Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Bergosip menggunakan Surat - Menyurat | Kenangan sangaaaaat.

Assalammualaikum,

Hai uolss, rasa lama sudah YY tak hupdate blog kan. Maaf lah bagi yang menunggu entri baru YY ( budget pemes, muhahahha ) . Sebenarnya YY tengah senyum sendirik dan teruja sangat nie nak share dengan korang. Kisah dulu-dulu. YY sekarang tengah kekonon rajin nie, duk mengemas bilik nak membuang bebarang yang tak berkenaan. Sekali terjumpa lah surat - surat lama. Eh, lupa sudah yang dulu YY memang rajin berbalas surat dengan kawan - kawan sekolah yang terpisah sebab memasing dah masuk asrama or pindah sekolah. 

Dan dedulu banyak jugak dapat kad raya, bila besday pun dapat kad tau. Gigih kengkawan semua pos. Tapi sekarang dah canggih, email ada, fb ada , tweeter ada. Dan paling best ada hp, tak yah susah - susah nak menulis surat tuk bergosip, cukup dengan sms. Laju dan pantas. 

Nampak tak alamat rumah lama yang dah tak wujud tue.



Bila baca balik surat - surat yang dalam simpanan, buat YY senyum tanpa henti. Ada tue surat siap dengan gambar uolss, yer lah nak berkenalan kena lah kenal rupa kot. Banyak pulak koleksi gambar mamat - mamat yang nak kenalan lah, nak jdkan YY aweks pun ada. Gilerr arrr. Ada jugak mamat yang YY kenal cuma melalui surat dan bergayut kat phone sampai bertahun, tapi tak pernah jumpa. Sampai laa nie, YY tak pernah jumpa dia. Dan kitaorg dah terputus hubungan pun, ntah2 dia dah kawin pun sekarang. Mana lah dia eh, yang YY ingat dia orang teluk Panglima Garang.

Surat bergosip dengan kawan yang belajar kat Poli Penang. Zara mana ko ??


Dan, seorang lagi yang YY teringin sangat nak jumpa. Teman yang YY kenal melalui telefon. Dulu-dulu YY kan nak tido kena dengar radio tau. So, one day YY call radio sebab masa tue ada program berlakon suami isteri bergaduh nak balik raya. Si dia nie caller lelaki. Then bila dah berlakon tue, kitaorg bertukar no tipon. Muhahhaha, masa tue lah mula nyer kami kenalan. YY baru tingkatan 2 masa tue, kami sebaya. YY nie, nak berkawan ngan lelaki memang macam susah sikit. Maklum lah, sekolah semua pompuan, jadi bila kenal dalam phone nie takde lah takut sangat.



Nie lah ADI.

Tulisan seorang lelaki yang agak chantek yerr

Surat ada ayat cemburu di situ


Dari situ bermula lah kami berhubung melalui phone dan berbalas surat. YY seronok berkawan dengan dia. Sebab kitaorg boleh borak pasal apa ajer. Tapi kitaorg takde couple2 eh. Memang berkawan dalam erti kata berkawan lah. Tapi, kitaorg terputus hubungan tak tahu macam mana. Tetiba jer senyap. Masa YY kenal dia, dia sekolah di MCKK. Habis SPM kitaorg dah tak contact. Sedih jugak lah. Sebab YY dah hilang kawan tempat kongsi susah senang. Hurrm, smapai sekarang YY teringin sangat nak tahu apa jadi kat dia. Adi, mana kamu eh, mesti kamu dah kawin sekarang kan. :P


Siap letak gambar tuee ::))



Bila bab Besday, siap dapat kad dari kakak angkat lah , kengkawan lah. Siap Pos tau uolss, sekarang semua wish kat FB jer. . Maklum, dedulu memang banyak kakak angkat lah, adik angkat lah. Antara kad dari kakak angkat YY yang YY masih simpan adalah dari kak Fiza. Kakak angkat pertama masa YY masuk asrama. Nasib ada kakak angkat tau, kalau tak kena buli lebih wooo, dah ler masa tue YY org KL kan, jadi lagi ler senior suka nak buli. Pelik tul, masa YY jd senior kan, YY takde hati pun nak buli junior. Malas dan tak kose maaksss.



Oklah, nak pi baca lagik surat - surat yang menimbun niee. Seronok weeeiii. Terus rasa rindu di hati.








P/s : korang ada kenangan pasal surat - menyurat nie tak??






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah