Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Mercenaries Filem Aksi Terbaru Sehebat Mission Impossible Dan The Expendables

 

Assalammualaikum,


 
Nak citer bab Filem plak .


 
POSTER


 
Buat penggemar filem bergenre aksi, tiada keraguan lagi untuk pergi menonton sebuah lagi filem aksi bermutu, ‘Mercenaries’ yang bakal ditayangkan di seluruh Malaysia menjelang 28 Ogos ini, terbitan The Asylum Home Entertainment.
 



Aksi Clay menyelamatkan Elise


 
Filem arahan Christopher Ray ini tidak boleh dipandang rendah walaupun ia menampilkan sekumpulan wanita sebagai penggerak watak utama. Wanita yang berani memegang senjata merbahaya, berlawan fizikal mahu pun melakukan aksi - aksi lasak bukanlah satu perkara pelik yang pernah kita saksikan, bahkan zaman sekarang kaum hawa sudah diakui kehebatan mereka khususnya dalam ilmu pertahanan diri.



 
Babak mencemaskan


 
Begitulah yang cuba ditonjolkan dalam ‘Mercenaries’ apabila satu misi merbahaya yang diatur oleh pihak CIA dalam usaha menyelamat anak Presiden Amerika yang telah diculik oleh sekumpulan penjenayah antarabangsa ketika melawat zon perang. Kumpulan elit yang dianggotai oleh pejuang komando wanita ditugaskan untuk menyusup ke sebuah penjara wanita bagi menyempurnakan misi sulit tersebut.
 



Merc-246


 
Apa kehebatan yang ada dengan empat wanita bernama Clay (lakonan Zoe Bell), Kat (lakonan Kristanna Loken), Raven (lakonan Vivica A. Fox) dan Mei-Lin (lakonan Nicole Bilderback)? Seakan mereka adalah ‘best man’ untuk misi ini, keempat-empat mereka sebenarnya mempunyai kehebatan tersendiri yang dipercayai oleh pihak CIA mampu untuk menumpaskan penjenayah-penjenayah tersebut. Bukan calang-calang wanita, mereka terdiri dari pakar pertahanan diri, pakar membidik tepat, pakar bom dan pakar taktikal. Gabungan empat wanita luar biasa ini sungguh menarik dan menjadi kekuatan untuk penonton terus mengikuti misi mereka sehingga akhir.



 
Merc-183


 
Plot penceritaan filem ini juga tidak membosankan apabila ia disusun rapi dengan keseimbangan aksi dan konflik. Setiap babak ke babak dimuatkan dengan aksi dan drama yang menimbulkan rasa cemas buat penonton untuk menyaksikan apa yang bakal terjadi di akhir cerita. Babak yang paling ditunggu peminat filem aksi sudah pasti babak yang melibatkan pertempuran di antara wanita-wanita luar biasa ini dengan kumpulan penjenayah. Pertempuran bukan sekadar membabi buta tetapi disusun secara strategi, secara tidak langsung membuktikan bijaknya kumpulan elit ini dalam mengatur serangan. Watak Ulrika lakonan Brigitte Nielsen sebagai ketua penjenayah pastinya memukau perhatian penonton dengan kehebatan aksi gaya antagonisnya.



 
Merc-413


 
Aksi menembak, berlawan dan bertempur yang dipersembahkan dalam Mercenaries juga tidak menghampakan. Segalanya tampak realistik walaupun ‘hero-heronya’ adalah wanita yang mengerah segala kekuatan yang mereka ada untuk menjatuhkan musuh-musuh yang majoritinya adalah lelaki. Kehebatan aksi yang dimiliki filem ‘Mercenaries’ ini setanding seperti filem hebat ‘Mission Impossible’ dan ‘The Expendables’ menjanjikan kepuasan buat peminat filem aksi.

 
Trailer :



 
 
P/S : Tengok Trailer pun dah gempak niee.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah