Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Ikan Patin Masak Tempoyak Sedap Kini di Wangsa Maju

Assalammualaikum,



Ikan Patin ??? Sape sini yang tak makan Ikan Patin , rugi woooo. Sedap gitueee . Antara Ikan yang menjadi favourite YY kot . Kalau gi pasar , salah satu bahan basah yang wajib YY beli adalah Ikan Patin . Sedap kalau di buat masak tempoyak . Kebetula pulak selera YY , sama dengan En. Abah . Jadi , xde masalah arrr kalau nak masak banyak pun . 



One day , masa YY jengjalan area Wangsa Walk , terperasan lah satu Restoran Ikan Patin yang bernama Restoran Temerloh Catering . Selalu tengok mesti orang ramai . Dalam hati dah niat , satu hari nanti kena try datang nie . Dah nama pun Restoran Temerloh , mesti ikan patin pure kan . Kalau korang alert , mesti korang tau bandar temerloh memang terkenal dengan masakan Patin Tempoyak .


Restoran Temerloh catering

Restoran Temerloh Catering ( Cawangan Wangsa Maju ) 




Dah nama pun rezeki anak kot , tambahan 'adik' Nur Qaireen Iman yang kat dalam perut nie  memang teringin sangat. YY merasa jugak menerjah Restoran yang memang menjadi wishlist YY . Masuk Restoran memang YY dah terpikat , nampak kemas dan bersih . Salah satu yang menjadi faktor kita tak rasa was was nak menjamu selera . Selain dari menu yang diharap menambat selera .



Restoran Temerloh catering

Seperiuk besor koooo Patin Masak Tempoyak



Menu utama , Mesti lah Ikan Patin Masak Tempoyak . Dari pagi tak makan , sebab dah terbayang nak lunch dengan Ikan Patin tau . Ada pulak set ulam - ulaman . Hoiii , memang menambat selera . Sedap . Puas hati . Ikan Patin memang takde bau hanyir langsung . YY dapat tau dari manager Restoran bahawa Ikan Patin Restoran nie memang di bawa khas dari Temerloh . The Best part is , Ikan Patin ini adalah dari Sungai Temerloh sendiri . Itu yang buat Ikan tak hanyir dan segar . 



Restoran Temerloh catering




YY nie bab Ikan Patin takde lah pandai sangat. Bila dah masuk Restoran nie , baru YY tau yang Ikan Patin ada banyak jenis . Dan yang menjadi kegilaan adalah Ikan Patin Buah . Di Restoran Temerloh catering , menyediakan 4 jenis Ikan Patin iaitu Ikan Patin sangkar , Ikan Patin Mas , Ikan Patin Linggi dan Ikan Patin Buah . 



Restoran Temerloh catering



Jangan tanya YY kenapa nama Ikan patin tue camgitueee . YY tak sempat lagi nak belajar bab sejarah Ikan Patin . Yang pasti Ikan Patin Sangkar tue memang asli dari Sungai Temerloh . Ikan Patin yang sedap pulak mesti lah tidak lebih dari 12kg , kalau lebih tak berapa nak sedap sebab pastinya lemak yang lebih . 


Restoran Temerloh catering




Harga Ikan Patin ( Seketul ) :

1. Ikan Patin Sangkar ( RM 12 )
2. Ikan Patin Mas ( RM 20 )
3. Ikan Patin Buah ( RM 29 )
4. Ikan Patin Linggi ( RM 22 )


Korang patut terjah tau , sebab bukan setakat Ikan Patin yang disediakan . Pelbagai lagi jenis lauk pauk disediakan . Bukan setakat Patin Masak Tempoyak , Masak Lemak dan Asam Pedas pun ada gak . Jangan risau , pasti akan menepati selera korang . 


Restoran Temerloh catering


Restoran Temerloh catering



Restoran Temerloh catering

Ikan Kerai Goreng 


Restoran Temerloh catering

ABC Special , Terbaikkkk . 



Lagi satu yang menarik adalah Puding Raja . Salah satu makanan tradisi pahang . YY memang selalu lah nampak ada yang post kat FB , atau tengok kat rancangan TV . Teringin sebenarnya . Dan memang bertuah sungguh bila dapat jugak merasa akhirnya . Memang sedap . Unik . Berbaloi plak bila rasa teringin , dan rasanya memang menepati tekak YY . Satu lagi desert yang pasti akan menjadi kegemaran YY . 


Restoran Temerloh catering

Puding Raja - RM 8.00


Bukan setakat di Wangsa Maju . Restoran Temerloh Catering mempunyai cawangan di Bandar Baru Bangi dan Shah Alam . Boleh lah terjah di mana yang berdekatan ngan korang. Bulan Puasa pun buka tau . Agak - agak nak berbuka dengan kaum kerabat boleh ler booking segera . 


Restoran Temerloh catering

Geng yang sesama menjamu selera . 





Bulan puasa dibuka dari pukul 3.00 petang hingga 9.00 malam .  


Wangsa Maju: (Belakang Wangsa Walk) 
Dibuka setiap hari kecuali Jumaat
Business Hour: 10 pagi sehingga 8 malam

35-G, Kedai D’Wangsa,
Jalan Wangsa Delima 12,
Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
03-4141 5044

*********************************************************

Bandar Baru Bangi (Sebelah Bank Islam) :
Dibuka setiap hari kecuali Jumaat
Business Hour: 10 pagi sehingga 8 malam

4 & 6, Jalan 8 / 36, Seksyen 8,
Bandar Baru Bangi, Bandar, Selangor
010-206 9590

***************************************************************

Shah Alam: Dibuka setiap hari
Business Hour: 8.30 pagi sehingga 6 petang

2, Jalan Pahat J 15/J, Seksyen 15,
40000 Shah Alam, Selangor
03-5523 2972




P/S : Sambil menaip , duk terbayang kesedapan Patin Tempoyak . Terliuq . 








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah