Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Kenangan 2012 , Hai 2013


Assalammualaikum,

Hai korang, Selamat Menyambut Tahun baru 2013 . Moga di tahun baru ini lebih menceriakan kan korang. Apa Azam korang di tahun baru 2013 niee. Adakah impian di tahun 2012 korang tercapai. Saje lah kan, YY nak citer kenangan – kenangan YY di sepanjang tahun 2012.




Kegembiraan ::
Tahun 2012, YY  mula bergerak secara aktif dalam dunia Blogging. Memang tak sangka bila mula mendapat hasil dalam dunia blogging. Tercapai hajat dan cita – cita untuk memiliki camera DSLR sendiri. Syukur Alhamdulillah.




Daaan, YY juga dapat iphone 5 dari Celcom. Terima Kasih Celcom kerana buat hari – hari YY lebih gembira dengan phone baru niee. Memang lama dah berhajat nak smartphone yang ada intagram, duk jeles lah ngan kengkawan yg asik post gambor cecantik tapi YY xde peluang. Maklum ler, guna BB mana ada ig kan. dan Celcom juga banyak menyumbang kepada tercapai nyer hajat YY untuk memiliki DSLR. Terima Kasih banyak Celcom.


Celcom iphone 5 215


Dulu YY menggunakan yanayassin.blogspot.com , dan di tahun 2012 jugak YY telah bertukar menjadi www.yanayassin.com . Satu lagi langkah ke depan YY dalam dunia blogging. Semua nie perubahan ke arah yang lebih baik , bila YY menjadi kan dunia blogging sebagai pendapat sampingan.


yanayassin.blogspot.com ---------->>>> www.yanayassin.com



Travel ::
Tahun 2012 jugak bawak YY merata berjalan. Bermula dengan Singapore , Langkawi bersama Tourism Malaysia dan Majalah Santai , Pulau Pangkor bersama Tourism Malaysia dan Majalah Santai , Cherating bersama Tourism Malaysia dan Majalah Santai , Johor Bharu-Desaru bersama Tourism Malaysia dan Majalah SAntai, Langkawi bersama keluarga , Pulau Pangkor bersama keluarga , Legoland,JB sponsor from Legoland Malaysia , Cameron Highland bermasa rakan opis dan Beijing bersama adik badik PRS. Fuhhh !! memang sakan berjalan tahun nie. Puas hati dapat berjalan sesambil tengok tempat orang. Terbaik laaah.


percutian


Filem dan Hiburan :
Sepanjang tahun 202 nie, banyak giler kot YY berpeluang ke Majlis Tayangan Eksklusif dan Sidang Media Filem – Filem Melayu . Diantara production yang menjemput YY ke Tayangan preview filem diorang seperti Metrowealth ( MIG ) , United Studio ( KRU ) , Tayangan Unggul , Empat Samudra Plantation Sdn Bhd  ( Alternate Pictures ) , Excellent Pictures ( Ahmad Idham ) , Skop Production dan banyak lagi. Terima Kasih sekali lagi sebab bagi peluang YY menonton Filem – filem terbaru sebelum tayangan wajib menjengah panggung. Dan juga berpeluang melihat secara live segala macam anugerah dan majlis hiburan di tahun 2012. Diantaranya Anugerah Skrin , Anugerah Industri Muzik , Anugerah Juara lagu dan banyak lagi.


artis lelaki
artis perempuan.
Diantara selebriti yang YY pernah jumpa.



Event :
Event akibat dalam dunia blogging jugak banyak sungguh yang YY dapat , diantaranya Kawasaki , Celcom , Huawei , Samsung , Petronas , Pizza Hut , La Senza , Toshiba , Astro  dan banyak lagi.

Event Blog Yana Yassin



Yang paling seronok, bila status YY bertukar menjadi Mak Long. Adik YY yang ke –3 telah melahirkan seorang baby Boy yang di beri nama Muhammad Nabil Zaim bin Mohd Nazri. Comel, geram sangat. YY selalu jer rindu sama Abg Nabil . Nabil ada sedikit masalah kesihatan yangmenyebabkan dia tak leh nangis. Ulang alik spital nie memang dah biasa sangat. Korang doakan selalu kesihatan Nabil makin baik yaa.







Kisah Sedih :
Sedih bagi YY pada tahun 2012 sebab mamat kesayangan YY telah pergi buat selama – lamanya. Selalu memang YY berdua jer dengan mamat kat umah. Tido sama, makan sama, tengok TV sama. Memang sedih sangat. Memula pemergian mamat , YY asik sedih jer. Air mata duk ngalir selalu. Kalau nak baca kisah mamat, meh terjah SINI.




Banyak kisah suka – duka sepanjang tahun 2012 . Moga tahun 2013 nie lebih memberi keceriaan dan di berikan kesihatan yang baik dalam menjalani liku – liku kehidupan. Segala cabaran dan halangan jadikan sebagai panduan dan semangat dalam menempuh pelbagai ujian. Mana tahu tahun nie YY bertukar status lagi, eh !! doa-doakan lah yerr.


P/S : Tahun baru lepak rumah jaa,




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah