Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Mee Udang Sabak Bernam | B.N.O


Weee ~~ lamanya YY tak hupdate. Sebenarnya YY pergi bercuti bersama keluarga terchinta ke Pulau Pangkor.  Sempena Birthday Ibu dan adik YY Angah. Dah lama kitaorg tak bercuti. So, kesempatan cuti public yang lama, planning ke Pangkor.

But, bukan pasal Pangkor yang YY nak story, tapi pasal Mee Udang Sabak Bernam. Memula Nazri adik Ipar YY yang bukak citer kat Sabak Bernam ada Mee Udang sadap. Memang layan. Ibarat macam Mee Udang Mak Jah laaaah. So, OTW balik dari Pangkor, singgah lah kami ke Sabak Bernam.



Memang rezeki kami nak makan Mee Udang, sebab lepas we all order jaaa. Terus makanan semua habis. Maklum lah, time cuti kan, comfirm orang ramai. Menu yang jadi pilihan kami Mee Udang dan Nasi Goreng Udang. Nak order Laksa Udang pun dah habissss. Kitaorg sampai pun dah lewat petang, mana tak semua makanan dah habis kan.

Menunggu Order sampai

 Nasi Goreng Udang

Meriaaaahnyaaa udang 

Mee Udang

Mesti korang nak tahu kat mana Mee Udang Sabak Bernam nie kan. Terletak di Pusat Rekreasi Bagan Nakhoda Omar ( B.N.O ) . Sebelah jerk ngan pantai. Kat situ boleh main layang - layang. Ada pelbagai warna dan bentuk layang - layang adajual kat sini. Ada jugak Kelong Paradise dekat -dekat situ. Kira kalau dah sampai Sabak Bernam cari jerk sign ke B.N.O,pasti tak sesat punyaaa. Boleh jugak lihat matahari terbenam sambil menjamu selera. Memang buat selera bertambah.


Kusyuk dapat makan ..

Kat sini ada pelbagai menu berasas kan Udang,cam Mee Udang , Nasi goreng Udang , Laksa Udang , Nasi Ayam Udang ,Udang Goreng Tepung  dan macam-macam lagi. Bab Air plak, murah tueee secawan air jus cuma RM2.00 jaa. Kita orang makan untuk 6 menu + air tak sampai RM50.00 pun. Muraaah sangat. Kalau dekat ngan KL mahu pergi selalu. Kuantiti makanan pun agak banyak, berbaloi dengan harga. 


Mee Udang Zaiton
B.N.O Sabak Bernam.
Di buka dari 11pg hingga 7.00malam.




p/s : Antara Mee Udang dan Nasi Goreng Udang, 
YY suka sangat Nasi goreng Udang,yummmy !!! 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah