Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Kisah Raya 2014 bergelar Puan Isteri

 
Assalammualaikum,


Kemain memasing citer pasal raya kan , macam YY tahun nie beraya ala kadar jer . Maklum lah, tengah berdebar tunggu orang baru . Macam - macam hal yang jadi masa beraya .
 


IMG_8711

Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Batin .


 
Cuti Raya .

Masalah bab cuti raya kat opis YY memang berlaku setiap tahun . Dapat Bos tetap nak yang ada kat opis 50-50 . Tambahan plak kat opis YY dah takde non muslim, jadi memang payah lah kan, kalau dah semua nak cuti .Opis YY ada 7 orang , 3 kena cuti sebelum dan 4 orang jer cuti selepas . So, 3 orang yang bekerja selepas tue termasuk lah YY . Dah kita pun raya tak jauh, terus x amik cuti raya . Hanya bercuti 4 hari yang ada tue jer . Raya ke 3 dah masuk keje . 




Ini Post Raya ke-3 di Instagram YY .
 


 
En. Suami Operation.

Sepatutnya En. Suami akan operation 3 hari sebelum raya . Tapi nasib baik dapat call dari Doctor yang suruh Operate seminggu awal, sebab tak nak ada yang beraya kat hospital . En. Suami Operation kat Lutut, sebab ada urat putus sebab bersukan dedulu. Memang selama nie ada buat fisio terapi , dan akhirnya perlu di bedah . Bab nie lagi buat YY tak semangat sangat nak beraya , sian kat dia dengan lutut operate, mesti payah nak berjalan kan. Tapi, biasa lah bila dah jiwa kental sebagai askar , sakit pun pulun gak . Berjalan macam tak sakit . Sepanjang beraya memang En. Suami yang drive , kecuali masa nak balik KL raya ke-2 memang dia dah tak larat sebab lutut dah berdenyut . 
 
IMG_4027[1]  IMG_4045[1]
Kengerian melihat bekas jahitan .
 


Budget Raya .

Agak kelaut . Yer lah , nak menyambut orang baru , so persediaan ala kadar. nak beli apa - apa pun fikir yang dalam perut nie . Banyak lagi persediaan tak buat . Jadi kena lah berjimat cermat . Bab baju raya , kalau ikut En. Suami memang tak nak beli , pakai apa yang ada jer tapi YY lah taknak, kononnya nak sedondon color. Kebetulan YY memang ada beli baju online nak pakai bila perut dah besar , jadi kita blasah jer baju itu buat raya . Jadi , En. Suami cuma perlu beli baju melayu biru untuk raya pertama , dan raya kedua recyle pakai baju nikah . Jimat , Jimat , Jimat . Tapi still lah ada peruntukan untuk duit raya kan.
 


 
IMG_8617

Makan – Makan di Pagi raya.



 
Ok, Sambung kisah raya plak . Dah nama nya tak cuti kan . Balik keje Jumaat tue , takde buat apa pun . En. Suami ajak balik seremban berbuka kat sana . Maklumlah, sepanjang puasa memang takde kesempatan lagi nak balik seremban . So, decide balik Sabtu . Sabtu tengahari gerak balik seremban . Alah, sekangkang kera jer . Dari KL x sampai sejam. Plus jalan clear giler . Merasa lah berbuka kat Seremban 2 hari , Sabtu dan Ahad . Lepas berbuka gerak lah balik ke Kg YY di Kajang . Muhahhahaa, jauh kan . Dalam setengah jam jer dari Seremban lalu LEKAS . memang lekas sangat sampai . 



 
IMG_8647

 
IMG_8652

YY sekeluarga di Kajang pagi raya .



 
Sampai Kajang , ibu memang dah siap masak . Memacam ada . Tapi nak sambung makan macam dah kenyang lah plak, so kita tunggu pagi raya jer lah . Malam raya sessi iron baju dan berborak sakan . Di samping tue plan mana nak pi beraya , maklum lah YY cuti tak lama . Walaupun En. Suami MC lama sebab Operation . 


 
IMG_8672   IMG_8681
IMG_8688   IMG_8690
IMG_8698   IMG_8706

Sessi bersalaman dan bermaafan .



 
Pagi raya di kajang , cam biasa lah . lepas sembahyang raya , makan , salam bersalaman dan bergambar sakan. Memasing tengahari pun berpisah .  Adik masuk keje sebab mmg dia tak cuti . Ibu , Angah , Kak Lang dan Nazri menuju ke kampung arwah ayah di Sg Buloh . YY dan En Suami plak ke senawang rumah Abang Ipar En. Suami sebab semua adik beradik memang brkumpul di senawang . Selesai beraya di Senawang , dah pi umah ipar duai , YY menuju plak ke kg Serting Ilir Kampung Ibu YY , dan dimana arwah ayah dikebumikan. So, kami semua ibu, angah , kak lang dan Nazri berjumpa balik di Serting Ilir kecuali adik.


 
IMG_4101[1]

Otw nak ke Senawang


 
IMG_4108[1]

Di rumah Abg Ipar, memang sampai tengah sessi bergambar.
 


IMG_4114[1]

Anak – Anak buah En. Suami . Ramai kan ?? ini pun ada yang xde .



 
IMG_4122[1]

Bersama Ipar Duai . Still Tak cukup Korum .




Lewat petang raya pertama , jumpa balik adik beradik di rumah Pak Ngah di Simpang Pertang. Satu - satu nyer adik - beradik arwah ayah yang tinggal . Setiap kali raya wajib ketemu, paling syahdu bila Pak Ngah sebijik Arwah ayah dalam banyak segi . Dah nama pun adik - beradik kan . 



 
 
Eh, macam panjang plak citer raya pertama YY sebagai Isteri . Yang best nya tak yah gaduh3 sebab raya pertama pi belah YY dan jugak belah En. Suami. Settle. 



Untuk Makluman, Sebab ada yang bertanya kan . En. Suami dah takde Mak dan ayah sejak dia kecik lagi . Anak bongsu dari 8 beradik. So, abg dan kakak lah tempat diri bergantung. Sebab tue, beraya ke rumah ipar duai jer. Xde Mak mertua dan Bapak mertua yer untuk YY . 
 

 
P/S : apa kisah raya korang ??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah