Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Menternak Lemak di Ayam Penyet Wong Solo



Wee ~~ ada yang rindu kah. Lama sungguh YY tak hupdate nie. Ada yg PM YY tanya awat tak hupdate lama. Maaf lah yerr, kesibukan kerja membataskan waktu YY nak hupdate Blog. Nie pun baru balik dari Cameron Highland. Nak packing barang plak sebab esok YY akan ke JB selama seminggu ikut Bos. Haisssh, makin bersawang lah Blog camnie.

But, bukan kisah di Cameron Highland yang YY nak citer, tapi citer menternak lemak kat Wong Solo. Haaa, bukan kat Indonesia yaaa, tapi kat Ampang ja. Restoran Wong Solo nie memang sedap. Berbeza dengan Ayam penyet yang YY pernah rasa. Idea nak makan kat sini dari Achik sebab dia dah pernah try. Selalu sangat citer nak bawak, tapi asik takde kesempatan ja. Peluang kami nak berdating akhirnya menerjah lah ke Restoran Ayam Penyet Wong Solo niee.


Bila dah makan, memang tak tipu. Sedaaaap giler weei. Harga pun berpatutan.Tak ler mahal mana. Setiap set lebih kurang RM 10.90 . Ada set Ayam , Set Ikan dan macam - macam lagi. Bak kata Angah yang pernah makan di Indonesia Menu nie. Memang sama dan sesedap di Indonesia.


Ayam nya lembut + Sambal yang sedaaap pedas lakss tuee. Memang terbaeik dan pilihan tekak YY. Tak rugi menerjah ke sini. Nak tahu kat mana Restoran nie ?? Sape tahu Galaxy Ampang Shopping Center. Haaa, depan Galaxy tue ada IPD kan. So, Restoran Ayam Penyet nie dekat sebelah ja dengan Galaxy Ampang. Ada deretan tempat makan, Restoran nie terletak kat tengah2. Tak susah pun nak cari bg yang biasa dengan kawasan Ampang nie.



Makan punya pasal, Muka terujaaa jaaa.

So, apa tunggu lagi. korang kalau ada masa g lah terjah eh. Nanti leh cerita kat YY plak apa korang rasa lepas makan kat Restoran Ayam Penyet Wong Solo nieee. Sharing Is Caring kaaan.

Muka happy dapat makan sampai tinggal tulang,muhahhaha

Sessi Menternak Lemak tak pernah Habis. Nanti YY citer makaan kat tempat lain plak. Muhahahaha, Dah mcam JJCM siri Blog plak. :))



p/s : Mengidam minum sirap jaaa. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah