Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Buffet Ramadan Hotel Concorde Shah Alam | Selera Penang & Johor


Asalammualaikum,


Beberapa hari lagi nak puasa dah. So, YY memang banyak citer pasal buffet ramadan jer lately. Memang nak mudahkan korang. Boleh buat pilihan hotel mana nak berbuka di bulan ramadan nanti.


Buffet Ramadan Hotel Concorde139Buffet Ramadan Hotel Concorde140



Kali nie nak citer sajian buffet ramadan di Hotel Concorde Shah Alam. Dengan tema The Best Of Penang and Johor , dah tentu lah pelbagai menu daripada Penang dan Johor yang di sediakan. Chef pun memang asal dari Johor dan Penang. Chef Abdul Kinchi Mydin dari Penang yang dikenali sebagai Chef Mydin yang mana Chef ni sangat femes dalam masakan Nasi Kandar, India Muslim terutamanya manakala Chef Dino dibawakan khas dari Johor . Semua sajian Buffet ini korang boleh terjah ke Melting Pot .



Buffet Ramadan Hotel Concorde165

Chef Mydin dan Chef Dino



Kari Kepala Ikan antara hidangan utama untuk pilihan dari Penang. Makanan kegemaran dan pilihan utama bagi DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah dan jugak Tun Dr Mahathir . Bekas Perdana Menteri kita Pak Lah pun suka dengan Kari Kepala Ikan yang disediakan oleh Chef dengan menggunakan rempah yang disediakan sendiri. Rasa nya pedas dan pekat, memang lain dari kari yang YY pernah rasa sebelum nie.



Buffet Ramadan Hotel Concorde153

Kari Kepala Ikan.



Buffet Ramadan Hotel Concorde152Buffet Ramadan Hotel Concorde154

Menu Pilihan Penang



Untuk Menu dari Johor pulak , Chef Dino menyediakan hidangan lengkap dan lazat Briani Gam. Yummeeeh lah. Ada Telor , ayam , daging dan daging kambing. X yah susah – susah kalau korang ngidam nak makan beriani gam, boleh jer ke Hotel Concorde Shah Alam ramadan nie.



Buffet Ramadan Hotel Concorde160

Beriani Gam



Buffet Ramadan Hotel Concorde155Buffet Ramadan Hotel Concorde158

Sup Gear Box dan Ayam Masak merah menu pilihan Johor




Selain Sup Gear Box, ada jugak beberapa lagi pilihan sup seperti Sup ikan berserai , Sup ekor Berempah , Sup daging Rincik Utara , Sup campur mamak Mydin , Seafood chowder , Spinach Crab Meat dan ada jugak Bubur Lambuk.



Buffet Ramadan Hotel Concorde109Buffet Ramadan Hotel Concorde113Buffet Ramadan Hotel Concorde116Buffet Ramadan Hotel Concorde117Buffet Ramadan Hotel Concorde118Buffet Ramadan Hotel Concorde119

Diantara Menu yang terdapat di Melting Pot



Selain hidangan berbuka puasa, Hotel Concorde menyediakan Surau dan Imam untuk solat berjemaah bagi terawih di level 3 tanpa perlu berjalan jauh. Untuk 3 hari pertama dan 3 hari terakhir pada bulan puasa, Hotel Concorde menawarkan harga serendah RM 69.00. Untuk hari biasa, setiap pelanggan yang bawak 10 orang tetamu berbayar akan dapat free berbuka puasa.


 
Buffet Ramadan Hotel Concorde144Buffet Ramadan Hotel Concorde145Buffet Ramadan Hotel Concorde147Buffet Ramadan Hotel Concorde148


 
Selain 3 hari pertama tu, harga biasa adalah RM 89.00/dewasa dan RM 44.50/kanak-kanak. Semua hidangan Buffet ni korang boleh dapati di Melting Pot Cafe ( Lobby Level ) dan jugak Grand Ballroom ( Level 1), Hotel Concorde Shah Alam.


 
Buffet Ramadan Hotel Concorde129Buffet Ramadan Hotel Concorde130Buffet Ramadan Hotel Concorde131Buffet Ramadan Hotel Concorde133Buffet Ramadan Hotel Concorde134

Desert dan Pasta


 
Untuk pertanyaan dan pesanan bolehlah hubungi 03-55122200 ext 2440/2406 atau email shah@concorde.net. Psst : Bersempena dengan ramadan, Hotel Concorde menawarkan bilik hotel pada harga RM148.00 bermula pada 1 Julai – 31 Ogos 2013.


 
Untuk tempahan bilik, korang boleh layari shahalam.concordehotelsresorts.com.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah