Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Pemenang #MasukDramaSeludup diumumkan !!


Assalammualaikum,






Sebelum nie kan YY ada citer kat korang pasal Drama siri terbaru yang bakal di tayangkan di Astro bertajuk SELUDUP . Bukan setakat pelakon yang memang dah pemes dan dikenali ramai ada dalam Drama Siri nie, tapi ada jugak contest untuk mencari pelakon dengan ujibakat yang telah di buat . Sesungguhnya pemenang telah di umumkan . Huntunglahhhh, tahniah pemenang .



Walaupun YY join, tapi kalau dah macam kayu , mana lah layak nak jadi pemenang kan . Ada lebih 100 video uolsss, sape yang bebetul layak jer boleh jadi pemenang tau .



Pencarian  bakat  baru  drama ‘Seludup’ telah pun berakhir dengan pengumuman dua pemenang peraduan #masukdramaseludup yang dibuat.   Mohd  Andika  bin  Abdul  Halim  (25  tahun)  dan  Nur  Afieqah  bintiZulkarnain (20 tahun) yang masing-masing berasal dari  Johor dan Kuala Lumpurtelahpun  berjaya  mengungguli  pertandingan  tersebut  dan  akan  berpeluang berganding dengan nama-nama besar industri hiburan negara seperti Pekin Ibrahim,Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip dan Raja Ilya. Turut membintangi drama bersiri13 episod ini adalah Jehan Miskin, yang juga bertindak sebagai penerbit eksekutif dan pengarah.




Seludup Pemenang




Dilancarkan oleh Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn. Bhd., drama sarat aksi dan cinta ini berkisar tentang kegiatan perdagangan barangan haram seperti rokok seludup,  dadah  dan  pemerdagangan manusia  yang  menjejaskan  pendapatan,keselamatan  dan  kualiti  hidup  masyarakat  Malaysia.




Produksi  ini  telah  memilih daerah Pantai Pengkalan Balak di Masjid Tanah, Melaka sebagai lokasi dan kini didalam fasa kedua penggambaran. Menurut  Jehan,  “Pencarian  bakat  ini  dimulakan  sejak  25  Jun  2014  dan  ia  telah menerima sambutan di luar jangkaan dengan kiriman lebih 130 penyertaan melalui video yang dimuat turun di laman Facebook ‘Seludup’.  Dua pemenang yang dipilih ini adalah yang terbaik di antara mereka”.




Seludup Pemenang



“Berdasarkan karekter mereka, saya telah menulis dua watak sampingan di dalam ‘Seludup’ yang bakal dilakonkan oleh dua bakat baru ini. Tujuan kami bukan sahaja untuk mencipta kelainan dan memberikan lebih impak kepada ‘Seludup’, tetapi juga untuk memeriahkan lagi suasana industri hiburan tanahair” ulas Jehan lagi.



Mohd Andika yang merupakan seorang pekerja restoran berkata “Saya amat berterima kasih kepada para juri yang telah memilih saya dan saya percaya saingan adalah sangat sengit. Peluang ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk mencapai impian saya menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya”. Perasaan gembiranya turut dikongsi Nur Afieqah, seorang pelajar yang menyifatkan peraduan ini sebagai usaha yang sangat unik untuk mendedahkan bakat baru dengan realiti sebenar kerjaya lakonan.


 
Selain peluang keemasan untuk berlakon di dalam drama ‘Seludup’, pemenang-pemenang juga akan menerima hadiah bernilai sehingga RM15,000.


 
Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Seludup’ dan peraduan #masukdramaseludup termasuk terma dan syarat, sila layari laman FB Seludup di www.facebook.com/seludup


 
 
P/S : Tahniah pemenang , selangkah impian jadi pelakon dah tercapai .









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah