perlu buat temujanji dulu atau boleh walk in jer.









Memula YY nak gi kat Klinik Tanglin, dekat ngan opis. Tapi Klinik Tanglin dah x buat HIV Test , so YY pun ke Klinik Kesihatan Pantai di menara Goshen Plaza Pantai, sebelah jer dengan menara masa YY keje bank dulu. Klinik nie tak perlu buat temujanji, boleh walk in jer. Tapi ada masa dan hari tertentu. Nak comfirm korang leh call Klinik Kesihatan Pantai di talian 03 – 22881071 .






HIV TEST Kahwin 115





HIV TEST Kahwin 114




Korang leh g melenggang jer, sampai jer nanti korang di beri borang untuk di isi. Lepas mendaftar dengan bayaran RM 1 , tunggu turn untuk darah korang di ambil utk pengesahan HIV positif or negatif. Tak sakit pun, cucuk sikit jer bagi darah keluar untuk di letakkan kat alat ujian.




HIV TEST Kahwin 102HIV TEST Kahwin 105




HIV TEST Kahwin 113



Bila doctor dah sign surat pengesahan ujian HIV Test korang , selesai lah ujian HIV korang tue. Boleh arr buat urusan perkahwinan yang lain pulak. Jangan takut lah, x sakit pun buat HIV test nie. Keputusan ujian negatif, cimfirm lah xde masalah nak kawin kan, tapi kalau positif ada kaunselor yang akan bg penerangan tentang hubungan korang nanti . Ujian HIV bukan untuk membebankan, tapi untuk masa depan sebuah ikatan . 




HIV TEST Kahwin 119

Nampak , sikit jer darah yg di ambil. kalau 1 line makna nyer negatif yaa.




HIV TEST Kahwin 120



Keputusan HIV test nie hanya laku selama 6 bulan, so korang leh budget lah masa bila korang nak buat kan. Jangan lah awal sangat, kang tak laku dah satu keje nak pi buat balik.



YY nie masa pun tak banyak lagi. Banyak lagi urusan lum settle. Permohonan kawin pn x buat lagi. Aduyaaaiii, adakah YY kena bersara kejap blogging sebab kan nak kawin nie. Macam susah jer nak berenti kan, walaupun hanya sementara. Doakan semua urusan YY berjalan lancar eh korang. Aminnnnn .





P/S : 56 hari lagi , hoiiii yaaa hoiiii .






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah