Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

My Air Asia Free Seats !!!


Assalammualaikum,







Eheeem, Kalau lah YY ada 10 Tempat Percuma Air Asia , YY akan ke Langkawi dan bawak bersama 9 ahli keluarga iaitu ibu , suami , 3 orang adik , adik ipar dan anak – anak buah bercuti bersama .


Sebab ??



My Air Asia Free Seats  My Air Asia Free Seats

Penerbangan YY ke Langkawi atas urusan kerja dedulu.



Pulau Langkawi memang sangat indah , YY setiap tahun pasti akan ke Langkawi atas urusan kerja . Tapi kali nie, YY nak bercuti dan angkut sekali semua ahli keluarga . Banyak Destinasi menarik di Pulau Langkawi yang harus di lawati , seperti Pulau Dayang Bunting , Pulau Beras Basah dan Langkawi Geopark .



My Air Asia Free Seats



My Air Asia Free Seats




Lagi pun , Pulau Langkawi memang terkenal dengan barangan Bebas Cukai . Pasti Ibu YY suka giler , maklumlah ibu YY memang suka kalau dapat beli barang cecantik dan murah nie. Tempat macam Idaman Suri , RAM dan Ismail Group ada lah wajib pergi kalau ke Langkawi . Pasti seronok kalau tengok ibu YY shopping segala macam barangan rumah nanti . Adik – adik dan anak buah pasti seronok kalau dapat shopping bermacam jenis coklat . Coklat import kat Langkawi murah weiiiii .



My Air Asia Free Seats

Coklat Murah




Makan plak, kat Langkawi memang heaven. Laksa memang thorbaik . Bila ke Langkawi , setiap kali makan mesti YY teringat kat keluarga . Alangkah seronok nya kalau kitaorang dapat lepak sesama dan menjamu selera dengan keenakan makanan di Langkawi .



My Air Asia Free Seats

Laksa Sedap dekat dengan Airport Langkawi .




My Air Asia Free Seats

Sebahagian dari ahli keluarga YY




Ini jugak lah masa nya , kami sekeluarga merapatkan lagi ikatan silaturahim . Dah ler hari – hari yang dilalui sibuk dengan kerjaya memasing , bukan senang nak berkumpul dan bercuti bersama . Kalau beraya pun kekadang tak cukup semua ahli keluarga . Di harap , dengan impian ini dapatlah YY dan keluarga bercuti dan berseronok .



My Air Asia Free Seats

YY di Makam Mahsuri




Promosi Air Asia Free Seats sedang berlangsung dari 25 - 31 Ogos 2014 untuk penerbangan bermula1 Mac 2015 sehingga 24 Oktober 2015 . Kemana destinasi impian percutian korang ???? Sebelum nie YY dah ke Korea , Beijing , Bandung dan beberapa destinasi lain dengan Air Asia . Syukur semuanya selamat dan perkhidmatan pun bagus . 




Terima Kasih Air Asia : airasia.com



Grilled Beef Steak & Fish Fillet kini di Kenny Rogers Roasters



Assalammualaikum ,



Makan , makan , makan . Macam lama jer YY tak citer bab makan kan . Nafsu makan kejap ok , kejap tak ok sejak mengandung. Tapi , baru – baru nie dapat pulak jemputan ke Food Review Menu baru yang semestinya sihat dari Kenny Rogers , harus lah YY turut sertakan . Siap angkut En. Suami sekali uolsss.






Kali nie, Kenny Rogers memperkenalkan menu sihat yang baru berasakan daging iaitu dengan tema BEEF N REEF MOMENTS . Korang ingat Kenny Rogers ada ayam jer kan , kali nie ada daging dan ikan . So, makin banyak pilihan ada di Kenny Rogers Malaysia .




Kenny Rogers Beef Steak


Signature Grill Beef Steak – RM 31.90*




Kenny Rogers Beef Steak



Daging lembu yang di import di perap dengan herba terpilih dan sos istimewa . Dihidang bersama Tomato panggang ( Grilled Tomato ) , Kentang Lecek ( Mashed Potato )  dan Sayur campur ( Garlic Butter Mixed Veggies )





Kenny Rogers Fish Fillet


Signatured Grilled Fish Fillet – RM 22.90*




Kenny Rogers Fish Fillet



Ikan Talapia yang di perap dengan rempah khas dan perisa istimewa dan di panggang sehingga keperangan . Dihidang bersama Garlic Rice Aromatic dan Garlic Butter Mixed Veggies .




Kenny Rogers Roasters Malaysia

Kami Laki Bini suka Menu Baru Kenny Rogers Roasters 



Pendapat YY , dedua menu sedap . tapi YY lagi suka Beef ler. Sebab YY memang suka makan daging dari ikan . Tapi pilihan En. Suami dah tentu lah ikan . Kemain banyak di blasah nyaa. Seronok bila En. Suami suka makan . Kira kalau korang nak makan dengan family or orang tersayang di Kenny Rogers Roasters sekarang dah ada pilihan seperti ayam , daging atau ikan . Kan best tuee, lebih banyak pilihan .



kenny rogers muffin maniac challenge 721x1024 Menu makanan sihat KENNY ROGERS MALAYSIA   Grilled Beef Steak dan Fish Fillet




Selain dari promosi menu baru nie , Kenny Rogers Roasters ada sesuatu yang menarik iaitu permainan Muffin Maniac yang korang boleh download di Google Play atau App Store . Korang boleh kumpul point untuk redeem Jelly Sundae atau 1/2 dozen Kenny Homemade Muffin .




IMG_4393[1]



Korang boleh redeem 2 pilihan nie, apabila menjamu selera di Kenny Rogers dengan resit minimum RM 60.00 . Cara nya hanya tunjukkan smartphone korang dengan score yang korang dah dapat di aplikasi Muffin Maniac , Screenshot tidak akan dilayan yer .



*****************************************************


Peraduan Jawab & Menang Lagenda Budak Setan 3



Jap, nak selit sikit . Kenny Rogers Roasters tengah adakan peraduan untuk menang tiket Filem yang bakal muncul di pawagam berhampiran korang iaitu Lagenda Budak Setan 3 . Lakonan Farid Kamil dan Maya Karin . Kalau ada rezeki korang , dapat menonton dengan 2 pelakon hebat nie uolsss. Jawab soalan mudah dan menang .




PERADUAN LAGENDA BUDAK SETAN 3 Jom sertai Peraduan JAWAB dan MENANG TIKET FILEM LAGENDA BUDAK SETAN 3 !!!



Nak menang ??? 




Maya Karin Lagenda Budak Setan 3

YY yang Comot dengan Maya Karin yang Gojes.



Hadiah:


Hadiah Utama x 15 pemenang

  • Sesi Beramah Mesra (bersama para pelakon Lagenda Budak Setan 3 "Kasyah") untuk 2 orang di KRR Berjaya Times Square pada 10 September 2014 jam 4.00 petang.

  • Pas percuma menonton filem Lagenda Budak Setan 3 "Kasyah" untuk 2 orang.



Hadiah Saguhati x 50 pemenang
  • Pas percuma menonton filem Lagenda Budak Setan 3 "Kasyah" untuk 2 orang.


P/S : Selamat Menjawab Soalan Korang .



#ShellEasyWin | Peluang menang RM 40,000 masih ada


Assalammualaikum,


Wooot , wootttt . Haaaa, nie nak ingatkan korang nie . Pasal Shell Easy Win . Alah, sebelum nie YY duk bebel kat korang kan, kan ,kan . Haaaa, ada yang lupa ler tueee . Meh korang baca balik kat SINI .



Sebenarnya , YY nak ingatkan korang yang contest Shell Easy Win memang masih berjalan . Korang masih ada peluang nak menang besar . Jangan tetunggu lagi dah , cecepat terjah Shell berhampiran korang eh .



Shell easy win contest--Win up to RM40,000 weekly!




Kalau dah memang tuah korang , memang takde hal lah . Menang RM 40,000 macam – macam korang boleh buat kan . Kalau korang tak cayer , memang dah ada yang menang besar. Rezeki diorang berbelanja di Shell . Baru betul dengan nama contest nya Shell Easy Win .




Shell Easy WIn 3

Contest ini akan berakhir pada 14 September 2014.



Contest paling senang . Rugi lah kalau tak mencuba kan .

Cara – Cara menyertai Shell Easy Win :

1. Berbelanja minimum RM 30 dimana – mana Shell.

2. Isi borang dan jawab soalan mudah yang disediakan .

3. Kepilkan resit di borang contest , dan masuk kan ke dalam kotak di mana – mana Shell .

4. Selesai – Pemenang mingguan terpilih akan memenangi RM 20,000 cash

 
atau

 
Berbelanja minimum RM 30.00 dengan Shell V-Power untuk menggandakan hadiah kemenangan ke RM40,000 .
 


 
Shell Easy Win


 
YY memang isi minyak kat Shell sesaja sekarang . Maklum lah , nak cuba nasib . Kot Menang wang RM 40,000 macam – macam yang YY dah fikir nak buat dengan wang besar tuee. Hadiah saguhati pun ada gak , boleh menang RM 300 setiap minggu . Sape nak bagi weeeeiiii  .



Shell Easy Win    Shell Easy Win



Shell Easy Win



Eh , korang jangan lupa jugak contest Instagram Shell Easy Win . Yang nie kan boleh menang Voucher RM 50 dengan 10 pemenang setiap minggu .




Shell Easy Win  

Instagram Contest #ShellEasyWin




Shell Easy Win


Cara – Cara Shell Easy Win – Instagram Contest :

1. Ambil gambar dengan Shell Easy Win polaroid di mana – mana Shell Terpilih .

2. Tulis caption pada gambar dengan ayat yang paling creative apa yang korang akan buat kalau menang RM 40,000 .

3. Hashtag #ShellEasyWin

4. Post dan Share di Instgram korang .



*** hati - hati yer bila bergambar di stesen Minyak Shell ****



Kalau korang nak tahu sape yang jadi pemenang mingguan , rerajin lah terjah ke www.shell.com . Kalau menang , jangan lupa YY tau .




P/S : Tuah Manusia siapa yang tahu .




Mercenaries Filem Aksi Terbaru Sehebat Mission Impossible Dan The Expendables

 

Assalammualaikum,


 
Nak citer bab Filem plak .


 
POSTER


 
Buat penggemar filem bergenre aksi, tiada keraguan lagi untuk pergi menonton sebuah lagi filem aksi bermutu, ‘Mercenaries’ yang bakal ditayangkan di seluruh Malaysia menjelang 28 Ogos ini, terbitan The Asylum Home Entertainment.
 



Aksi Clay menyelamatkan Elise


 
Filem arahan Christopher Ray ini tidak boleh dipandang rendah walaupun ia menampilkan sekumpulan wanita sebagai penggerak watak utama. Wanita yang berani memegang senjata merbahaya, berlawan fizikal mahu pun melakukan aksi - aksi lasak bukanlah satu perkara pelik yang pernah kita saksikan, bahkan zaman sekarang kaum hawa sudah diakui kehebatan mereka khususnya dalam ilmu pertahanan diri.



 
Babak mencemaskan


 
Begitulah yang cuba ditonjolkan dalam ‘Mercenaries’ apabila satu misi merbahaya yang diatur oleh pihak CIA dalam usaha menyelamat anak Presiden Amerika yang telah diculik oleh sekumpulan penjenayah antarabangsa ketika melawat zon perang. Kumpulan elit yang dianggotai oleh pejuang komando wanita ditugaskan untuk menyusup ke sebuah penjara wanita bagi menyempurnakan misi sulit tersebut.
 



Merc-246


 
Apa kehebatan yang ada dengan empat wanita bernama Clay (lakonan Zoe Bell), Kat (lakonan Kristanna Loken), Raven (lakonan Vivica A. Fox) dan Mei-Lin (lakonan Nicole Bilderback)? Seakan mereka adalah ‘best man’ untuk misi ini, keempat-empat mereka sebenarnya mempunyai kehebatan tersendiri yang dipercayai oleh pihak CIA mampu untuk menumpaskan penjenayah-penjenayah tersebut. Bukan calang-calang wanita, mereka terdiri dari pakar pertahanan diri, pakar membidik tepat, pakar bom dan pakar taktikal. Gabungan empat wanita luar biasa ini sungguh menarik dan menjadi kekuatan untuk penonton terus mengikuti misi mereka sehingga akhir.



 
Merc-183


 
Plot penceritaan filem ini juga tidak membosankan apabila ia disusun rapi dengan keseimbangan aksi dan konflik. Setiap babak ke babak dimuatkan dengan aksi dan drama yang menimbulkan rasa cemas buat penonton untuk menyaksikan apa yang bakal terjadi di akhir cerita. Babak yang paling ditunggu peminat filem aksi sudah pasti babak yang melibatkan pertempuran di antara wanita-wanita luar biasa ini dengan kumpulan penjenayah. Pertempuran bukan sekadar membabi buta tetapi disusun secara strategi, secara tidak langsung membuktikan bijaknya kumpulan elit ini dalam mengatur serangan. Watak Ulrika lakonan Brigitte Nielsen sebagai ketua penjenayah pastinya memukau perhatian penonton dengan kehebatan aksi gaya antagonisnya.



 
Merc-413


 
Aksi menembak, berlawan dan bertempur yang dipersembahkan dalam Mercenaries juga tidak menghampakan. Segalanya tampak realistik walaupun ‘hero-heronya’ adalah wanita yang mengerah segala kekuatan yang mereka ada untuk menjatuhkan musuh-musuh yang majoritinya adalah lelaki. Kehebatan aksi yang dimiliki filem ‘Mercenaries’ ini setanding seperti filem hebat ‘Mission Impossible’ dan ‘The Expendables’ menjanjikan kepuasan buat peminat filem aksi.

 
Trailer :



 
 
P/S : Tengok Trailer pun dah gempak niee.


Pemenang #MasukDramaSeludup diumumkan !!


Assalammualaikum,






Sebelum nie kan YY ada citer kat korang pasal Drama siri terbaru yang bakal di tayangkan di Astro bertajuk SELUDUP . Bukan setakat pelakon yang memang dah pemes dan dikenali ramai ada dalam Drama Siri nie, tapi ada jugak contest untuk mencari pelakon dengan ujibakat yang telah di buat . Sesungguhnya pemenang telah di umumkan . Huntunglahhhh, tahniah pemenang .



Walaupun YY join, tapi kalau dah macam kayu , mana lah layak nak jadi pemenang kan . Ada lebih 100 video uolsss, sape yang bebetul layak jer boleh jadi pemenang tau .



Pencarian  bakat  baru  drama ‘Seludup’ telah pun berakhir dengan pengumuman dua pemenang peraduan #masukdramaseludup yang dibuat.   Mohd  Andika  bin  Abdul  Halim  (25  tahun)  dan  Nur  Afieqah  bintiZulkarnain (20 tahun) yang masing-masing berasal dari  Johor dan Kuala Lumpurtelahpun  berjaya  mengungguli  pertandingan  tersebut  dan  akan  berpeluang berganding dengan nama-nama besar industri hiburan negara seperti Pekin Ibrahim,Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip dan Raja Ilya. Turut membintangi drama bersiri13 episod ini adalah Jehan Miskin, yang juga bertindak sebagai penerbit eksekutif dan pengarah.




Seludup Pemenang




Dilancarkan oleh Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn. Bhd., drama sarat aksi dan cinta ini berkisar tentang kegiatan perdagangan barangan haram seperti rokok seludup,  dadah  dan  pemerdagangan manusia  yang  menjejaskan  pendapatan,keselamatan  dan  kualiti  hidup  masyarakat  Malaysia.




Produksi  ini  telah  memilih daerah Pantai Pengkalan Balak di Masjid Tanah, Melaka sebagai lokasi dan kini didalam fasa kedua penggambaran. Menurut  Jehan,  “Pencarian  bakat  ini  dimulakan  sejak  25  Jun  2014  dan  ia  telah menerima sambutan di luar jangkaan dengan kiriman lebih 130 penyertaan melalui video yang dimuat turun di laman Facebook ‘Seludup’.  Dua pemenang yang dipilih ini adalah yang terbaik di antara mereka”.




Seludup Pemenang



“Berdasarkan karekter mereka, saya telah menulis dua watak sampingan di dalam ‘Seludup’ yang bakal dilakonkan oleh dua bakat baru ini. Tujuan kami bukan sahaja untuk mencipta kelainan dan memberikan lebih impak kepada ‘Seludup’, tetapi juga untuk memeriahkan lagi suasana industri hiburan tanahair” ulas Jehan lagi.



Mohd Andika yang merupakan seorang pekerja restoran berkata “Saya amat berterima kasih kepada para juri yang telah memilih saya dan saya percaya saingan adalah sangat sengit. Peluang ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk mencapai impian saya menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya”. Perasaan gembiranya turut dikongsi Nur Afieqah, seorang pelajar yang menyifatkan peraduan ini sebagai usaha yang sangat unik untuk mendedahkan bakat baru dengan realiti sebenar kerjaya lakonan.


 
Selain peluang keemasan untuk berlakon di dalam drama ‘Seludup’, pemenang-pemenang juga akan menerima hadiah bernilai sehingga RM15,000.


 
Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Seludup’ dan peraduan #masukdramaseludup termasuk terma dan syarat, sila layari laman FB Seludup di www.facebook.com/seludup


 
 
P/S : Tahniah pemenang , selangkah impian jadi pelakon dah tercapai .









Indiba Stemcell System Mengatasi masalah Wajah :)


Assalammualaikum,

Hai korang . Camne raya , mesti korang raya sakan tahun nie kan . Nie YY nak citer bab kecantikan sikit, citer raya nanti lah kita sambung eh . Alah, bab kecantikan kan semua suka kan , teruja sangat nak cantik. Dalam hati tue, nak sangat cantik macam kulit masa baby dulu kan . Ok, Jangan runsing dan pening , nie YY nak citer ngan korang satu teknologi bau yang boleh buat kulit korang selembut baby . Gituee, haaa mula lah tue senyum gembira . 


Memperkenalkan Indiba Stemcell System. Dengan tagline ' We Are YOUNG Again" , sesuai bebenor lah kalau kita nie dah nak menghampiri usia tua dan penghasilan kedutan di wajah . System ini diperkenalkan oleh BELLA sebuah company yang telah bertapak sejak 1982 , dan menitik beratkan skin care  technologies dan beauty treatments.





INDIBA Stemcell System - Bouncy Baby Skin

INDIBA Stemcell System lebih baik sebagai penggalak kolagen yang kuat dan cepat untuk pemulihan sel tetapi bergantung kepada individu . Terapi peningkatan optimum direka untuk memaksimumkan sel kulit untuk meningkatkan metabolisme tisu bagi menambah kolagen dalam kulit untuk proses pembaikan. Rasakan kulit seperti bayi selepas rawatan .


YY dah tengok sendiri hasil perubahan selepas membuat treatment Indiba Stemcell System . Nampak parut lebih pudar , dan pipi lebih gebu dan tegang . Teruja tau melihat perubahan sekelip mata . Yang pasti , YY tetap nak mencuba , cuma perempuan mengandung memang xleh buat treatment nie, sebab ia menggunkan sistem elasticity . 



Bella Indiba Stemcell - rawatan kecantikan


Bella Indiba Stemcell - rawatan kecantikan




Jangkaan rawatan INDIBA Stemcell Sysytem - Bouncy baby Skin .

- mengurangkan garisan & kedutan 

- pertumbuhan semula sel 

- pengukuhan / mengetatkan 


Indiba Stemcell System menggunakan  teknologi yang dipaten tindakan proionic bersama-sama dengan adiposed berkuasa yang diperolehi dalam keadaan media (faktor pertumbuhan) serum untuk merangsang dan mengimbangi semula pertukaran ion selular, oleh itu ia membantu sel-sel dalam memulihkan fungsi semulajadi yang penting di dalam metabolisma badan kita. Tindakan haba daripada rawatan ini akan meningkatkan peredaran kapilari dan oksigen ke tisu-tisu, membawa kesan penyaliran dan penghapusan kotoran dalam badan. Bahagian yangyang paling best adalah serumyang dibawa ke muka melalui frekuensi yang dipaten juga boleh meningkatkan keanjalan kulit dan meningkatkan metabolisme sel.




Bella Indiba Stemcell - rawatan kecantikan



Bella Indiba Stemcell - rawatan kecantikan



Semasa rawatan, ahli terapi kecantikan akan melalui prosedur yang akan menyamakan tenaga bagi menentukan tahap tenaga yang optimum untuk kulit. Ahli terapi kecantikan akan merangsang sembilan nod lemah pada muka korang pada tahap epidermis untuk mengetatkan dan nada kulit kita dan mencapai perparitan yang lebih baik. Ini diikuti dengan langkah ke-3, yang mensasarkan pada tahap dermis. Di peringkat ini, rawatan akan mensasarkan kepada peningkatan fibroblast untuk pengeluaran kolagen dan meningkatkan fungsi sel. Tindakan ini boleh mengimbangkan ion dan tahap sel dan meningkatkan Intergriti kulit. Akhir sekali, Stem C'rum Plus akan digunakan dan diurut dengan sempurna dengan tangan untuk memastikan nutrien yang dihantar jauh ke dalam lapisan.






Taklimat daripada Bos Besar Bella, Vivienne Wong 






Penerangan tentang Indiba StemCell System daripada Alice Ng 





Bella Indiba Stemcell - rawatan kecantikan



Bella Indiba Stemcell - rawatan kecantikan



Bella Indiba Stemcell - rawatan kecantikan




Biasanya apa yang korang boleh dapat di pasaran adalah hanya 2 hingga 10ppm faktor pertumbuhan, tetapi BELLA menyediakan faktor pertumbuhan 60ppm secara eksklusif di Bella yang pasti besar, sekurang-kurangnya 6 kali lebih kuat berbanding dengan orang lain. 60ppm sangat mencukupi untuk membuat korang melihat dan merasakan perbezaan ketara pada muka korang. Penyerapan bijak, BELLA sentiasa berfikir selangkah ke hadapan untuk korang di mana Stem C'rum Plus direka khas dengan Trans Dermal Sistem Penyampaian Nano bersama-sama dengan yang terkandung 9 (Double Layer) untuk memastikan penyerapan maksimum dan penghantaran kepada setiap sel.



Bella Indiba Stemcell - rawatan kecantikan

Demo menggunakan Stem C'rum Plus


Bella Indiba Stemcell - rawatan kecantikan



Bella Indiba Stemcell - rawatan kecantikan




Bella Indiba Stemcell - rawatan kecantikan



Bella Indiba Stemcell - rawatan kecantikan





Wah, betapa canggihnya teknologi yang boleh korang cantik dengan sekejapan jer . Apa lagi, jom lah kita try bersama - sama . Banyak cawangan Bella yang korang boleh kunjungi . Melabur sedikit untuk kecantikan dan awet muda . 




Bella Indiba Stemcell - rawatan kecantikan



Diantara perubahan yang YY lihat sendiri , parut jeragat berkurangan , dan pipi makin gebu dan anjal . Sila lihat perubahan pada pipi kanan pandangan korang . 



Bella Indiba Stemcell - rawatan kecantikan



Bella Indiba Stemcell - rawatan kecantikan



Masa pelancaran , macam - macam aktiviti ada . Ada cabutan bertuah , ada demo macam mana proses Stem C'rum Plus digunakan dengan mesin . Ada jugak pemeriksaan kulit muka Percuma . Memang YY tak lepaskan peluang . Walaupun tak menang apa - apa hadiah cabutan bertuah , tapi YY dapat melihat sendiri kecanggihan teknologi kecantikan , dan mengetahui masalah kulit YY . Kena atasi sebelum diri semakin tua . 



Bella Indiba Stemcell - rawatan kecantikan



Bella Indiba Stemcell - rawatan kecantikan



Bella Indiba Stemcell - rawatan kecantikan




Bella Indiba Stemcell - rawatan kecantikan




Bella Skin Care yang korang boleh kunjungi .


The Intermark (nearby KLCC)


Bangsar Village II


Mid Valley


Petaling Jaya


Subang


Kuching


Gurney Plaza


Ipoh


Plaza Pelangi



Maklumat lanjut :

TOLL FREE : 1 800 22 7111





P/S : Dah raya pun still nak cantik lagi kan. 









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah