Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review Filem Adnan Sempit 3 | Sinopsis & Trailer


Assalammualaikum,

Hai uolss, macam lama jer YY tak citer pasal Filem kan. Maklumlah aik citer bab makan jer dari sebelum posa sampai lah ke bulan posa nie haaa.


So, YY berkesempatan ke Majlis Pra Tonton Tayangan Filem Adnan Sempit 3 , pakej sekali berbuka posa bersama para pelakon dan MIG Team. Terima Kasih Mejar ( K ) David Teo velanja berbuka di Shogun Japanese Restaurant. Filem Adnan Sempit 3 adalah Filem ke 79 MIG bakal di tayangkan pada Hari Raya Aidilfitri 8 Ogos 2013 . Kalau sape layan Adnan Sempit 1 dan 2 mesti korang teruja nak tengok Adnan Sempit 3 kan.


Filem ini masih lagi diterajui oleh Shaheizy Sam , Intan Ladyana, Yana Samsudin ,, Along Raja Lawak dan Angah Raja Lawak. Gabungan ini memang sinonim dengan Adnan Sempit . Dato’ Tarmimi Siregar dan Aznah Hamid juga di kekalkan . Buat Pertama kali , watak baru diperkenalkan seperti Shima Anuar , Lynda Roslan dan Fadzil Zahari bagi menguatkan lagi jalan cerita.


Sinopsis
Kisah penuh ranjau antara pasangan Adnan ( Shaheizy Sam ) dan Nadia ( Intan Ladyana ) juga Bobby ( Along Raja Lawak ) dan Wawa ( Yana Samsudin ) akhirnya bertemu jalan indah, apabila mereka berkahwin dengan pasangan masing – masing . Pelbagai persediaan yang telah mereka lakukan untuk menjadikan malam pertama mereka berjalan dengan lancar , bermacam – macam cara dan petua yang digunakan oleh mereka sehingga menimbulkan kelucuan.


Adnan Sempit 3119


Adnan Sempit 3106


Masalah mulai berlaku apabila Nadia dan Wawa bersama – sama didapati mengandung. Sehubungan itu, Adnan turut mengalami alahan yang teruk akibat kehamilan isterinbya. Sementara itu , Bobby pula menghadapi masalah kewangan untuk membiayai kos isterinya bersalin . Nadia asyik moody dan baran sepanjang tempoh ianya mengandung juga menjejaskan hubungannya dengan Adnan yang merasakan dirinya terpinggir.



Adnan Sempit 3111



Adnan Sempit 3100Adnan Sempit 3101


Masalah mula bertambah besar apabila Adnan dihantar ke Melaka bagi pihak bapa mertuanya , untuk menguruskan kerja – kerja pra-pelaburan yang berkaitan dengan pengeluaran mee segera ( Mamee ) bapa mertuanya, Dato’ Ithnin ( Dato’ Tarmimi Siregar ) dengan sebuah kilang . Kilang yang sama , Adnan telah berkenalan dengan Zita ( Shima Anuar ) seorang gadis yang mempunyai minat yang sama dalam sukan permotoran. Adnan dan Zita banyak meluangkan masa bersama sehingga menjadikan hubungan Adnan dan Nadia renggang.



Adnan Sempit 3116Adnan Sempit 3120Adnan Sempit 3121Adnan Sempit 3122


Nasib malang yang sama juga menimpa Bobby , apabila dia terpaksa menginkari janjinya pada Wawa dan melibatkan diri dalam perlumbaan haram untuk mendapatkan wang bagi membiayai kos rawatan isterinya. Apabila perbuatan  itu telah diketahui Wawa, wanita itu turuy memberikan kata putus untuk berpisah dengannya.



Adnan Sempit 3124Adnan Sempit 3127



bagaimanakah naib mereka semua ? Kena lah ke panggung menonton Adnan Sempit 3 yang akan ditayangkan di seluruh Malaysia pada Hari Raya Aidilfitri nie ( 8 Ogos 2013 )



Trailer





Review

Cam biasalah , mesti lah lawak Adnan Sempit 3 nie. Memang gelak sakan YY dalam panggung. Dah ler menonton time Puasa, memang bagi tekak kering tau. Lagak Adnan yang suka sangat cakap omputih sesuka hati dia memang lawak. Setiap ayat yang keluar muka slumber jer tapi kelakor.



Bobby plak, asik dengan masalah kewangan sampai memacam cara di buat nak dapat kan duit. Maklumlah dapat bini Wawa yang agak gangster gak, sian Bobby selalu jer kena buli. Ibarat gaduh – gaduh manja untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Haaa, korang kalau layan trailer comfirm lah leh nampak ada banyak aksi lawak kan.



So, bagi YY kalau nak santai sama family or orang tersayang boleh sangat korang tengok Filem nie raya nanti. Xyah lah nak fikir detail sangat, pergi dengan fikiran kosong gelak sakan then balik. Just untuk release tension , kalau korang mengalami ketensionan ler.




*************************************************************************************
Gambar sepanjang Majlis Pratonton Adnan Sempit 3

Adnan Sempit 3100Adnan Sempit 3103Adnan Sempit 3117Adnan Sempit 3137Adnan Sempit 3130Adnan Sempit 3133Adnan Sempit 3125Adnan Sempit 3162Adnan Sempit 3171


IMG_5684IMG_5704IMG_5698

Bersama Pelakon Utama Adnan Sempit 3





P/S : Mari menonton 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah