Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Cara Mengurut Bayi dengan Minyak TYT

Assalammualaikum,



Sejak dah ada anak nie kan . Apa jer yang YY buat , or fikir mesti ingat dia dulu . So, baru – baru nie YY berpeluang belajar cara nak urut baby yang dianjurkan oleh Minyak TYT .



Minyak Daun Ubat TYT merupakan pilihan yang paling sesuai untuk mengurut baby kerana ia mempunyai pelbagai manfaat berdasarkan ramuan herbanya . Pastu senang pulak nak guna . Mempunyai bau yang lembut dan harum , tidak berminyak jika diserap sepenuhnya ke dalam kulit dan tidak meninggalkan kesan berminyak pada pakian selepas di basuh .



Sesuai juga dijadikan sebagai minyak urut kerana tidak meninggalkan rasa pedih atau panas , dan oleh itu cukup lembut bagi kulit bayi dan juga selamat untuk seisi keluarga . Minyak Daun Ubat TYT dirumus dengan teliti dan dihasilkan di kilang pembuatan TYT yang moden dan telah menerima pensijilan Amalan Pengilangan Baik ( GMP ) daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan di perakui HALAL oleh Jakim .



Lapan ramuan yang terdapat di dalam Minyak Daun Ubat TYT :

1. Daun Sembung – Membasmi kesejukan , melegakan kesakitan pada bahagian bawah perut dengan rasa yang menyejukkan dan menghentikan pendarahan .

2. Dong Quai – Menambahkan khasiat pada darah , mendorong peredaran darah dan melegekan kesakitan .

3. Chinese Arborvitae – Menenangkan rasa gelisah dan mengurangkan perpeluhan yang berlebihan .

4. Daun Sireh – Bersifat anti bakteria dan boleh merangsang dengan sifat anti oksidan .

5. Daun Serai – Memperbaiki peredaran darah , dengan ciri – ciri anti bakteria dan anti kulat . Mengurangkan jerawat di samping penghalau nyamuk .

6. Halia kering – Melegekan keradangan sendi yang menyakitkan disebabkan sifat anti radang.

7. Kulit Pokok Gaharu – Merangsang Pengaliran Qi dan melegekan kesakitan .

8. Minyak Kelapa Sawit – Sumber semulajadi tocotrienal , sebahagian daripada keluarga Vitamin E dan mengandungi pelbagai vitamin , anioksidan dan fitonutrien yang penting untuk penjagaan kesihatan .




Proses Mengurut

Sebelum urut , letakkan sedikit minyak pada tapak tangan dan gosokkan kedua tapak tangan supaya suhu nya seperti suhu badan . Kemudian letakkan tangan pada perut bayi perlahan – lahan supaya tidak terkejut .

Cara Urut Bayi Kembung Sembelit

Bersedia nak Belajar mengurut




Water Wheel A

Membantu Menyingkirkan Angin dan Melegekan Sembelit .
Cara – Caranya : Letakkan kedua – dua tangan pada perut bayi dan dengan lembut tekan ke bawah dengan sedikit tekanan . Ini membantu menghilangkan angin di dalam perut melalui usus.


Cara Urut Bayi Kembung Sembelit





Water Wheel B

Sama seperti Water Wheel A , tetapi satu tangan di letakkan pada perut bayi dan menekan ke bawah manakala tangan yang satu lagi mengangkat kedua – dua kaki bayi ke atas . Dengan mengangkat kaki bayi , angin boeh dikeluarkan dengan lebih pantas Setiap pengurutan lakukan sebanyak sepuluh kali bergantung kepada situasi .



Cara Urut Bayi Kembung Sembelit   Cara Urut Bayi Kembung Sembelit





Thumbs To Sides

Letakkan ibu jari tangan di bawah rusuk bayi dan di sekeliling pusat . Kemudian dengan lembut tekan ke bahagian tepi . Ini boleh melepaskan “Qi” atau rasa kurang selesa dari bahagian tengah perut .


Cara Urut Bayi Kembung Sembelit   Cara Urut Bayi Kembung Sembelit

Cara Urut Bayi Kembung Sembelit




Walking

Letakkan tiga jari pada bahagian kiri perut bayi dan gerakkannya ke kanan . Ini dilakukan bagi mengesan kekerasan pada abdomen bayi untuk mengetahui sama ada bayi mengalamai masalah sembelit .


Cara Urut Bayi Kembung Sembelit    Cara Urut Bayi Kembung Sembelit





Sun and Moon

Mengurut bahagian bawah abdomen bayi dalam pergerakan arah jam menggunakan kedua – dua tangan . Letakkan kedua – dua tangan pada perut bayi dengan tangan kanan bergerak ke arah kanan dan tangan kiri bergerak ke arah kiri dan buat putaran lengkap . Pengurutan ini dilakukan mengikut arah jam kerana susunan struktur fizikal usus adalah mengikut arah jam . Dilakukan dengan sedikit tekanan untuk membantu bayi membuang air besar . Lakukan sebanyak 10 kali .


  Cara Urut Bayi Kembung Sembelit




I Love You
Urutan yang paling istimewa terdiri daripada 3 set langkah urutan yang di wakili oleh huruf ‘I’ ‘L’ dan ‘U’ . Amat berguna bagi bayi yang mengalami masalah sembelit kerana ia memudahkan mereka membuang air besar .




Cara Urut Bayi Kembung Sembelit     Cara Urut Bayi Kembung Sembelit     Cara Urut Bayi Kembung Sembelit

I                                         LOVE                                        YOU





Cara Urut Bayi Kembung Sembelit




Memang seronok dapat belajar sesuatu yang baru . Tambahan pulak ini adalah ilmu yang sangat berguna untuk bayi . Qaireen kemain seronok dapat urut , testimoni berjaya tau . Habis urut jer , merengek nak tido . Maknanya, memang Qaireen suka lah kena urut kan .



Cara Urut Bayi Kembung Sembelit  

Minyak Daun Ubat TYT ada jugak dalam bentul roll.




Terima Kasih Produk TYT sebab bagi ilmu berguna buat YY dan ibu – ibu yang pasti risau kalau anak kembung kan . TYT bukan setakat ada keluarkan Minyak Daun Ubat , ada jugak Mandian Herba Bersalin TYT untuk ibu baru bersalin , Herba Mandian Bayi TYT dan Herba Rendaman Kaki TYT . Kesemua Produk dijamin 100 % berasaskan herba dan diperakui halal oleh JAKIM .




Cara Urut Bayi Kembung Sembelit

Kami blogger dengan Puan June Choo ,
Pengarah Urusan Hong Yang Hoo Pharma Sdn Bhd ( paling kanan )





Maklumat lanjut di : www.tyt.com.my

Facebook : TYT Malaysia




P/S : Diri sendiri pun rasa cam nak di urut gak .






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah