Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review | Hantu Dalam Botol Kicap


Weee ~~~ MIG ada Filem baru lagi. Kali nie dari genre Komedi Seram. Filem ke-55 dari MIG. Memang terbaik lah. Filem arahan Azhari Zain. Sebelum nie pengarah yang lebih dikenali sebagai Zack telah mengarahkan Filem Santau , Mantra , Flat 3A dan Keramat.

Terima Kasih sangat kepada MIG sebab bagi peluang YY ke Majlis Pra-Tonton Filem Hantu Dalam Botol Kicap.Lakonan Zaliff Sidek ( Epui ) , Mon Ryanti ( Rina ) , Wawa Zainal ( Puteri ) , Mikail Andre( Azri) dan Angah Raja Lawak ( Hantu Kopek ).Penuh panggung sampai seat depan untuk Pra-Tonton kali nie. Perkembangan yang sangat baik untuk Industri Perfileman Malaysia.



Sinopsis :


Aminah dan suaminya, Hussin pulang ke kampung bersama tiga orang anak mereka, Azri, Epul dan Rina. Aminah ingin meminta ibunya, Nek Temah menjaga ketiga-tiga anaknya . Nek Temah merupakan seorang dukun dikampungnya. Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah, mereka diberitahu tentang pantang larang di rumah tersebut. Pertama, mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua, mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah.

Ketika Nek Temah keluar mengubat, Epul terpandang bilik yang diikat selempang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka pintu tersebut tetapi terhalang kerana Nek Temah berdiri di belakangnya. Pada suatu hari, Nek Temah menyuruh cucu-cucunya menangkap, mencabut bulu dan menyembelih ayam. Nek Temah ingin mengajar mereka agar bekerjasama dan akhirnya mereka berjaya menyempurnakan tugasan tersebut. Semasa makan, Rina teringin untuk makan nasi bersama kicap. 

Epul mencadangkan agar mereka membuka pintu misteri tersebut. Ketika pintu terbuka, tangan Rina luka dan Epul menggunakan kain pengikat botol untuk membalut tangan kakaknya. Seekor hantu terlepas dan hampir mencekik Rina tetapi disergah oleh Nek Temah. 




Review :
Genre pun dah Komedi Seram, dah tentu lah lawak tak henti. Paling lawak bila bab Angah sebagai Hantu kopek. Dengan "kopek" melayut, sure buat korang terbahak. Dan ce korang bayangkan, Angah Raja Lawak masuk dalam Botolkicap yang cenonet tue. Tak tercapai akal kan.

Kisah adik-beradik yang suka bergaduh nie, biasa dah. Kita pun biasa gaduh2 kan. Tapi dalam HDBK,menggambarkan air di cincang tak akan putus. Bergaduh camne pun, bila melibatkan darah daging kita tetap akan sayang. Termasuk watak nenek yang memula tak suka ngan cucu - cucu yang baru kenal. Tapi last2 sayang jugak.

Watak Zalif Sidek ( Epui ) dalam HDBK turut mengundang tawa. Adik yang manja dan selalu menimbulkan masalah adalah punca kepada Hantu keluar dari botol kicap. Ada yang tak perlu nak buat aksi lawak, cukup dengan dialog spontan boleh buat satu panggung pecah dengan gelak ketawa. 

Mikail Andre, Korang kenal tak. Dia adik kepada Pierre Andre. Sebagai pelakon baru, ok jugak lakonan nya. Menjadi abg yang suka menyakat dan membuli adik nya epul hingga mengundang masalah. Bab nak mengurat Puteri lakonan Wawa Zainal tue yang tak leh blaaah.

TRAILER




**************************

Menjerit memang banyak kali jugak, sebab terkejut kan. Lawak-lawak dalam HDBK agak menjadi. Harus tekak kering lepas menonton sebab banyak sangat gelak dan menjerit. YY bagi 4 / 5 bintang. Filem yang boleh buat korang release sikit dengan otak yang mungkin serabut dgn masalah. Kosangkan fikiran, fikir nak gelak ketawa jerk.


Angah Raja Lawak

Wawa Zainal

Mikail Andre



So, ajak lah keluarga, kengkawan ,sedara - mara menonton Filem Hantu Dalam Botol Kicap. Boleh buat korang terbahak.









p/s : Coming Soon Filem Adnan Sempit 2, 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah