Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Sunsilk Hijabku Gayaku cabaran bermula



Assalammualaikum,


Semua orang suka cantik kan, bukan setakat cantik di wajah tapi rambut pun nak kena cantik. Eh, korang niee. Kalau kita bertudung pun rambut tetap nak kena jaga tau. Alah, sebelum nie YY pernah citer ngan korang pasal Sunsilk Hijabku Gayaku. Nie nak citer kat korang lagi kisah selanjutnya.




IMG_9089[1]

Bertudung bukan halangan untuk kita aktif




Rancangan realiti Sunsilk Hijabku Gaya ku sekarang dah ada 10 pereka fesyen muda yang terpilih bagi menyiapkan rekaan untuk diperagakan oleh 10 model yang bertanding di pentas peragaan yang berprestij iaitu Islamic Fesyen Festival ( IFF ) . Pelbagai tugasan yang diorang lalui untuk menjadi seorang pereka fesyen muda yang di kenali.




IMG_9136[1]



Para Pereka dan Model bakal memenangi hadiah pertama sebanyak RM5,000 dan paparan eksklusif di majalah untuk seorang pereka fesyen dan seorang model. Nampaaak , lumayan kan hadiahnya. Ini adalah salah satu rancangan realiti yang membantu pereka muda memperkenalkan idea dan hasil rekaan diorang.




IMG_9138[1]




Paling best, bagi seorang pereka fesyen yang berjaya akan diberi tunjuk ajar dan bimbingan oleh pereka fesyen hebat dan tersohor Rico Rinaldi selama sebulan.




Korang boleh tengok setiap 1 episod di setiap minggu di You Tube rasmi Sunsilk Malaysia. Episod pertama akan mula disiarkan pada 4 November 2013 , dan Episod akhir pada 2 Disember 2013 .





IMG_9137[1] 



Episode 1 dah pun disiarkan pada 1 Nov haritu tapi jagan risau boleh je tengok lagi dekat www.youtube.com/user/SunsilkMY .Basically dalam episod 1, para pereka dan model yang bertanding diperkenalkan oleh hos Diana Amir. Cabaran episod 1 ni, para pereka harus mereka rekaan yang mempunyai elemen Paris, New York, London and Kuala Lumpur dan rekaan kena sesuailah dengan mereka yang berhijab.


Episod kedua pula YY dengar cerita  para pereka dibawa ke Jakel Kuala Lumpur dan diberi RM500 untuk membeli kain untu rekaan mereka dalam masa 1 jam sahaja! Mesti kelam kabut semua dibuatnya. Episod 2 ini dah pun disiarkan dekat www.youtube.com/user/SunsilkMY, jadi cepat cepat pergi tengok sekarang.






Episod ketiga pula merupakan episod imuniti dimana mereka diberi cabaran dan pereka yang memenangi cabaran ni boleh pilih model sendiri dan tentukan model model untuk pereka lain. Menarik bukan?



Rancangan ni ada 5 episod semuanya tau. So, korang jangan lupa menonton setiap episod untuk melihat sendiri cabaran – cabaran yang di hadapi pereka fesyen muda dan model . Mana tau boleh jadi inspirasi buat korang yang berminat nak jadi pereka Fesyen pulak.



P/S : Apa pendapat korang dengan Episod 1 dan Episod 2 ?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah