Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Al-Lazat Burger Bakar Abang Burn | Burger Ramadan


Assalammualaikum,

Burger Bakar Abang Burn ( BBAB ) . Meh sini YY nak sambung dari kisah Blogger di jajahan Burger Bakar Abang Burn Cheras, so YY nak citer apa sebenarnya yang BBAB nak lakukan. Satu usaha amal yang sangat bagus bagi YY. 


Sempena menyambut Ramadan, BBAB memperkenalkan satu menu istimewa yang dinamakan sebagai Burger Al-Lazat . Kenapa Al-Lazat, sebab memang lazat pun :) .


 
Burger Bakar Abang Burn  101

 
Burger yang di cetus idea oleh Abg Burn sendiri hanya boleh di dapati ketika bulan Ramadan bermula tahun 2013 . Ia merupakan kombinasi menarik di mana burger bakar ini menggabungkan 3 citarasa iaitu Melayu , Arab dan Barat.

 
IMG_5022

Meriah dengan kehadiran Media dan Bloggers


 
Gabungan percik moden dan sos timur tengah yang di hidangkan ketika ramadan di semua 18 cawangan / jajahan Abg burn ini menjanjikan rasa yang berbeza daripada burger bakar yang lain. Ini merupakan usaha Abg Burn bagi mengangkat martabat Burger Al-Lazat sebagai burger yang dinantikan oleh rakyat Malaysia setiap tahun ketika Ramadan .


 
Burger Bakar Abang Burn  112

Pelancaran Burger Bakar Al-Lazat


 
Abg Burn jugak akan membuka sebuah cawangan di Lembah Klang yang beroperasi semata - mata tujuan infaq di mana kesemua keuntungan bulanan adalah untuk anak yatim dan fakir miskin . Diharap cawangan ini dapat menyumbang sekurang - kurangnya RM 20, 000 sebulan terutamanya kepada rumah anak yatim dan fakir miskin yang tidak mampu mendapat bantuan 'mainstream' . Pihak Abg Burn bercadang untuk melaksanakan aktiviti ini setiap tahun sebagai tradisi rakyat Malaysia. Justeru , dana untuk cawangan ini akan dikumpul dari sebahagian hasil penjualan Al-Lazat oleh rakyat Malaysia.


 
Burger Bakar Abang Burn  126Burger Bakar Abang Burn  127Burger Bakar Abang Burn  128Burger Bakar Abang Burn  129Burger Bakar Abang Burn  130Burger Bakar Abang Burn  131

Ada Pelbagai rasa Al-Lazat



 
Burger Bakar Abang Burn  136

Al-Lazat 5 tingkat


 
Untuk pengetahuan korang, BBAB sekarang dah ada 18 cawangan / jajahan di hampir seluruh Malaysia dalam masa setahun penubuhan dimana 5 cawangan adalah restoran dan 13 kiosk tetap. Burger Bakar Abang Burn jugak berjaya menjana lebih 200 peluang pekerjaan kepada anak muda Malaysia dan berjaya melahirkan 19 usahawan muda berpendapatan tinggi .


 
Burger Bakar Abang Burn  143Burger Bakar Abang Burn  145Burger Bakar Abang Burn  146

Berkongsi kesedapan Burger Al-Lazat dengan Budiey.Com


 
Nampak tak betapa murni nya Usaha Abang Burn nie. So, mari lah kita menyokong usaha murni ini dengan menerjah mana – mana jajahan Burger Bakar Abang Burn berhampiran korang dengan merasa sendiri kesedapan Burger Bakar Al-Lazat.


 
Burger Bakar Abang Burn  159Burger Bakar Abang Burn  174

Bloggers yang hadir memeriahkan Majlis


 
Kepada korang yang berminat nak jadi usahawan dengan membuka jajahan baru di lokasi strategik , molek benar lah sebab Abang Burn memang menyediakan peluang untuk korang yang berminat nak meniaga.  Korang pun tahu peminat Burger Bakar sekarang dah semakin ramai, jadi itu petunjuk yang perniagaan makanan seperti Burger Bakar boleh menjana pendapatan. Korang boleh hubungi Kak Burn di talian 019 – 3888598 untuk maklumat lanjut tentang Francais Burger Bakar Abang Burn.

 
 

 


P/S : Ada yang bertanya sape Abang Burn, eheem YY dah tau sape Smile






































4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah