Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Filem "29 Februari" | 3D pertama Malaysia -Sinopsis dan Trailer

Assalammualaikum,

Esok YY nak layan citer hebat nie. Ada kwan yang dah pi preview bulan puasa hari tue, kata nyer best giler sampai meleleh-leleh air mata. So, esok tengok camne eh. Adakah semua yang diperkatakan ada kebenaran. Bakal menerjah panggung pada 30 Ogos 2012, hasil arahan Edry Abdul Halim dan KRU Production.






Sinopsis
Mengisahkan kehidupan Budi yang dilahirkan pada 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia 4 tahun sekali. Keadaan fizikalnya yang kelihatan terbantut menyebabkan masyarakat menganggap ‘kecacatan’ itu sebagai suatu sumpahan, sedangkan ianya suatu anugerah bagi Budi untuk melalui era transformasi Tanah Melayu, Malaya dan akihirnya Malaysia yang bebas merdeka. dia diuji sekali lagi apabila dipisahkan dari ibu dan bapanya ketika peperangan zaman Jepun.

Masa seolah tidak berganjak buat Budi, dan akibatnya sentiasa menyaksikan kehilangan orang tersayang.. Beliau diasuh di sebuah rumah bakti bersama sahabat baiknya Razak, yang cacat penglihatan Budi melalui perjalanan hidup berlatarbelakangkan detik-detik bersejarah Negara dan mula mengenali erti kebahagiaan apabila berkenalan dengan Lily.

Walaubagaimanapun, kisah percintaan Budi dan Lily melalui pelbagai cabaran dan dilarang oleh keluarga Lily. Apakah satu-satunya cinta Budi akan kekal abadi, seiring dengan hayatnya yang seolah tidak berpenghujung?




TRAILER 29 Februari



p/s : Tak mau komen dulu, selagi tak tengok sendiri. Sabaq naaaa.









6 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah