Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Festival Ramadan Klang 2015 | Pusat Pemborong GM Klang

Assalammualaikum,



Ramadan dah dekat , past tue raya . Agak – agak korang baju raya or barang raya nak di borong kat mana tahun nie ?? Haaa, nak share dengan korang bahawasanya Pusat Pemborong GM Klang tahun nie ada buat Festival Ramadan Klang 2015. Macam – macam aktiviti ada , macam – macam barangan ada . Mahu rambang mata korang nanti .



Pusat pemborong GM



Festival Ramadan Klang 2015 dengan kerjasama alumni Fakulti Seni Lukis & Reka , Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) , Projek Iqra’ dan Women International Network ( WIN ) akan bermula pada 26 Jun hingga 12 Julai ini, bertempat di sekitar kawasan parkir terbuka Pusat Pemborong GM Klang dan akan beroperasi seawal jam 11 pagi (Sabtu dan Ahad) dan 3 petang (Isnin hingga Jumaat) sehingga jam 11 malam .



Festival Ramadan Klang 2015 | Pusat Pemborong GM Klang  Festival Ramadan Klang 2015 | Pusat Pemborong GM Klang  Festival Ramadan Klang 2015 | Pusat Pemborong GM Klang

Antara rekaan dari Fakulti Seni Lukis & Reka , Universiti Teknologi Mara ( UiTM )



Lebih 100 gerai yang menawarkan pelbagai pilihan barangan persediaan Hari Raya dan tidak ketinggalan juadah berbuka puasa . ‘Laluan Nostalgia’ adalah kelainan yang Pusat Pemborong GM Klang ingin tampilkan . Berkonsepkan latar belakang perkampungan Melayu dengan Cahaya Pelita dan lampu – lampu kerlip . Laluan Nostalgia adalah satu lorong laluan yang dibina khas di tengah – tengah antara dua deretan gerai – gerai yang  dihiasi dengan suasana kampung dan juga terdapat pertunjukan permainan traditional .



Festival Ramadan Klang 2015 | Pusat Pemborong GM Klang

Majlis sidang media Festival Ramadan Klang




Selain dari membeli – belah , banyak lagi aktiviti yang akan diadakan ialah demostrasi masakan , batik , wau , kuda keang dan pemakian hijab , alunan bacaan Al-Quran setiap hari sebelum masuk waktu berbuka dan persembahan akustik dan nasyid selepas solat terawikh .



Tidak Ketinggalan aktiviti – aktiviti menarik untuk si kecil seperti pertunjukan ‘Giant Buble’, dekorasi ‘cupkace’ dan penampilan maskot – maskot popular untuk beramah mesra bersama mereka . Sementara aktiviti – aktiviti yang dijangka hits sepanjang festival ini adalah ceramah – ceramah agama yang bakal disampaikan oleh penceramah terkemuka dan sesi bermoreh bersama 3 artis pilihan setiap minggu .



Festival Ramadan Klang 2015 | Pusat Pemborong GM Klang



Pusat Pemoborong GM Klang jugak turut meraikan peserta – peserta Projek Iqra’ yang terdiri dari para pelajar dan sukarelawan melalui majlis berbuka puasa pada pembukaan rasmi festival ini iaitu pada 27 Jun 2015 dan seterusnya majlis berbuka puasa bersama anak – anak yatim dari persatuan terpilih pada 5 Julai 2015 . Dengan susunan program – program yang berfaedah ini diharapkan dapat menyemarakan lagi sambutan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba .







GM Klang Sdn. Bhd.

A-4-155, 4th Floor, Block A,

GM Klang Wholesale City,

Jalan Kasuarina 1, Bandar Botanic Capital,

41200 Klang, Selangor, Malaysia



Tel: +603-33251788
Fax: +603-33251808



Email: gmkbiz@tsigm.com




P/S : Seronok nak beraya tahun nie sebab Nur Qaireen Iman :) 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah