Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Smartphone Ninetology X1, Z1 dan Z1+ kini di pasaran



Assalammualaikum,

Hai peminat setia smartphone. Nie nak habaq ada smartphone android siri U9 terbaru dari Ninetology iaitu Ninetologi X1 , Z1 dan Z1+ .


Mana YY tahu pasal phone baru nie ??


Ninetologi X1 , Z1 dan Z1   113Ninetologi X1 , Z1 dan Z1   114

YY dan Pen Merah teruja dapat pelancaran Ninetology U9



Dah tentu lah YY berpeluang ke Majlis Pelancarannya baru – baru nie di Hotel Hilton Kuala Lumpur. Merasa lah YY tengok depan mata tipon yang canggih manggih dan dapat pulak godek3 dengan jari jemari YY yang comel nie.




Ninetologi X1 , Z1 dan Z1   101

Bloggers Gathering


Ninetologi X1 , Z1 dan Z1   126



Harga ?? dah tentu lah mampu milik. Dengan harga yang murah dan berpatutan hanya sekitar diantara RM1100- RM1300 . Nampak, harga yang boleh bersaing dengan telefon pintar yang lain.



Ninetologi X1 , Z1 dan Z1   127



Ketiga-tiga peranti ini beroperasi pada platform Android 4.2 Jelly Bean dan bakal dipasarkan pada awal Ogos 2013 dengan harga RM1099 untuk Nintology U9X1, RM1199 untuk Ninetology U9 Z1 dan RM1299 bagi Nintologi U9 Z1+.






Ninetology U9X1 membawakan skrin bersaiz 4.8-inci (Super AMOLED HD), kamera belakang 13-megapixel dan juga kamera hadapan dengan sokongan rakaman 720p. Ia turut didatangkan dengan ruangan storan sebanyak 16GB dan juga memori sebanyak 1GB RAM. Sokongan dwi-SIM turut disertakan pada peranti ini, serta dilengkapi dengan bateri berkapasiti 2200mAh.



Ninetologi X1 , Z1 dan Z1   129



Ninetology U9 Z1 pula dilengkapi dengan skrin 5.7-inci IPS HD, serta dilengkapi dengan kamera belakang 12-megapixel dan juga kamera hadapan 5-megapixel. Seperti X1, ia turut dilengkapi dengan ruangan storan 16GB dan jugs memori 1GB RAM. Menariknya peranti ini turut hadir dengan sokongan pengecasan tanpa wayar bersama-sama dengannya.




Ninetologi X1 , Z1 dan Z1   128



Ninetology U9 Z1+ pula memfokuskan kepada skrin, dimana ia dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.0-inci. Kamera hadapan 5-megapixel dengan kamera belakang 13-megapixel. Peranti ini menyertakan rekaan berasaskan aluminium bersama-sama dengannya. Setiap jualan peranti ini turut hadir dengan powerbank dari Ninetology.



Ninetologi X1 , Z1 dan Z1   125




Kalau korang nak tahu, phone dari Ninetology nie adalah keluaran daripada syarikat di Malaysia yang bekerjasama dengan China. Tetapi smartphone Ninetology masih lagi berkualiti dari telefon clone yang lain. Berada di psaran bermula Ogos 2013 .




Boleh terjah Facebook Ninetology kalau korang nak tahu maklumat terkini.




**************************************************************


Haaaa, cerita banyak pun tak guna. Nie YY nak bagi korang peluang baik punya . Korang kalau berminat nak review phone dari Ninetology selama seminggu, ada cara yang sangat mudah korang kena ikut.



image

Wall of pledge info: http://on.fb.me/10UNzoG


 
 
Korang boleh review mana- mana pilihan Phone Ninetology dan bandingkan dengan latest Mobile Brand yang ada.


Untuk menyertai  Sila email ke Samuel Lee : samuellee@ninetology.com dgn butiran :
  • Name
  • Blog URL
  • Email
  • Contact Number
  • dan jenis telefon pintar Ninetology  + 1x Other Latest Mobile Brand


Pihak Ninetology akan contact korang , kalau korang terpilihg untuk projek yang di beri nama “Tech Kaiju Arena” .



Tempoh Kempen:
"Tech Kaiju Arena" akan bermula pada 12 Ogos 2013 sehingga 31 Disember, 2013




Cara – Cara nya :

1. Bila dah terpilih, korang akan dapat lah phone pilihan korang tue.

2. Buat entri review di blog dalam 200 – 250 patah perkataan dan dalam entri letak jugak banner Ninetology .

3. Dalam Entri korang tue kena ada minimum 3 gambar atau lebih.


So, pemenang dalam kempen nie akan dapat hadiah baik punyerrr :


Ninetologi X1 , Z1 dan Z1   132


  •    Grand Prize: A Ninetology’s Latest Device and RM3000

  • 1st Runner-Up: A Ninetology’s Latest Device and RM2000

  • 2nd Runner-UP: A Ninetology’s Latest Device and RM1000



  • P/S : Banyak lagi hadiah menarik sepanjang kempen nie dijalankan.






    4 comments:

    1. oh. bukan setakat review aje. rupanya ianya satu pertandingan juga

      ReplyDelete
    2. Salam
      Ai
      saya ida
      newbies blogger
      saya baru je follow blog ni
      jemput follow blog saya ye
      umielman.blogspot.com
      Last but not lease
      Selamat Hari Raya

      ReplyDelete
    3. wah.hebat gak hadiah dia.boleh try ni.

      ReplyDelete
    4. semalam pergi jugak survey2 hp untuk adik..ade la tengok hp ninetology ni.. agak bagus la.. boleh cube kan?
      kempen dia ni pun cam menarik...nak tryla join..tq for da info!

      Meal Shakes, Makanan tambahan terbaik untuk kanak-kanak

      ReplyDelete

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah