Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Mengecat lah kitaaa,…


Assalammualaikum,



Cerita Pindah Rumah. Memula tengok rumah , memang YY dah bagi tau En. Abah kita kena tukar cat . Lagi pun dinding rumah , orang lama mybe ada anak kecik . So banyak hasil contengan . Sebenarnya YY baru jer decide nak pindah , sebab bila dah ada anak nie , barang agak banyak . Jadi rumah sekarang kan comel , adik pulak nak kawin . Macam tak sesuai duk 2 keluarga serumah . YY pun suh En. Abah tanya Kuarters Tentera . Malas pulak nak mintak Kuaters Polis .




Sebelum tue memang YY dah survey rumah , tapi ya ampun sewa boleh tahan mencekik . Majoriti RM 1K ke atas , kalau nak murah kena sewa bilik lah . Jadi baik kita duk Kuarters jer lah .  Memula En. Abah kata rumah takde kosong , so fikir takde rezeki lah nak pindah dalam masa terdekat . Tak Lama lepas tue , En. Abah kata ada kosong sebab ada orang pencen nak keluar . Nampaknya xde lah kita kena tunggu lama nak dapat rumah , rezeki anak kot .




Rumah Kuarters , 2 bilik . Cukup lah cat 2 tong yang 7 liter . Takde upah orang pun , En. Abah cat sendiri . Itu pun tunggu dia off. Cat pun ikut mood dan kerajinan . YY dapat tolong sesikit jer , sebab Qaireen dah pandai sekarang . Bila kita biarkan dia sengsorang nak buat keje , pasti merengek nak kita mengadap dan borak-borak ngan dia .




Kos untuk cat . Harga cat 7 liter - RM 38 jenama San Cora . Bau sedap tau cat nie , wangi jer lepas cat . Takde macam cat dulu-dulu , bila cat rumah bau cat kuat . Bau x sedap lah senang citer . Beli kat kedai Hardware area rumah jer .




P/S : Nak jimat semua benda kena buat sendiri .





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah