Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review Filem Dua Kalimah | Sinopsis & Trailer


Assalammualaikum,


Dua Kalimah , Tajuk Filem yang bakal Menjengah Panggung pada 4 April 2013 terbitan MIG. Filem yang ke 72 MIG ini diarahkan oleh Eyra Rahman merupakan Filem ke – 2 beliau selepas Aku Terima Nikahnya. Filem yang berunsurkan Romantik Islamik nie di bintangi oleh pelakon hebat yang berbakat besar iaitu Shaheizy Sam , Nora Danish dan Yana Samsudin . Turut di bantu oleh Shima Anuar , Mikael Andre , Siti Aziz , Adiba Yunus dan Niezam Zaidi . Filem ini turut menampilkan pelakon yang berpengalaman seperti Wan Hanafi Su , Kartina Aziz , Rashidah Jaafar , Azlan Komeng , Kay Maria dan Ustaz Dini. Filem bercorak Islamik ini berlatar belakangkan keindahan dan kedamaian perkampungan persisiran Pantai di Kemaman, Terengganu.


Sinopsis :

Dua Kalimah mengisahkan sepasang kekasih Aiman (Sam) dan Selena (Nora) gadis kacukan Melayu-Inggeris pulang ke kampung halaman Aiman, sepanjang perjalanan mereka berdua menghadapi tiga kematian daripada orang yang berlainan dan melihat sendiri azab yang diberi Tuhan secara tunai kepada si mati yang mana semasa hayat si mati pernah mengamalkan ilmu sihir, berzina dan tidak menghormati orang tua.

Dua Kalimah MIG109Dua Kalimah MIG110
Saat Aiman akan menyambung pelajaran di Arab, meninggalkan kekasih hati Humaira.



Dua Kalimah MIG105
Dialog ketika ini yang buat YY agak tersentap.

“Jangan nak sibuk sebab aku memang ahli neraka”

Jangan lah kita di alami realiti ini mendoakan untuk menjadi ahli neraka, kerana neraka adalah tempat yang maha dahsyat.





Selena yang melihat sendiri kejadian berkenaan berasa takut dan tahu itu adalah petanda Allah yang menyuruh mereka bertaubat, malah dia sendiri berharap Aiman yang dipandang tinggi ilmu agamanya oleh semua orang akan membawa Selena kembali ke jalan Allah namun mereka semakin terpesong akidahnya.


Dua Kalimah MIG107Dua Kalimah MIG114Dua Kalimah MIG116Dua Kalimah MIG120
Kematian yang di hadapi oleh Aiman, tetapi tetap tidak menginsafkan.



Dua Kalimah MIG108Dua Kalimah MIG121
Dua Kalimah MIG100Dua Kalimah MIG127
Kematian tidak mengenal usia, balasan Allah dengan setiap dosa itu pasti, kerana itu bertaubat lah.





Aiman yang masih cintakan Humaira, tidak mahu mengahwini Selena, namun disebabkan kandungan Selena semakin membesar, dia terpaksa menipu Haji Idrus (Ustaz Dini) bahawa mereka sudah berkahwin.


Tibanya di kampung Aiman, semua orang menyambut gembira kepulangan mereka berdua kerana Aiman adalah anak kesayangan orang kampung oleh kerana akhlaknya yang baik.
Hari demi hari, Selena semakin dihimpit rasa bersalah dan nekad untuk menceritakan hal yang sebenar kepada keluarga Aiman. Malangnya Aiman bertindak mengugut Selena.




Dua Kalimah MIG131
Saat Aiman jatuh sakit ketika ingin melakukan ‘sesuatu’ pada Humaira.





Satu hari, ditakdirkan Aiman jatuh sakit dan setiap pergerakannya terbatas malah dia juga sukar untuk mengucapkan dua kalimah syahadah.



Dua Kalimah MIG102


Apakah nasib Aiman seterusnya? Masih sempatkah untuk Aiman bertaubat atas segala dosa-dosanya? Adakah Selena masih setia untuk menanti Aiman menunaikan janjinya?




Trailer :



Review :
1. Filem yang YY rasa baik untuk di tonton , tahniah kepada pengarah sebab berjaya buat YY touching.

2. Massage yang nak di sampaikan dalam Filem  nie, mudah sangat dan korang boleh faham punya. Orang yang buat jahat pasti ada balasan dari Allah s.w.t.

3. Kagum YY bila scene mati dan pengurusan di tunjukan secara jelas, serius makeup tuk mayat memang menjadi , sampai teman yang duk sebelah YY dalam panggung tutup mata takut yaa.

4. Penghayatan lakonan watak utama, memang x leh dinafikan lagi, gandingan yang menjadi yaa.

5. Setiap babak yang berlaku, korang akan ada perasaan tertanya-tanya tau, sebab banyak kemungkinan boleh terjadi. Plus bila banyak scene renungan mata antara Aiman dan Selena yang membawa seribu persoalan.

6. Semua nampak ok dah, tapi bab ending jer yang YY tak berkenan sikit. Rasa boleh buat lagi tragis kot baru ngam dengan jalan citer. Ini pendapat YY lah, terpulang pada korang yang akan menonton nanti.


4.5 / 5 Bintang



**************************************************************


Gambar sekitar Malam Tayangan Ekslusif Filem Dua Kalimah.

Dua Kalimah MIG109Dua Kalimah MIG117Dua Kalimah MIG122Dua Kalimah MIG123Dua Kalimah MIG130Dua Kalimah MIG133Dua Kalimah MIG138Dua Kalimah MIG139Dua Kalimah MIG141
Kemeriahan di Malam Preview.


Dua Kalimah MIG500
Antara Pelakon Dua Kalimah yang hadir di malam Preview – Pict Credit to Fendy Ahmad



P/S : Apa yang terjadi dan berlaku di muka bumi ini adalah atas kehendak Allah







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah