Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review | Filem "Chantek" - Arahan Pierre Andre


Weee ~~ hari tue YY dapat lah join Tayangan Eksklusif dan Sidang Media Filem Chantek. Filem terbaru arahan Pierre Andre. Mesti semuaa nak tahu, best ke tidak Filem nie kan. Filem Lakonan Pierre Andre dan Nurul Ekasari nie bakal di tayangkan pada 16 Februari 2012. Terima Kasih kepada Alternate Pictures sebab bagi jemputan Tayangan nie kat YY.





Sinopsis Fielm Chantek :
AD,seorang bintang filem yang hidupnya mewah dan ceria tetapi menjadi buta setelah dilanggar kereta sejurus terserempak dengan tunangnya yang berlaku curang. Akibat tersangat kecewa, AD memencilkan dirinya di rumah penginapan dengan dijaga oleh CHANTEK, seorang pembantu rumah perempuan dari Indonesia yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk menenteramkan AD yang masih fobia dengan perempuan.

Lama-kelamaan kerana kebaikan AD dan kemesraan mereka berdua, CHANTEK terpaksa mendedahkan rahsianya. Walaupun marah, AD sedia memaafkannya kerana kejujuran CHANTEK membantu memulihkannya dan kini mereka berdua telah jatuh cinta. Tetapi apabila CHANTEK terjumpa skrip yang mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki dengan pembantu rumahnya, CHANTEK terasa diperbodohkan oleh AD yang mempergunakannya sebagai bahan latihan filemnya. CHANTEK benar-benar terasa dirinya ditipu dan hatinya dipermainkan dan lantas telah melarikan diri. 

Selama sebulan AD tidak ketentuan arah dan tidak dapat berlakon semula kerana terkenangkan CHANTEK. Akhirnya AD terjumpa CHANTEK namun masihkah CHANTEK sudi menerima semula cinta AD?

TRAILER


Info CHANTEK
Filem : Chantek
Genre : Romantik Komedi
Durasi : 90 minit
Tarikh Tayangan : 16 Februari 2012
Klasifikasi Filem : U
Syarikat Penerbit : Empat Samudra Plantation Sdn Bhd
Penerbit : Hisham Bin A.Karim
Pengarah : Pierre Andre
Penulis Skrip : Pierre Andre
Penulis Lakon Layar : Pierre Andre
Pengarah Fotografi : Rahimi Bin Maidin
Pengarah Seni : Mohd Fazreen Bin Mohammad Sabari
Pembantu Pengarah : Dharma Aizat Baharum & Amal Ariff Ahmad Yusri
Penyunting : Ahmad Mustadha
Pengedar & Promosi : Alternate Pictures Sdn.Bhd


Barisan Pelakon
Pelakon Utama : Pierre Andre sebagai AD
Pelakon Utama : Nurul Ekasari sebagai Chantek
Pelakon Pembantu : Maimon Mutalib sebagai Ibu Citra
Pelakon Pembantu : Kim Wah sebagai Sam
Pelakon Pembantu : Abon sebagai Penerbit


REVIEW
Seperti biasa, karya hasil Pierre Andre pasti x akan mengecewakan. Memula citer, memang YY ingatkan AD betul2 buta. Kira menjadi jugak lah lakonan Pierre Andre. Bukan senang nak jadi pengarah dan menjadi pelakon utama dalam satu masa.

Watak Kim Wah sebagai Sam sangat menghiburkan hati. Memang muncul watak Sam jerk,pasti ada yang kelakar muncul. Kalau siapa yang biasa tgk lakonan Kim Wah, mesti bawak watak gangster dan ganas2. Tapi dalam "Chantek", Kim Wah bawak watak Pembantu Peribadi kepada Ad ala-ala lembut gitu. Kekadang aksi tak lawak, tapi dialog lawak bersahaja.

Nurul Ekasari, watak pembantu rumah. Dari raut wajah amat sesuai. Kira x sia-sia Pierre Andre ke Indonesia mencari pelakon yang sesuai untuk bawa watak Chantek. Memula YY tgk Nurul Ekasari terdetik kat hati " Eh, tak komersialnya muka perempuan nie". Akhirnya, bila tgk "Chantek" baru YY faham kenapa Nurul yang dipilih.

Kalau nak santai tgk Filem Romantik,dengan adengan Komedi. Filem "Chantek" adalah jawapan nya. Kosongkan fikiran ketika menonton.Pasti korang akan rasa relax. Sokong lah Industri Perfileman Melayu. Eceeeh, Dah macam Duta Filem Pulak.



Buat Pembaca YanaYassin.blogspot.com dari Pierre Andre.

So, berapa bintang yang YY nak bagi. Yeaaaah, YY bagi 4/5 bintang. lagi sebintang, sebab YY tak puas tgk laaah. Aksi2 pembantu rumah tak berapa nak berkembang. Mana tahu ada "Chantek 2". Sama- sama kita nanti kan. Apa lagi, seraaaang panggung 16 Februari 2012.

Bersama Pengarah Muda Berbakat






p/s : ada ura-ura Al-Hijjab ada sambungan.Terujaaaaa nak tengok.






5 comments:

  1. hari tu nak layan.. tapi tak free pulak time tu..

    ReplyDelete
  2. pehh..sumer pratonton ko mampu sapu..untung la Pa..hehehe..jmp mlm esk weih!:-)

    ReplyDelete
  3. hye YY!..

    kite xteruje pon nak tgok citer ni sbb still bengang ngan filem 9 september yg banyak cacat and al-hijab yg tergantung.. huhu..

    ReplyDelete
  4. http://khadijahhishamuddin.blogspot.com/2012/02/jaja-fashion-style-stock-panas.html

    mari shopping baju2 kat sini :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah