Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

My Dulang untuk Ramadan di Old Town White Coffee


Assalammualaikum,

Sape biasa lepak kat Old Town White Coffee . YY memang selalu sangat lepak Old Town White Coffee nie, sebab tempat nyer selesa , wifi pun laju . dan makanan nya pun ok. YY paling addicted ngan Air White Coffee Sejuk.  Wajib setiap kali melepak di Old Town.


My Dulang Ramadan Old Town White Coffee  122

Old Town Whit Coffee Paradigm Mall




Then baru – baru nie YY dapat jemputan ke Majlis memperkenalkan menu yang akan disediakan pada bulan ramadan nanti. Di beri nama sebagai “My Dulang” , dah tentulah makanan nya dalam Dulang kan. Old Town White Coffee nak mengembalikan nostalgia dulu – dulu orang makan guna dulang. Satu konsep yang menarik kan.




My Dulang Ramadan Old Town White Coffee  111



Dulang merupakan konsep tradisional di mana pinggan atau dulang kayu digunakan semasa menikmati hidangan makanan.  Kebiasaannya dulang akan diisi dengan pelbagai jenis lauk-pauk dan akan dihidangkan untuk dinikmati oleh semua ahli keluarga sebagai tanda perkongsian dan kemesraan.  MyDulang @ OLDTOWN telah direka untuk memperingati serta memberi inspirasi kepada anda untuk mengalami serta menghayati detik-detik indah tersebut bersama ahli keluarga tersayang dan rakan-rakan bersempena dengan bulan puasa yang mulia ini.


 
My Dulang Ramadan Old Town White Coffee  100


Individual MyDulang: RM 16.90

· Rendang Chicken/ Rendang Beef
· Chicken Satay with Satay Sauce
· Fried Lekor
· Cucumber strips
· Egg Skin strips
· Cooked Long Bean
· Kangkung Sambal Hae bee
· Nasi Kunyit
· Lekor Chili Sauce
· Belacan Chilli
· 1 Beverage: Rose Nata Selasih/ OldTown White Coffee/ OldTown Teh Tarik
· 1 Dessert: OldTown Ice Kacang with Rose Syrup/ Ice Kacang with Gula Melaka (Add a scoop of ice cream for RM 1)


 
My Dulang Ramadan Old Town White Coffee  106

My Dulang Family


 
My Dulang Ramadan Old Town White Coffee  131

 
Family MyDulang: RM 39.90

· Rendang Chicken/ Rendang Beef
· Curry chicken with potato
· Chicken Satay with Satay Sauce
· Fried Lekor
· Cucumber strips
· Egg Skin strips
· Cooked Long Bean
· Kangkung Sambal Hae bee
· Nasi Kunyit
· Sambal Sotong
· Lekor Chilli Sauce
· Belacan Chilli
· 4 Beverages: 2x Rose Nata Selasih + 2x OldTown White Coffee/ OldTown Teh Tarik
· 2 Desserts: 2x OldTown Ice Kacang with Rose Syrup/ 2x OldTown Ice Kacang with Gula Melaka (Add a scoop of ice cream for RM 1)


 
My Dulang Ramadan Old Town White Coffee  107


My Dulang Ramadan Old Town White Coffee  155

 
OLDTOWN White Coffee, yang baru-baru ini telah mendapat pengiktirafan status Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menghidangkan MyDulang@OLDTOWN bermula daripada 8hb Julai 2013.  Pelanggan boleh memilih untuk menikmati hidangan Rendang Ayam atau Daging dan menjamu selera dengan memesan Set Dulang Individu ataupun Set Dulang Keluarga untuk jamuan bagi 2 hingga 3 orang.



 
My Dulang Ramadan Old Town White Coffee  149My Dulang Ramadan Old Town White Coffee  160


My Dulang Ramadan Old Town White Coffee  151

Keterujaan YY dapat mencuba set My Dulang Individu



 
OLDTOWN White Coffee juga akan memberikan baucar RM5 secara percuma dengan setiap pesanan MyDulang dan pelanggan akan turut menerima Sampul Duit Raya (Green Pack) OLDTOWN yang eksklusif sekiranya mereka berbelanja lebih daripada RM20 dan ke atas di dalam satu resit bermula daripada 1hb Julai 2013 hingga 31hb Julai 2013.


 
My Dulang Ramadan Old Town White Coffee  123


 
MyDulang @OLDTOWN akan dihidangkan bermula dari jam 11.00 pagi setiap hari di semua cawangan OLDTOWN dan ia boleh dinikmati pada harga RM16.90 bagi Set Dulang Individu dan RM39.90 bagi Set Dulang Keluarga.



 
My Dulang Ramadan Old Town White Coffee  126My Dulang Ramadan Old Town White Coffee  127


 
Apa lagi korang, cecepat lah singgah ke Old Town White Coffee berhampiran . Boleh cuba menu yang lazat nie. Pilih antara Individu atau Family set. YY suka sambal belacan sedap, rendang pun not bad. Memang selera tekak YY lah. Semua Old Town White Coffee ada promo My Dulang kecuali Old Town Kiosk , Airport dan Legoland.

 
 
P/S : Tetiba duk bayang buka Old Town White Coffee sendiri ( Verangan )





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah