Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review Filem Juvana | Sinopsis dan Trailer

Assalammualaikum,

Weee ~~ baru – baru nie YY berkesempatan ke Majlis Pratonton Filem Juvana . Filem yang menjadi kesinambungan dari Juvana Drama Bersiri di TV3. Terima Kasih Azwan Alternate Pictures sebab sudi jemput YY. Seronok dapat menonton bersama dengan para Pelakon dari Filem Juvana. Puas hati bila dapat menonton Filem yang berkualiti. Tahniah Pengarah filem Juvana Faisal Ishak.


Poster Juvana

Sinopsis :
Filem Juvana merupakan kesinambungan daripada drama TV popular Juvana yang telah disiarkan di TV3 dan memenangi Anugerah Drama Rantaian TV Terbaik Anugerah Skrin 2011.


juvana 1
Masa untuk berpindah ke Indera Sakti



juvana 1-5
Botak Kembali


Filem Juvana memaparkan kisah Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng, Panjang dan Daim setelah Wira Bakti ditutup. Daim yang telah dibebaskan cuba memulakan kehidupan baru dan menyambung persekolahannya. Namun, sejarah hitam hidupnya tidak memberi laluan mudah untuk Daim membina hidup baru. Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng dan Panjang telah dipindahkan ke sebuah sekolah juvana lain iaitu Sekolah Indera Sakti untuk meneruskan tempoh hukuman mereka.



juvana 1-16
Adlin Aman Ramli sebagai Warden



juvana 1-21
Lan Todak & Jamal



juvana 1-28
Daim ( Zahiril Adzim ) dan Sara ( Shiera Ayob )



Di sekolah baru itu Botak mula akrab dengan Apek serta yang lain. Namun, mereka menjadi sasaran Lan Todak, ketua samseng sekolah itu hingga mencabar semangat setia-kawan di antara mereka. Apa jadi seterusnya kepada mereka. Boleh saksi kan di panggung 24 Januari 2013.



juvana 1-32juvana 1-35juvana 1-42juvana 1-44
 
Barisan Pelakon :
Johan Asari sebagai Botak
Zahiril Adzim sebagai Daim
Syazwan Zulkifly sebagai Apek
Sharnaaz Ahmad sebagai Lan Todak
Syafie Naswip sebagai Jamal
Shiera Aiyob sebagai Sara
Idzham Ismail sebagai Panjang
Adam Shah sebagai Ayam
Megat Farzeril sebagai Kicap
Khairul Mohamed sebagai Komeng
Adlin Aman Ramli sebagai Tuan Ali
Sara Ali sebagai Juriah
Rahhim Omar sebagai Pengetua

 
Trailer :


 
Review :
Sebenarnya, masa siri dulu ada jugak episod yang YY ketinggalan. Tapi sebab penangan Juvana sangat kuat di kalangan kengkawan yang asik duk citer, berusaha tengok jugak. Tapi memang berbaloi bila menonton kesinambungan Drama Juvana di Filem. Seriusss, apa yang korang nak tahu ada jawapan di dalam Filem.

Banyak pengajaran dalam Filem nie, tak semestinya bila kita jahat, tapi akan jahat selamanya, dan orang baik boleh jadi jahat kalau asik duk kawan ngan orang jahat. Boleh buat kita insaf bila tengok camne bila kita berada di Pusat Juvana. Belum lagi kena denda ngan Warden, siap kena buli lagi dengan otai – otai Juvana .


Bila tengok keadaan Pusat Juvana, sumpah memang tak teringin pun nak masuk. Lakonan Sharnaaz sebagai Lan Todak, buat kita menyampah dan benci giler. YY siap ada menjerit kot bila tengok cara Lan Todak membuli penghuni Sekolah Indera Sakti. Hurrm, minta simpang lah. X sanggup kot kena buli camgitue. 


Cara pembulian, itu korang kena tengok sendiri lah.
Botak , Filem Juvana adalah Filem pertama Johan Asaari. Agak – agak korang Botak akan insaf ke bila berpindah ke Indera Sakti. Apek lakonan Syazwan Zulkifli YY suka lah, sweet jer sebab dia macam ada sense of humor dalam Filem Juvana nie. Walaupun jahat, setiap orang masih ada sifat kasih sayang dalam Filem Juvana nie.

 
Bintang : 4.5 / Bintang.
 
***********************************************************
Gambar Sekitar PraTonton dan Sidang Media Filem Juvana
Filem Juvana 108Filem Juvana 110Filem Juvana 113Filem Juvana 115Filem Juvana 121Filem Juvana 123
Sidang Media dan Sessi Bergambar.
 
Filem Juvana 126Filem Juvana 132
Blogger yang Hadir Ruby dan Broframestone



 
Apa lagi, cecepat terjah panggung pada 24 Januari 2013 nie. Tak rugi uolss. Filem yang mengambil masa hanya 17 hari penggambaran, tapi hasil memang memuaskan hati.


Twitter :  @JuvanaFilm  

Hastag : #Juvana




P/S : Filem Juvana Banyak Pengajaran.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah