Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Konsert Nusantara di Istana Budaya | Pelancaran YIRMI

Assalammualaikum,

Baru – Baru nie berlangsung Konsert Nusantara iaitu Gabungan antara artis Malaysia dan Indonesia di Istana Budaya. YY berkesempatan ke malam pertama Konsert iaitu Malam untuk Media dan pada malam yang sama ada pelancaran Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia Indonesi ( YIRMI ) . Dirasmikan oleh  Dato' Seri Utama Rais Yatim , acara penuh gemilang. Turut hadir Bapak Herman Prayitno, Duta Besar Republik Indonesia dan Isteri.

Antara artis Malaysia yang ada malam tue , Dato’ Siti Nurhaliza , Hafiz Suip , Bob Yusof , Yazer , Dato’ Yusni Hamid  dan artis Indonesia Rossa , Endang S. Taurina dan Elly Kasim. Pelbagai persembahan dari budaya Malaysia dan Indonesia yang di persembahkan. Memang best dan menarik. Teruja sangat tengok tau.

Meh korang, tengok gegambar yang YY sempat snap pada malam Konsert Nusantara di Istina Budaya baru – baru nie.

IMG_7354

Konsert Nusantara  530-IMG_7525Konsert Nusantara  532-IMG_7527

Konsert Nusantara  539-IMG_7534Konsert Nusantara  560-IMG_7555

Konsert Nusantara  606-IMG_7601

Konsert Nusantara  660-IMG_7655


Jap , Jap asik tengok gambar Siti dan Rossa jer, meh layan gambor masa pelancaran YIRMI oleh Duta besar Indonesia ke Malaysia dan Menteri Penerangan , Komunikasi dan kebudayaan Malaysia.


IMG_7421IMG_7427
IMG_7428IMG_7436


Ok, sambung balik citer pasal persembahan. Indonesia menampilkan artis hebatnya iaitu Rossa , Elly Kasin dan Endang S.Taurina dengan nyanyian lagu Sunda , Minang dan Bugis . Persembahan kebudayaan Indoneisa turut melibatkan pelajar Sekolah Indonesia Kuala Lumpur , Komunitas Seni Bawean , Komunitas Seni Mandailing dan Kelompk Seni Mahasiswa Universitas Islam ANtarabangsa ( UIA ) . Antara muzik dan tari yang dipersembahkan ialah persembahan Angklung , Gamelan , Rampak Bedung Banten , Tari Saman , Hadrah , Jaipong , Bugis , Tari Endeng – Endeng , muzik Gordang Sambilan dan Jathilan Ponorogo.



IMG_7397IMG_7401IMG_7408IMG_7465IMG_7479IMG_7475


Malaysia pulak menampilkan persembahan kebudayaan Malaysia yang ditarikan oleh Artis Istana Budaya dan muzik diiringi oleh Okestra Traditional Malaysia Istana Budaya. Antara Muzik dan tari yang di persembahkan ialah Tarian Samrah ( tarian masyarakat Melayu ) , tarian diiringi lagu ‘Tandang Bermadah’ ( tarian masyarakat sarawak ) dan tarian diiringi lagu ‘Aku Anak Kampung’ ( tarian masyarakat Sabah ).


IMG_7381IMG_7486IMG_7489IMG_7493


Konsert yang menarik , memang enjoy. Moga hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia berkekalan. Peaceee no War yaaa.


IMG_7686IMG_7697IMG_7701IMG_7709 


Jom Follow Instagram YY @yanayassin.


P/S : Budaya berbeza tapi kita boleh bersatu Smile

#Ada VIDEO time Siti Nyanyi. Tungggguuuuu





2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah