Assalammualaikum,
Sejak dari berpantang lagi , YY memang dah berangan nak bawak Qaireen ke Baby SPA . Dari sehari ke sehari tertangguh , sampai lah habis cuti berpantang . Dah naik keje pun , masih takde kesempatan nak bawak ke SPA .
So, selepas sebulan keje . YY nampak Qaireen macam x sedap badan . Maklum lah, setiap minggu berjalan . Weekend jer tak duk rumah . Mahu nya x penat . Tido pun macam x nyenyak jer . YY sendiri pun penat , dengan kemas rumah x settle2. Hoiiii , giler penat pindah rumah nie . lain lah kalau berduit , boleh lah upah orang jer buat semua . Bila kita yang x berapa nak adaaaa nie , memang semua buat sendiri lah kan .
Anak dara nie memng suka selfie.
Masa keje , YY asik lah terfikir pasal anak dara yang macam x sedap badan. Terus call Baby E Baby SPA , Wangsa Walk buat booking . Balik keje , memang YY nak terus bawak Qaireen pi . Hari keje memang xramai orang lagi pun , cuma booking untuk langkah keselamatan . Di buat nya ramai , dah satu keje pulak nak menunggu . YY pergi berdua jer dengan Qaireen , sebab abahnya keje .
Dari rumah ke Wangsa Walk x sampai 10 minit pun . Dekat bebenor . Tapi menggagau gak cari Baby E Baby SPA dalam Wangsa Walk sebab tak comfirm belah mana . Dah ler alamat & no phone tak bawak . Nak mengoogle pun malas. Jadi tanya orang jer , ngupernya Baby SPA nie kat level bawah sekali . Side belah bawah panggung .
Kebetulan masa sampai ada sorang baby yang dah sessi mengurut . Jadi tunggu kejap jer , turn Qaireen untuk swim . YY yang teruja lebih . Memula risau , sebab memang masa nak pi dia macam meragam . Maybe sebab penat dan ngantuk . Sampai Baby SPA pun elok jer tido dalam stroller . Tunggu Qaireen bangun , baru pakai kan pampers untuk swim dan pelampung .
Ready untuk berenang . Meh pakai pampers untuk swimming
Wowwww !!! memang YY sangat impress dengan Qaireen . Kemain diam selama setengah jam dalam pool. Berkuak , berkocak beria sangat . Memang aktif , macam dah biasa gi swim . Seronok tengok anak ibu happy . Settle setengah jam swim ,tiba pulak masa untuk massage. Ingatkan lepas setengah jam aktif dalam air , Qaireen akan buat perangai masa massage . Rupanya , diam juga jugak . Suka ler tewww orang duk uli2 badan dia .Lepas habis mandi , berurut . bagi susu . Terus tido . Kemain nyenyak lagi .
kemain seronok Qaireen berenang ,
Ibu mejadi penonton setia melihat Qaireen happy main air
Untuk 1 jam sessi swim dan massage cuma RM 76 . Tapi bila YY jadi ahli , tambah lagi RM 10 so total RM 86 . Dengan royalti kad nie , setaip kali korang datang akan dapat diskaun harga lagi . Lagi kerap , lagi banyak diskaun . Kalau dahpergi sekali , dapat pulak Qaireen suka . Memang comfirm lah YY akan bawak selalu .
Masa untuk massage
Bagus baby SPA nie , sorang staff akan jaga baby kita sorang jer . So, keselamatan agak terjaga . Lagi pun , staff yang jaga ada kelulusan dan di hantar training untuk jaga baby . Bukan urut suka – suka . Bila YY tengok , cara urut pun sama jer macam masa YY belajar urut dengan TYT . Bukan urut semborono . Lagi pun , lepas habis urut , staff Baby SPA akan ajar kita cara simple camne nak urut kalau baby kita kembung .
Penat Swim + Massage = Menyusu lah jawapannyaaaa.
Terima Kasih Sakinah , layan kerenah Nur Qaireen Iman .
Meh layan video , pertama kali Qaireen sentuh kaki dalam pool
Ini antara pakej jimat yang disediakan oleh Baby E Baby SPA . Kalau tak nak amik pakej , korang boleh jadi ahli dengan bayaran RM 10 . Macam yang YY buat . Still ada diskaun setiap kali korang ke Baby SPA .
Baby E Baby SPA & Wellness
Lot G-01C , Wangsa Walk Mall ,
Bandar Wangsa Maju , Kuala Lumpur.
No Tel : 013 – 3378860
Ada lagi video Qaireen berenang – renang dengan senyuman di Instagram YY
P/S : Kalau YY stress , tengok jer video Qaireen berenang . Hilang terus stress .
No comments:
Post a Comment