Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review Filem Bangunan | Sinopsis & Trailer

Assalammualaikum,


Filem Bangunan . Kalau korang dengar tajuk , mesti korang fikir ini Filem pasal bangunan ntah apa – apa ntah . Dari Tajuk mesti korang tak leh nak bayangkan citer nie pasal apa kan . Sama cam YY , memula dapat jemputan Preview Media Filem Bangunan nie , memang YY kosong . X sempat nak layan trailer pun . Sinopsis lagi lah . Kira kali nie , YY pergi Preview redah jer .



Then , malam media tue adalah yang bisik – bisik kata nie citer pasal kewujudan paranormal . YY dah seriau , maklum lah pi sengsorang . Tapi dalam hati , cool lagi sebab dah biasa kot tgk citer hantu – hantu nie . Masa mengandung pun , YY leh layan lagi pi preview citer hantu kan .



Review Filem Bangunan | Sinopsis & Trailer



Sinopsis :
"Hasil dari sebuah sessi temubual yang dibuka kepada orang ramai , penerbit dan pengarah mengubah niat untuk membuat sebuah Filem Cereka kepada sebuah pencarian yang mencari kebenaran seperti yang diceritakan oleh 2 orang yang saling tidak mengenali tentang kehilangan rakan di BANGUNAN yang sama .



Ini menjadi titik besar kepada dua syarikat penerbitan ini Camwerk Studios dan Suar Channel untuk menukar arah. Mereka kini bertekad untuk pergi ke BANGUNAN tersebut secara rahsia. Mereka membawa beberapa buah kamera untuk merakam apa saja yang boleh dijadikan bahan untuk dikongsikan kepada orang ramai kelak. Sekiranya ada apa-apa perkara pelik yang berlaku, ianya akan menjadi bonus dalam usaha pencarian ini. Semampu mungkin, setiap detik perjalanan yang dikira penting akan dirakamkan.



Review Filem Bangunan | Sinopsis & Trailer




Memandangkan BANGUNAN tersebut masih beroperasi, pihak syarikat penerbitan telah bersetuju untuk tidak mendedahkan di mana tempat sebenar BANGUNAN tersebut. Sebagai memastikan dari sudut keselamatan, pihak SUAR dan CAMWERK telah menjemput seorang kenalan, iaitu Saudara YUSRAN untuk turut bersama dalam pencarian ini. YUSRAN adalah seorang individu yang serba sedikit ‘dekat’ dengan perihal dunia mistik. YUSRAN juga mempunyai latar belakang agama dan dunia persilatan yang baik. Setelah berbincang, akhirnya beliau bersetuju untuk menyertai team ‘BANGUNAN”.



Review Filem Bangunan | Sinopsis & Trailer




MALAM PERTAMA. Seperti yang telah dijadualkan, team BANGUNAN pun bergeraklah ke bangunan tersebut. Oleh kerana YUSRAN selalu sibuk pada setiap waktu siangnya, maka kami dengan berat hati terpaksalah pergi pada waktu malam, dan oleh kerana juga pertukaran ini tidak dirancang, maka pada malam tersebut tiada siapa dari pihak BANGUNAN yang menyambut kedatangan team BANGUNAN .


Pada malam itu, kami telah diduga dengan beberapa gangguan. Ini sangat diluar jangkaan. YUSRAN telah menasihatkan supaya pulang, dan hentikan segala cubaan untuk masuk ke dalam kawasan BANGUNAN tersebut pada malam itu. Pada malam yang sama juga, kami beramai-ramai telah pulang ke rumah YUSRAN. Melalui pemerhatian yang sekejap, YUSRAN mampu untuk melakar keseluruhan kawasan BANGUNAN tersebut. Lakarannya seperti sebuah ‘floor plan’. Setelah membuat beberapa proses tersendiri, dan juga setelah berbincang, semua bersetuju untuk pergi pada hari lain.




Review Filem Bangunan | Sinopsis & Trailer




MALAM KEDUA. Kali ini kami berbekalkan kelengkapan dan perelatan yang lebih. Team BANGUNAN juga berserta krew yang lebih ramai, ini supaya keselamatan team lebih terjamin, dan secara tidak langsung, dapat mengurangkan sedikit debar dan ketakutan. Team Bangunan telah memasang sebuah belon cahaya yang besar untuk menerangi seluruh kawasan BANGUNAN tersebut. 



Dipendekkan cerita, pada malam tersebut, salah seorang dari krew kami seperti dirasuk. Beberapa kelakuan dan pergerakkannya seperti tidak masuk akal. Namun dengan keyakinan dan kelebihan yang ada pada YUSRAN, akhirnya keadaan berjaya dikawal. YUSRAN telah mencadangkan supaya ‘usaha’ ini dihentikan.


Apa jadi seterusnya ? Itu kena menonton Filem Bangunan di pawagam bermula  05.01.2015




Trailer :




Review Filem Bangunan | Sinopsis & Trailer

Khir Rahman , Yusran , Aqasha , Sein



Review :

Filem 'Bangunan' Gabungkan Unsur Detektif, Seram & Realisme . Serius , start citer jer dah seram giler . Masa nie kepala otal dah fikir . YY dah ler datang sorang , kang nak pi parking , mahu berlari kang nie . First time YY gi Preview Media , citer seram satu panggung senyap. Memang semua menghayati . Selalu , ada jer yang duk main phone lah , belum lagi bab gelak kat babak yang patutnya seram .



Ini Filem yang YY rasa korang peminat citer seram patut tengok . Memang Filem yang jujur , xde skrip tau . Taknik camera pun , xde edit punya . Kalau bergoyang ke , bergegar ke . Memang diorang tayang je . Rakaman secara live gitueeee. Unsur seram memang menjadi sebab ini kisah benar kan . YY jamin korang tak kan rugi bila menonton Filem Bangunan .






Bintang : 4.7 / 5 Bintang .







P/S : Trailer pun YY takut nak tgk , Muhahahaha.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah