Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Kembara Selangor Shine FAM Tour 2011 - Day 3 / Last Day


Weeee ~~~ selepas kisah DAY 1 dan DAY 2, kita sambung kisah di DAY 3. Hari terakhir YY bersama Selangor Shine 2011. Seronok dapat ramai kenalan baru dalam trip nie, dan pergi ke tempat yang YY tak pernah terfikir pun nak pergi dan lakukan seperti aktiviti 4X4. Memang pengalaman yang sangat menerujakan.

Teruja nak mula main air

Membalut pocong, tapi sian group tak menang muhahahha

DSC_0618.jpg
sukan blasah orang kasi jatuh dalam air

So, pepagi lagi we all mulakan dengan aktiviti berpoco - poco sebelum sarapan pagi. Then di teruskan dengan acara sukaneka, melibatkan aktiviti dengan air. Bukan nak sukan sangat, nak main air jer yg lebih. Dah puasa aktiviti kat kolam, pindah plak kat sungai. Fuhh !!! mmg best lah, air yg jernih, pemandangan chantek, kalau dekat ngan kl,mmg dh lama YY terjah selalu. Kalumpang Resort mmg tempat yang sangat sesuai untuk aktiviti keluarga dan rakan - rakan. Sebelum balik, bergambar dulu yerrr.

Masam nak tinggal kan Kalumpang Resort


DSC_0662.jpg
Semua ahli Rombongan Cik Kiaaaah,muhahahhha - Look Blue

Selepas Check-out, kitaorg di bawa ke Strawberry Leisure Leisure Farm, di GohTongJaya,Genting. Ramai kot yang tak tahu kat genting ada Strawberry Park. Pasti semua ingat ada kat Cameron Highland jer kan. Siap kitaorang di jamu dengan makanan yang berasaskan Strawberry, tekak merasa sesuatu yang baru. Masuk park percuma jerk, boleh lah kalau korang nak bawak family di tempat sejuk nie.



Rakan Blogger yang Happy semacam

Cactus pun ada.

Puas di tempat sejuk, mengambil masa kira-kira sejam lebih,kami di bawa ke Bandar DiRaja Klang. Dibawa melawat ke Istana Alam Shah. Cuma dapat tgk bahagian luar ja. Kalau camtue, bergambar ajer lah diluar Istana.


Dengan harapan dapat masuk Istana

Di luar kawasan Istana


Kemudian, ke The Royal Gallery - Galeri DiRaja Sultan Abdul Aziz . Tahu tempat apa nie, Galeri yang menempatkan sejarah kesultanan Selangor. Siap ada barang-barang peninggalan Sultan Selangor yang lepas. Ingat senang kita nak lihat barang-barang sultan. Sesape anak jati Selangor mmg patut pergi Galeri nie. Walaupun sejuk, sebab hujan tapi perasaan teruja melawat Galeri buat tak terasa kesejukan cuaca ketika itu.





Barang - barang Sultan Abdul Aziz Shah




Habis sudah lawatan YY bersama Tourism Selangor. Sedih plak nak pisah dengan teman-teman baru. Sob sob sob, bila boleh bertemu lagi yer. Kalau umur panjang jumpa lagi di Selangor Shine 2011 akan datang yerrr.





Gambar di ambil oleh Rayyan , Myra , Mejah , Sepet

p/s : bertemu dan berpisah tue biasa, kalau dah jodoh bertemu jua nanti. :))





TAMAT.


7 comments:

  1. ala, best best best....

    teringin nak join event mcm ni huhuu

    ReplyDelete
  2. kepuasan berblogging yg tak terhingga kan..best2

    ReplyDelete
  3. @azham : ok, kalau ada kita roger yer...

    @jmr : mmg pun,.. seronok sharing caring :))

    ReplyDelete
  4. uish, jalan2 apa yg tak syok kan. hehe :)

    ReplyDelete
  5. dalam banyak-banyak tempat tu, kalumpang resort jer saya dah sampai. jeramnyer amat best tuk mandi manda dan air tempat ambil wuduk kat surau tu amatlah sejuk sekali.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah