Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Menternak Lemak di Sakura Kristal | Al-Fatihah


Hurrrm, asik sibuk dengan event dan Pra-tonton Wayang. YY macam dah lama x melepak dengan adik-beradik PRS YY. Buat sesape yang baca Blog YY dari awal mesti korang tahu sape diowg kan. So, one day alang call ajak lunch sama. Memula nak ke Wangsa Walk, tapi YY macam bosan plak asik ke situ. Jadi ajak Alang ke KL Festival. Kebetulan achik pun nak join sama. 


Achik & Alang terujaaaaa dapat jumpa.


Kat KL Festival, kitaorg menerjah ke Sakura Kristal. Maklum, perut dah lapor. Tak Kuasa dah nak pusing-pusing. Baik makan dulu sebelum nak merayap kan. Masa nie mata YY x berapa nak ok lagi, Masih merah dan demam pun masih manja-manja lagi. Gagahkan diri ja, makan punyer pasal.

Nampak, mata merah sebelah.

Sementara nak tunggu order sampai, YY gayut ngan Angah yang tak dapat nak join. Tue yang macam x cukup korum jaaa. Angah keje masa nie, tue yang xleh nak join. Eh,lupa plak nak kasi tau, Sakura Kristal nie ada cawangan kat tepi MRR2, nak menghala ke Zoo Negara. danYY aru tahu kat dlm KL Festival nie pun ada.

Aiscream Mountain pilihan Achik

Kueh Tiaw Kungfu pilihan YY



Bihun Tomyam Pilihan Alang


Pendapat YY, Makanan kat Sakura Kristal nie agak sedap jugak. Harga pun boleh tahan mahal. Tapi sebab sedap, jadi kira ok jugaaak lah. Mungkin sebab KL Festival masih baru, macam tak ramai lepak kat Sakura Kristal nie,padahal cuti umum. Korang boleh try, kat sini di sediakan tempat non-smooking dan smooking area. Pilihan di tangan anda. Eceeeh, ayat iklan.Muhahahhaha.



**********************************

Di kesempatan ini, YY nak minta korang sedekah kan Al-Fatihah buat Abah Angah yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Angah, harap bersabar yaaa. Along tahu angah kuat dan boleh hadapi dugaan ini. Setiap Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah.

Harap Angah sentiasa Senyum





p/s : Esok Genap 4 tahun pemergian Arwah Ayah YY. Al-Fatihah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah